Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday 15 December 2016

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Bank Negara Malaysia* mengarahkan semua bank _upgrade_ *chip ATM card_ kepada chip Debit Card* untuk fungsi *pembelian runcit dan online* sahaja. Kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai *01.01.2017* transaksi *pembelian runcit dan online* akan di blok jika *chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.*

 _*Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar.*_

Kad ATM adalah kad yang belum _upgrade_kepada status Debit Card.

Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis *MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER* dan ada tarikh luput 5 tahun.

Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.

Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.

Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

TERIMA KASIH

Rabu 14.12.2016
10.30 am
_Info face to face : From MAYBANK_


App Duit Dengan Telefon Android

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

GAJI KAKITANGAN KERAJAAN


1. 19 JANUARI 2017 (KHAMIS)
2. 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
3. 23 MAC 2017 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2017 (SELASA)
5. 25 MEI 2017 (KHAMIS)
6. 15 JUN 2017 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2017 ( SELASA)
8. 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
9. 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
10. 11 OKTOBER 2017 (RABU)
11. 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
12. 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2017..


20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

*BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR...
SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017...

App Duit Dengan Telefon Android

Wednesday 14 December 2016

Tukar Kad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

Tukar Kad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah




Tempoh penukaran kad bank arahan daripada bank negara semakin hampir tamat tawaran tukar Percuma.

Perhatian Pemegang Kad Debit Bank!!!*

1.Maybank sebelum *18/12/2016*
2.Cimb sebelum *20/12/2016*
3.RHB sebelum *31/12/2016*
4.BSN dan sebagainya sebelum *31/12/2016*

*KAD LAMA ANDA TIDAK AKAN BERFUNGSI SELEPAS TARIKH TERSEBUT*

*DENDA RM12.70* bagi penukaran kad baru selepas tarikh tersebut.


Kini jangan bimbang lagi tidak 
Perlu menunggu lama. Korang boleh ke maybank Dan mendapat kad baru hanya menggunakan mesin ATM.

Langkah-Langkah Tukar Lad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

Anda hanya perlu menunggu Gil Iran anda did ATM.

Masuk kad atm yang lama Dan masukan no pin.

Kemudian tunggu beberapa saat dan masuk maykad tunggu pengesahan Dan letakan jari anda untuk pengesahan mykad.

Dan seterusnya kad baru anda akan keluar dengan cepat.

Mudahnya Tukar Lad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

App Duit Dengan Telefon Android

Monday 5 December 2016

Kejatuhan Nilai Mata Wang – Adakah Ringgit akan mengalami nasib Dolar Zimbabwe?

Kejatuhan Nilai Mata Wang – Adakah Ringgit akan mengalami nasib Dolar Zimbabwe?


Prof Dr. Mohd Nazari Ismail, Ketua Biro Penyelidikan IKRAM.

Kejatuhan mata wang Ringgit sekarang ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang menguntungkan negara kerana ia menjadikan barangan ekspot Malaysia lebih murah berbanding dari negara lain. 

Di samping itu sektor pelancungan juga akan untung kerana mungkin pelancung asing akan lebih tertarik dengan Malaysia sebagai destinasi kerana kos berbelanja di Malaysia akan menjadi lebih murah untuk mereka.

Namun sebenarnya terdapat juga sektor industri negara yang akan rugi akibat kejatuhan nilai Ringgit,  terutama sekali sektor yang banyak mengimpot input untuk proses pembuatan. Ini termasuk sektor elektronik, produk petrolium dan kimia. 

Di samping itu satu lagi sektor penting yang banyak bergantung kepada impot ialah sektor makanan. 

Pada tahun 2014 jumlah impot makanan  ialah USD 16.7 billion setahun atau 8% dari jumlah impot negara.[i]  

Kita sebenarnya mengimpot hampir semua jenis makanan termasuk daging, tenusu dan telor, makanan laut, bijiran, sayuran, buah-buahan, gula, madu, kopi, koko, teh, rempah dan lain-lain. [ii] 

Oleh itu kejatuhan Ringgit akan membuat makanan menjadi lebih mahal dan memberi kesan yang sangat negatif kepada golongan berpendapatan rendah kerana sebahagian besar dari pendapatan mereka dibelanjakan untuk makanan.

