Showing posts with label Simpanan. Show all posts
Showing posts with label Simpanan. Show all posts

Thursday 15 September 2016

Pilih Yang Halal Untuk Keberkatan Rezeki

Pilih Yang Halal Untuk Keberkatan Rezeki

Pilih Yang Halal Untuk Keberkatan Rezeki satu tajuk yang agak mengacam tetapi inilah jalan yang terbaik bagi sesiapa pun yang beragama islam. Sebagai penganut agama islam asas kepada tuntutan islam itu sendiri menuntut agar kita berusaha mencari rezeki yang halal dan menjauhkan diri daripada mana-mana perkara yang membawa kepada perkara yang haram.

Sumber rezeki boleh datang kepada kita dengan pelbagai cara, sudah semuanya ditakdirkan kepada kita oleh Allah maha pencipta dengan bentuk pelbagaian rezeki.
Bergantung kepada usaha dan bagaimana sumber rezeki tersebut.

Sebagai pengamal agama islam halal dan haram adalah sesuatu perkara yang sensitif. Namun terpaksa mengenal pasti apa yang diperolehi adalah bersih daripada unsur-unsur haram. Keberkatan rezeki amat penting menentukan amalan-amalan lain yang dilakukan agar diterima oleh Allah.

Maka adalah bersetuju kepada mana-mana individu yang ditujukan dalam video memilih yang halal adalah suatu kewajipan bagi mengelakan rasa syak atau shubahah dalam urusan simpanan dan tabungan di institusi kwsp ini.

Ingat perkara yang halal adalah penting untuk kelangsungan hidup jangan terlalu mengambil mudah dalam hal ini. Bagi penyelesaian masalah ini anda boleh menghubungi saya sebagai seorang consultan unit amanah yang boleh membantu anda dalam hal simpanan berteraskan syariah. Maka hubungi saya untuk pencerahan memilih yang halal daripada perkara yang mencurigai tentang pengurusan simpanan berteraskan syariah.

+6012 3513407



Thursday 25 August 2016

hubungi

Pelaburan Yang Dilindungi Insuran Percuma

Tidak perlu membayar insuran tetapi diberikan insuran life secara percuma, sudah cukup memadai hanya dengan saving anda diberikan produk lain yang sangat berharga adakah anda tidak berkehendak? sudah pasti yes saya Nak!!! 

Jawapan yang pasti saya jangkakan.



Sebab mengapa kita tidak memerlukan dua komitmen membayar sedangkan anda boleh dapatkan dua sedangkan anda membayar satu. ok kita tukar istilah membayar kepada menyimpan ataupun melabur sudah pasti ianya cukup menarik.

Ada sesetengahnya dengan membaca ebook panduan pasaran sudah membuatkan mereka yakin dengan pasaran saham sehingga boleh memperolehi pendapatan yang diluar jangkaan apabila aktif dengan saham tetapi ianya setelah memiliki ilmu pasaran saham daripada ebook ini.(klik banner untuk dapatkan ebook unit amanah)

Tetapi bagi mereka yang mementingkan perlindungan atau insuran terbaik buatlah , Pelaburan Yang Dilindungi Insuran Percuma, maka inilah yang akan menguntungkan anda, apatah lagi dalam institusi pelaburan unit amanah yang ternyata berkembang pesat dan mejadi pilihan instrumen simpanan unit amanah patuh syariah, selain berpeluang meraih dividen daripada 8% sehingga 20% setiap tahun

Tidak semua dana unit amanah memiliki pakej dana dengan perlindungan insuran secara percuma. Ianya diantara institusi bank atau syarikat yang membekalkan perkhidmatan ini. Dan sekiranya adapun pastikan dana tersebut memiliki pakej insuran percuma.

Dan anda juga harus berurusan dengan orang yang layak untuk berurusan. Mereka yang dilantik atau dikenali sebagai perunding unit amanah. Ini bermakna kita tidak perlu pergi ke bank atau mana-mana syarikat, semua urusan perlu dilakukan dengan pihak bertanggung jawab atau yang dilantik.

Setelah menerangkan sepanjang lebar ini, namun terlupa menegaskan adakah anda mengetahui tentang unit amanah dan apakah yang dimaksudkan dengan dana.

klik sini Tentang Unit Amanah

Sekiranya anda telah mengetahui maka anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan ini yang mana saya adalah perunding unit amanah sementara itu hubungi saya terlebih dahulu.

terima kasih kerana membaca info ini.

