Friday 8 July 2016

Isi Minyak Di lebuhRaya Pantai Timur

Isi Minyak Di lebuhRaya Pantai Timur

Kepada pengguna lebuhraya pantai timur Kuantan Terengganu perkhidmatan sementara petrol pam dari syarikat petron disediakan. Kemudahan ini disediakan bagi mengatasi masalah perjalanan yang jauh bagi pengguna jalanraya yang ada kemungkinan terlupa mengisi minyak.



Bersyukur, kerana terlupa akan ketiadaan stesen minyak di lebuhraya pantai timur amat merisaukan apabila melihat minyak hanya lebih dari setakuk yang pertama. Dalam hati terbayang kerisauan perjalanan dari kuantan ke Terengganu dengan melalui exit tol Bandar Indera Mahkota perjalanan ke Marang Terengganu.

Dengan membawa famili dan anak kecil sudah pasti merisaukan takut perjalanan sekadar ditengah lebuhraya dalam suasana panas terik. Akhirnya kerisauan itu hilang apabila bertemu dengan pengisian minyak  perkhidmatan syarikat petron.

Alhamdullilah kerisauan terhapus bila melalui kawan rehat kijal. lambang logo petron kelihatan dan menamatkan kerisauan.

Tetapi ada baiknya rancanglah perjalanan agar tidak terjadi masalah yang sama. Ini akan menyusahkan kita dan keluarga.


0 comments:

Post a Comment