Mungkin ada yang bertanya kenapa mata wang Ringgit selalu berubah. Untuk memahami nya, kita perlu membezakan antara konsep wang dan mata wang. 

Mata wang adalah satu kaedah yang dicipta oleh manusia akibat amalan Riba. Dalam sistem Riba, bank akan sentiasa ingin memberi pinjaman dalam jumlah yang sebanyak mungkin dan melebihi had jumlah wang fizikal dan inilah yang membuat nilainya tidak stabil. 

Dalam erti kata yang lain, mata wang tidak mempunyai nilai intrinsik (semulajadi) dan inilah yang menjadi pembeza utama antara mata wang dan wang kerana wang yang mempunyai nilai intrinsik. 

Contoh wang yang paling baik ialah dinar emas di zaman Rasulullah SAW yang mempunyai nilai semulajadi yang diterima oleh hampir kesemua manusia di dunia ini. Tambahan pula nilainya juga stabil. 

Sebaliknya nilai mata wang tidak semestinya diterima di semua tempat dan biasanya akan sentiasa susut nilainya. Bahkan kadangkala mata wang boleh jatuh menjunam. 

Salah satu sebab utama kenapa ini boleh berlaku ialah ialah apabila sistem perbankan sesebuah negara yang terbabit telah terlebih dalam mengeluarkan atau mencipta mata wang.  

Salah satu contoh kejatuhan nilai mata wang akibat dari pengeluaran mata wang yang terlebih  ialah  kes mata wang Dolar Zimbabwe. 

Pada tahun 2008 jumlah mata wang negara tersebut telah bertambah sebanyak  658 billion peratus. Akibatnya kadar inflasi mencecah 80 billion trillion peratus setahun (89,700,000,000,000,000,000,000) pada penghujung tahun tersebut. 

Nilai mata wangnya jatuh begitu mendadak sehinggakan jika seseorang mempunyai  Z$100 billion, ia tidak mencukupi untuk membeli sebungkus roti.[iii]

Kejatuhan nilai dolar Zimbabwe sebenarnya bermula sekitar 2006 akibat beberapa faktor. Antara lain ialah amalan korupsi yang sangat meluas di kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan Zimbabwe di bawah pimpinan Presiden Robert Mugabe. 

Beliau adalah seorang diktator yang korup dan zalim yang enggan melepaskan kuasanya walaupun dibenci oleh rakyat. Sudah tentu suasana politik yang tidak demokratik ini akan memberi kesan yang sangat negatif kepada ekonomi negara. 

Dalam usaha untuk menjadi popular di kalangan penyokong kulit hitam, beliau telah membenarkan banyak ladang milik pengusaha kulit putih dirampas. 

Akibatnya pengeluaran dari ladang-ladang di Zimbabwe merosot. Satu laporan menganggarkan kerugian pengeluaran akibat tindakan ini sebanyak USD12 bilion (RM50 billion) dari tahun 2000 hingga 2011[iv]    

Untuk membiayai perbelanjaan kerajaan, Zimbabwe telah membuat keputusan untuk mengambil jalan mudah iaitu berhutang dari institusi kewangan luar negara termasuk IMF. 

Sepatutnya selepas itu ia berusaha untuk membayar hutang tersebut melalui pendapatan cukai dan pendapatan kerajaan yang lain. Malangnya ekonominya yang lemah mengakibatkan pendapatan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar hutang luarnya . 

Pada tahun 2004 kerajaan Zimbabwe membuat keputusan mengeluarkan lebih banyak mata wang dolar Zimbabwe yang seterusnya digunakan untuk membeli mata wang asing yang kemudian digunakan untuk membayar hutang nya.[v]

Tetapi langkah menambah jumlah mata wangnya adalah satu kesilapan akibat dari kurang memahami bagaimana sistem perbankan Riba beroperasi. 