Demi kebaikan pilih lah yang terbaik daripada yang baik.

Wednesday 24 August 2016

Cara menukar simpanan KWSP kepada Simpanan Shariah

Cara menukar simpanan KWSP kepada Simpanan Shariah 

 

KWSP

 

Adalah menjadi satu kewajipan kita untuk memastikan simpanan kita bersih daripada perkara yang meragukan, kerana apa, wang daripada simpanan ini akan kita guna untuk  kehidupan seharian, bukan bermakna wang penentu kepada kehidupan kita, tetapi dalam hal ini kita harus berfikir secara rasional bahawa wang adalah penting untuk keperluan hidup. Setujukah anda ?

 KWSP, adalah institusi yang bertindak sebagai wakil kerajaan bagi mengumpul sejumlah wang hasil daripada pendapatan individu sebanyak 11 peratus untuk disimpankan bagi tujuan persaran, perubatan dan manfaat lain.

My Hijrah Portfolio bertindak berkongsi kepada anda yang memiliki simpanan KWSP agar memilih simpanan berteraskan Syariah dengan institusi ini di samping mendapat pulangan dividen yang sangat tinggi bergantung kepada simpanan jangka panjang. TAUKAH Anda bahawa Simpanan KWSP memiliki dua akaun, iaitu akaun 1 dan akaun 2, akaun satu lebih kepada simpanan persaraan dan akaun ini hanya boleh dikeluarkan apabila kita bersara ataupun umur kita mencapai 50 tahun.

 Namun demikian,  sebanyak 20 peratus telah diperuntukan daripada akaun 1 ini bertujuan bahawa pemilik akaun boleh mengeluarkan wang 20% tersebut dan disimpan ke institusi lain yang mana boleh memberikan kelebihan untuk simpanan persaraan kita. Untuk makluman akaun 1, KWSP telah dipecahkan kepada peratusan simpanan persaraan/Kesihatan/Pendidikan dan Untuk Simpanan Ke Unit Amanah (mengenai unit amanah) (sebanyak 20%) maka 20% ini kita tukarkan ke Unit Amanah yang berteraskan syariah menarik, sekiranya anda bersetuju dan perlu mendapat keterangan lanjut boleh terus hubungi saya Busu Bin Wahid di talian 012 351 3407, kita boleh berkongsi sesuatu yang baik untuk kepentingan agama dan persaraan kita nanti.

 


Wow...MERDEKA SALES


 


Mana boleh dpt Penapis Air Outdoor dgn harga kurang dari                            
                               RM 250... 

Dapatkan di ROCIO HANYA RM 249


Read More

Wednesday 1 June 2016

Kaedah pengiraan untuk mencari luas, panjang, lebar, meter

 Image result for hartanah


 

  Kaedah pengiraan untuk mencari luas, panjang, lebar, meter


Kepada mereka yang terlibat dalam bidang hartanah, ataupun dalam bidang pendidikan memerlukan kaedah perkiraan yang mudah dan cepat. Ini akan memudahkan segala urusan untuk proses pembelajaran atau penjualan tanah misalnya.

Sekarang ini telah ramai terlibat dalam bidang hartanah dan ada pula mencari tanah untuk membuat rumah persendirian dan ada juga membeli tanah untuk kerja perladangan dan untuk simpanan barang , kepada mereka yang sedang mencari ladang sawit dan ladang getah sama ada jumlah ekar yang kecil atau besar boleh mendapatkan info di sini.





Kaedah pengiraan untuk mencari luas, panjang, lebar, meter dengan hanya klik di sini


Web ini adalah tetingkap ke laman web kerajaan pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.


Bidang tanah adalah bidang yang menguntungkan, pelaburan jangka panjang dan jangka pendek, namun untuk menceburi bidang tersebut perlu lah lengka dengan ilmu pengetahuan. Kerana bidang ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi, sesetengahnya ada pihak cuba mencari kesempatan dengan menipu dalam bidang ilmu demi kepentingan sendiri. 



Monday 1 February 2016

Gandakan Simpanan KWSP Anda

Manfaatkan caruman KWSP 11%, bagaimana kaedahnya. Caruman 11% pula caruman akaun 1, tidak boleh keluar. Boleh pun masa nak bersara nanti.


Ramai yang masih tidak mengetahui lagi bahawa caruman kwsp boleh digandakan atau ditingkatkan. Anda tidak berkeinginan untuk mengandakan simpanan kwsp? Ini amatlah merugikan peluang ini bukan semua yang dapat. Bagi mereka yang memiliki kwsp sahaja kepada yang mengambil skim pencen tidak dapat peluang seperti ini. sebab pilihan pekerja sektor awam kebanyakan memilih skim pencen.

 Gandakan Simpanan KWSP Anda
Adapun kepada mereka yang mengetahui tentang hal ini bersikap berdiam dan hanya berharap menunggu hanya itulah simpanan yang ada dan itu lah akan dapat masa bersara nanti. Dan kebanyakan yang ada sikap mereka memiliki sikap takut untuk mengambil inisiatif ini kerana sentimen skim cepat kaya, ada pula yang takut duit kwsp hilang bila bersara nanti.

 Gandakan Simpanan KWSP Anda
Kepada mereka yang memiliki simpanan kwsp Manfaatkan caruman KWSP 11% ini kerana simpanan ini akan dipergandakan dengan mwnyimpan di institusi unit amanah di negara ini . Kini simpanan ini telah dikurangkan kepada 8 peratus sahaja, secara tidak langsung simpanan persaraan kita telah berkurangan bagi potongan indivdu. Manakala potongan majikan masih kekal lagi.

Potongan 20% Daripada akaun 1 boleh di keluarkan untuk menjana lagi simpanan persaraan.


Untuk meningkatkan simpanan persaraan kerajaan menggalakkan rakyat untuk mempelbagaikan simpanan, maka di benarkan 20% daripada akaun 1 untuk dikeluarkan dan disimpanan di mana-mana institusi kewangan dan berpeluang untuk menambahkan lagi simpanan tersebut.

Simpanan jenis ini yang mana pengeluaran boleh di keluarkan untuk tujuan simpanan persaraan sahaja, iaitu tidak boleh keluar untuk tujuan peribadi. Segala proses simpanan akan dilakukan atau melibatkan institusi kewangan dan pihak KWSP...pengeluaran seperti ini prosesnya ketat juga tidak mudah.

Di mana anda simpan? anda boleh mengeluarkan dan menyimpan di institusi kewangan yang diiktiraf selamat dan berteraskan islamik, kebiasaannya kita menggalakkan menyimpan di institusi Unit Amanah yang popular seperti Public Mutual, CIMB dan banyak lagi.

Untuk bantuan ini atau proses memohon menyimpan di institusi Unit Amanah boleh menghubungi saya di talian 012 351 3407 untuk membantu. 




Jangan Kita Senasib seperti mereka terpaksa berkerja selepas bersara untuk kelangsungan hidup, hal telah pun terjadi apabila wang persaraan tidak seiring dengan kos sara hidup, so buatlah pilihan terbaik untuk memilih samaada untuk keluar wang poket sendiri untuk menambung ataupun menggunakan platform KWSP tanpa wang poket sendiri.



Wednesday 27 January 2016

Kebanyakan kita memilih simpanan berunsur riba kerana tidak tahu

“MENGAPA RIBA WAJIB DITOLAK”

Firman Allah s.w.t.: “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah - mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Ar-Rum: 41)

sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. 

( Dengan yang demikian ) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279)

“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” ( Al-Hasyr : 7 )
Perkongsian ini mengingatkan kita terhadap sikap yang tidak serius ke atas pendapatan dan saluran lebihan pendapatan yang kita simpan samada berorentasikan Islamic patuh kepada syariah. Yang ketidakseriusan kita akhirnya memanfaatkan hasil pendapatan yang disimpan bercampur dengan unsur riba. 