Dalam sistem ini, mata wang yang dicipta oleh bank pusat akan dimasukkan kembali ke dalam sistem perbankan sebelum dikeluarkan dalam bentuk hutang dan dimasukkan kembali dalam bentuk deposit. 

Bila proses ( yang juga dikenali dengan nama proses `penciptan kredit’) ini berulang beberapa kali ia akan mengkibatkan pergandaan jumlah mata wang pada kadar yang sangat tinggi. 

Jumlah mata wang yang sangat banyak ini lah yang sebenarnya membuat kadar inflasi di Zimbabwe menjadi begitu teruk sekaligus menjatuhkan nilai dolar Zimbabwe pada kadar yang dasyat berbanding mata wang lain.

Akibatnya rakyat Zimbawe sendiri enggan menggunakan mata wang negara mereka sendiri dan lebih suka menggunakan mata wang asing terutama sekali dolar Amerika. 

Sekarang ini rakyat Zimbabwe menggunakan beberapa mata wang asing selain dolar Amerika termasuk Yuan di dalam sistem kewangannya dengan kebenaran kerajaan Zimbabwe.[vi] 

Ekonominya masih tenat dan Zimbabwe terpaksa berhutang kepada beberapa pihak luar termasuk kepada negara Cina iaitu sebanyak USD666 juta.[vii] 

Mungkin ada pihak yang bimbang perkara yang sama akan berlaku kepada Ringgit Malaysia kerana persamaan beberapa fakta seperti hutang luar yang meningkat, amalan korupsi yang berleluasa serta penglibatan negara Cina dalam ekonomi negara. 

Namun penulis merasakan bahawa ini adalah satu ramalan yang agak ekstrim. 

Ini kerana ekonomi Malaysia di dalam keadaan yang tidak seteruk Zimbabwe. 

Rakyat Malaysia amat rajin berkerja dan oleh itu output negara kita adalah jauh lebih baik berbanding Zimbabwe. 

Inflasi di Malaysia juga terkawal buat masa ini iaitu pada kadar di bawah 5% . Namun ia agak serius dalam sektor tertentu seperti daging, ikan dan tenusu kerana produk tersebut adalah diimpot dan kejatuhan nilai Ringgit telah membuat kos impot meningkat.

Persoalan yang timbul  ialah kenapakah nilai Ringgit Malaysia jatuh begitu mendadak baru-baru ini sejurus selepas kemenangan Donald Trump di Amerika Syarikat?

Jawapannya ialah kerana Donald Trump telah berjanji akan melaksanakan beberapa polisi ekonomi yang bakal memberi kesan kepada ekonomi negara Amerika dan pada masa yang sama kepada ekonomi negara lain termasuk negara kita. 

Salah satu dari polisi tersebut ialah pembatalan perjanjian TPPA iaitu satu perjanjian yang beliau pernah sebut sebagai perjanjian gila.[viii] 

Jika ini berlaku ekspot Malaysia ke Amerika akan terjejas kerana tidak sebebas seperti yang diharapkan. Ini mungkin akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Di samping itu Trump juga telah berjanji akan menyuntik dana sebanyak lebih dari USD1 trillion (satu ribu bilion) ke dalam ekonomi negara Amerika untuk memulihkannya kembali.[ix] 

Ini membuat pasaran kewangan melihat kemungkinan ekonomi Amerika akan mengalami pertumbuhan. 

Kesan inflasi yang akan menyusul selepas itu dilihat akan mempengaruhi bank pusat Amerika (Federal Reserve) supaya meningkatkan kadar bunga. 

Jika itu berlaku maka aset kewangan di Amerika akan menjadi lebih menarik kerana pulangan akan meningkat. 

Inilah yang telah membuat ramai pelabur memindahkan dana masuk ke dalam sistem perbankan Amerika Syarikat dan sekaligus meningkatkan nilai mata wang dolar sebanyak 2% (purata) berbanding mata wang lain, termasuk Ringgit. 

Nilainya juga meningkat ke paras paling tinggi dalam tempoh 14 tahun.[x]  

Persoalannya seterusnya ialah kenapakah Ringgit Malaysia merupakan mata wang yang paling teruk terjejas dari segi nilai berbanding mata wang lain?