# Apakah Faktor-Faktor Yang Menghilangkan Rasa Was-Was Terhadap Wang Simpanan Kita 

           1. Intitusi Kewangan melantik panel syariah bagi memantau dana yang patuh syariah

           2. Adanya Prospektus pelaburan yang berteraskan syariah

Dapatkan maklumat perbankan Islam di SINI

           

Apa Yang Menarik Dengan 1 Dollar Cost Averaging (DCA)


 1 Dollar Cost Averaging (DCA) adalah di mana anda menyimpan wang dengan kadar yang sama tidak mengira tenang ataupun ribut atau taufan simpanan diteruskan dengan kadar jumlah yang sama, simpanan seperti ini dijelaskan disektor simpanan unit amanah.

sekiranya kita membandingkan kita membayar ansuran kereta secara tetap setiap bulan dengan kadar yang tetap (DDI) RM 1000 dan sementara itu nilai harga pasaran kereta sentiasa turun daripada hari ke bulan dan dari bulan ke tahun

Sebaliknya dengan menyimpan di Unit Amanah dengan kadar yang tetap iaitu RM 1000 dengan tempoh jangka panjang nilai asset ini akan sentiasa bertambah.

INFO DARI BLOGGER ELIAS AZEAN UNTUK INFO MENARIK

Ketika harganya turun kita boleh mengumpul unit dengan lebih banyak dan apabila harganya kembali pulih kita akan mendapat lebih keuntungan daripadanya.

Contohnya, katakan harga satu unit pada Januari 2016 ialah RM 0.50/unit dan kita melabur RM 1000 dalam dana ini, maka kita akan dapat sebanyak 2000 unit.

Kemudiannya jika harga seunit turun kepada RM 0.45/unit pada bulan February, maka dengan pelaburan RM 1000 kita boleh memiliki 2222 unit menjadikan unit terkumpul sebanyak 4222 unit.

Setelah itu harga pada bulan Mac kembali pulih kepada RM 0.50, maka dengan pelaburan RM 1000 anda akan mengumpul sebanyak 2000 unit lagi menjadikan semuaya 6222unit dan nilai pelaburan pada bulan Mac ialah 6222 unit x RM 0.50 = RM 3111 dengan modal sebanyak RM 1000 x 3 bulan = RM 3000.
Jadi anda dah untung RM 111. (Ini tidak termasuk kos jualan unit trust)

Kalau harga makin naik macam mana?

Itu lagi bagus kerana jika anda sudah memulakan pelaburan. Kalau belum mula lagi, apa pun tak dapat.
Untuk membuktikan strategi ini berkesan, saya membuat simulasi dengan menggunakan dana Public Ittikal daripada Public Mutual. Dana patuh shariah yang pertama dengan data lengkap selama 18 tahun melalui tiga krisis ekonomi 1997, 2001 dan 2008.

Pelaburan awal sebanyak RM 10000 dan pelaburan tambahan sebanyak RM 1000 setiap XX haribulan dengan dividen atau distribution yang diperolehi dilaburkan semula.
Apakah hasil daripada simulasi ini?


Sharing is caring

Monday 25 January 2016

3 Strategi Menjana Pendapatan Dari Hartanah



Tertarik dengan entry sifu hasrullah Cuba mengolah sedikit info bagaimana untuk membuat pendapatan daripada bidang hartanah. Bidang Hartanah juga sangat berpontesi menjana income selain daripada Unit Amanah

# Beli

Melihat kepada keadaan ekonomi dan nilai mata Wang saat untuk berbelanja perlu dilakukan secara berhati-hati. Ini kerana kita mengharapkan pulangan atau manfaat daripada apa yang dibelanjakan. Kerana Nilai Wang kita yang rendah kewajaran untuk berbelanja perlu diminimiskanuntuk  berhati sebarang kemungkinan ekonomi pada masa akan datang membawa padah pada kita sendiri akibat tiada simpanan.

Tidak mustahil keadaan ekonomi seperti ini boleh menyebabkan kita dibuang kerja. Kepada mereka yang membuat saving tiada masalah jika setuasi ini berlaku bagaimana mereka yang tidak memikirkan hal untuk membuat simpanan. Tentu akan gelabah bila terpaksa dibuang kerja.

Dalam situasi ini ada yang bijak membekukan Wang dengan membeli hartanah seperti rumah. Rumah yang di beli dengan harga sedemikian dan menyimpan rumah tersebut sehingga 5 tahun dan menjual pada tahun tersebut setelah dikira margin harga beli Yang menguntungkan tentu kita. Kita beli rumah di lokasi yang menarik tentu menjadi rebutan dan perhatikan kenaikan Nilai harga hartanah tersebut dan jangkakan pontensi pulangan.

Jangan beli rumah yang akhirnya tepu dengan ketiadaan pontensi samada untuk disewakan maupun untuk dijual balik. Jika sudah terbeli bertindak segera untuk melepaskan rumah tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan margin kerugian

# Sewa

Strategi seterusnya beli dan disewakan, ini biasa dilakukan. Beli dengan kadar harga tertentu dengan membuat pinjaman bank. Bayaran semula kepada bank setiap bulan RM 680.00 kemudian menyewakan dengan kadar sewaan RM 800. So pulangan yang dapat sekadar RM 120. Jumlah ini rasanya belum cukup memadai pada Zaman ini.

# Beli Dan jual

Beli dan jual rumah kaedah ini iaitu membeli rumah baru dan jual bila rumah siap dibina. Beli rumah yang baru naik papan tanda yang dijangka siap 2 tahun lagi, setuasi ini biasa nya berlaku di bandar yang mana pulangan lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Kebiasaannya beli rumah yang belum siap lagi harga lebih murah sebagai contoh pembelian rumah di bandar indera mahkota 14 pada harga RM 88,000 dalam tahun 2004, selepas 2 tahun iaitu tahun 2006 harga rumah meningkat kepada RM 120,000 margin keuntungan 120,000 tolak dengan 88,000 adalah RM 32000, banyak jugakan. 

Namun di ingatkan bahawa faktor perubahan harga ini juga dipengaruhi faktor persekitaran. Yang mana dahulu sebelum beli rumah tiada entiti pembangunan. Tapi selepas naik pembangunan, pejabat kerajaan Dan swasta lokasi di indera mahkota hartanah di sini naik mendadak.

Keuntungan ini berbeza dengan unit amanah, atau simpanan terkumpul. Namun kebanyakan kita tidak mengetahui tentang kelebihan unit unit amanah, pelbagai jenis simpanan yang popular yang mampu memberikan pulangan dividen yang tinggi selain daripada simpanan biasa. Dan keselamatan simpanan di unit amanah juga selamat seperti simpanan biasa yang anda Buat di mana-mana bank di malaysia. Untuk itu cuba-cubalah mengetahui tentang simpanan di unit amanah.


Thursday 7 January 2016

Jenis-Jenis Simpanan Yang Popular

Jenis simpanan yang popular
1. Simpanan bank
2. Simpanan unit amanah
1. Simpanan bank
Simpanan kita menggunakan khidmat bank untuk menyimpan Dan mengumpul kadar Wang dalam institusi kewangan agar kita  menerima saluran Wang dan mengeluarkan wang untuk keperluan harian bagi pelbagai kegunaan.
Risiko
Risiko adalah rendah Wang yang disimpan dijamin selamat dan kepercayaan untuk menyimpan wang diinstitusi ini sangat tinggi.
Matlamat Simpanan Wang
Sekiranya kita menyimpan Wang untuk sekadar menyimpan tanpa mengharapkan pontensi pulangan Wang atau menyimpan untuk mendapat kelebihan di institusi ini adalah sesuai.
2. Simpanan unit amanah
Simpanan di unit amanah, sebagai mudah difahami simpanan di ASB...simpanan di ASB sangat bagus kerana banyak kelebihan kerana simpanan seumpama ini akan memberikan kelebihan iaitu pulangan Wang yang diberikan dalam bentuk dividen.
Setiap individu yang menyimpan Wang di ASB perlu mengetahui kadar pulangan dividen yang boleh menampung atau memberikan pulangan. Menampung? APA yang perlu ditampung. Ini akan dibincangkan.
Selain ITU, terdapat juga tawaran unit amanah oleh syarikat swasta seperti climb, public mutual yang memberikan perkhidmatan yang berbeza-beza samada dari segi tawaran seunit ataupun pulangan dividen.
Unit, adakah anda tahu mengenai unit dan harga seunit. Harga tawaran berbeza dengan mana-mana syarikat. Adakah anda tahu harga seunit bagi unit amanah ASB. Harga seunit Asb RM 1.00, manakala bagi unit amanah lain harga mengikut dana yang di tawarkan dan di antara harga seunit adalah serendah RM0.25 dan harga berubah boleh mencapai RM0.30 ataupun lebih lagi daripada itu.
Ini bermakna harga seunit bagi unit amanah selain dari ASB adalah lebih murah. Pandai-pandai lah yer membandingkan. Adakah anda lebih berminat pada harga atau pulangan dividen. Berapakah jumlah dividends ASB? Dan berapakah jumlah pulangan daripada unit lain.
Jika di perhatikan bahawa harga unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat swasta seperti public mutual dan CIMB jauh lebih murah berbanding unit amanah ASB walaubagaimana pun harga mengikut unit dan pulangan agihan yang di berikan kepada penyimpan lebih tinggi dari dividen ASB yang memberikan dividen + bonus sekitar 7-8 peratus setiap tahun.
Manakala dividen atau agihan yang ditawarkan oleh unit amanah syarikat swasta sekitar 8% hingga 20% setahun.
Kepada yang berminat untuk melabur di unit amanah swasta boleh berurusan dengan wakil perunding unit amanah. Unit Trust Consultant. Saya juga merupakan Unit Trust Consultant boleh terus berhubung terus dengan saya di talian 012  3513407.
menarik dalam simpanan unit amanah klik SINI

Saturday 12 December 2015

Unit Amanah

 Unit Amanah


Unit Amanah adalah saluran kepada mereka yang suka menyimpan Wang. Bagi mereka menyimpan Wang adalah merupakan teknik untuk membina kekayaan selain daripada untuk waktu kecemasan dan untuk persaraan.

Saya suka menyatakan mereka yang suka menyimpan wang kerana saya selalu berjumpa dengan mereka tidak berminat ataupun tiada wang untuk menyimpan. Adakah anda setuju dengan jawapan seumpama itu.
Tiada wang bukan bererti kita tidak perlu menyimpan. Wang adalah keperluan yang tidak pernah cukup untuk keperluan bagi sesetengah orang seperti saya juga. Namun keperluan kita untuk menyimpan juga sudah menjadi kewajipan kerana menurut istilah sediakan payung sebelum hujan.

Namun saya tidak ingin menguraikan keperluaan kita menyimpan sebab kita perlu memikirkan kesan penyusutan Nilai wang sehingga merugikan kita. Jika anda tidak kisah maka anda tidak wajar meneruskan untuk membaca artikel ini.

Unit amanah Jugs dikenali sebagai simpanan saham. Sekiranya di Amerika dikenali sebagai mutual fund. Unit amanah adalah juga dikenali sebagai pelaburan yang mana duit kita disimpan dalam mana-mana institusi kewangan Dan kita akan menerima sejumlah Wang dalam bentuk agihan yang juga dipanggil sebagai dividen.

Siapakah Yang Menguruskan Wang  simpanan unit amanah

Wang yang kita disimpan di unit amanah akan diuruskan oleh pengurus Dana oleh di mana-mana syarikat kewangan. Pengurus Dana unit amanah akan mengambil kira keuntungan dan risiko pelaburan.
Wang yang disimpan akan dilaburkan dalam tiga  instrumen iaitu

1. Ekuiti
2. Bon
3. Money Market

Wednesday 9 December 2015

Selamatkan Nilai Wang Poket Kita

 Selamatkan Nilai Wang Poket Kita

  
Taukah anda berapakah nilai wang kita sekarang,

Apakah kepentinganya untuk kita mengukur nilai wang. 

 

Sememangnya ia penting untuk kita mengukur dan mengawal perbelanjaan kita, ataupun kita bertindak untuk kita semasa persiapan persaraan nanti. 

Apakah keperluanya kita perlu memikirkan nilai wang untuk masa sekarang sedangkan kita lambat lagi hendak bersara, kepada yang ingin menyemak nilai wang cuba klik kalkulator ini.

Jangan ambik mudah tentang hal ini, kerana ia amat merugikan kita walaupun kita tidak mampu untuk mengubah nilai kadar wang tetapi kita boleh buat sesuatu untuk kebaikan dan kepentingan kita sendiri.

 Apakah yang perlu dibuat semasa nilai wang kita jatuh.



Pertama 

Berkadar Untuk Berbelanja

Belilah barangan keperluan sahaja, berhati-hati ketika bershopping jangan mudah untuk membuat keputusan membeli, fikirkan kepentinganya. Kadang kala kita mudah terpedaya dengan barangan yang dijual sedangkan

APAKAH TINDAKAN YANG SEBAIKNYA KETIKA NILAI WANG JATUH

JENG JENG JENG

KITA MESTI MEMBUAT SIMPANAN DAN GUNAKAN SIMPANAN ITU APABILA SAMPAI WAKTUNYA