Ramai penganalisa ekonomi merasakan ianya adalah akibat dari suasana dalaman politik negara Malaysia yang tidak menentu.  

Susulan dari laporan Jabatan Kehakiman Amerika (atau DOJ) berkenaan skandal 1MDB dan penggunaan istilah `kleptokrasi’ (negara yang dipimpin oleh sekumpulan pencuri) untuk negara kita oleh DOJ, satu laporan mengatakan bahawa ramai pelabur merasa bimbang tentang tindak balas kerajaan Malaysia berkaitan isu 1MDB ini.[xi] 

Pelabur asing rata-rata melihat DOJ sebagai satu institusi yang bebas dan profesional. 

Walaupun ada sebilangan individu di Malaysia mentafsirkan tindakan DOJ sebagai berniat buruk atau merupakan sebahagian dari agenda golongan Yahudi Amerika untuk menawan Malaysia, namun kebanyakan pelabur yang mempunyai pengetahun tentang sistem kehakiman Amerika tahu bahawa itu adalah dakwaan yang tidak masuk akal.

DOJ di Amerika sebenarnya tidak berada dibawah kawalan mana-mana pihak. Secara umumnya ia menjalankan aktiviti penyiasatan mereka secara adil, professional dan tanpa niat buruk.  

Penyiasatannya yang melibatkan syarikat 1MDB dan juga rakyat Malaysia Jho Low and Riza Aziz dilakukan kerana terdapat bukti mereka telah melakukan aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) yang bertentangan dengan undang-undang Amerika dan dengan menggunakan mata wang dolar Amerika. 

Secara automatic ini juga bermakna beberapa institusi kewangan Amerika adalah terbabit. Dengan itu DOJ tidak ada pilihan dari menyiasat kes itu.

Laporan yang dikeluarkan oleh DOJ sangat terperinci dan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia juga terlibat. 

Namun ramai pelabur asing berpendapat bahawa proses undang-undang di negara Malaysia tidak dihormati. Mereka berasa sangsi apabila melihat Peguam Negara dipecat serta pegawai tinggi MACC dipindahkan.  

Ramai juga merasa bimbang dengan trend dimana proses undang-undang tidak dihormati oleh pemerintah kerana ini akan memberi kesan kepada suasana ekonomi dan perniagaan jangka panjang. Mereka juga bimbang nilai jangka panjang pelaburan mereka akan terjejas.

Apa yang memburukkan lagi persepsi mereka ialah apabila melihat beberapa orang ahli politik dan pemimpin NGO ditangkap dan dipenjarakan apabila cuba untuk mendedahkan salah laku pemimpin atau mengadakan protes terhadap kerajaan secara aman dan mengikut lunas undang-undang. 

Bagi pelabur penangkapan tokoh-tokoh demokrasi dan pembangkang itu menunjukkan bahawa negara Malaysia diperintah oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kritikan dan tidak menghormati proses demokrasi. 

Dalam jangka panjang negara seperti ini bukanlah satu lokasi yang selamat untuk melabur. Itulah sebab utama kenapa Ringgit Malaysia menunjukkan prestasi yang paling lemah berbanding mata wang lain. 

Sama ada persepsi ini akan berterusan dan seterusnya mempengaruhi ekonomi negara jangka panjang bergantung kepada sama ada keadaan politik Malaysia akan berubah atau tidak di masa hadapan.

Akhir sekali salah satu faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan mata wang Ringgit ialah persepsi bahawa pihak berkuasa di Malaysia tidak mempunyai rezab mata wang asing (khususnya Dolar Amerika) yang mencukupi untuk untuk membiayai impot barangan dan menahan proses kejatuhan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika. 

Laporan dari akhbar kewangan terkemuka Bloomberg melaporkan bahawa sekarang ini Malaysia mempunyai rezab mata wang asing sebanyak hanya USD100 billion sahaja, sementara hutang luar jangka pendek negara adalah berjumlah USD128.2 billion (berdasarkan anggaran IMF).[xii]  

Jika rezab Malaysia tidak bertambah dalam masa terdekat, kemampuan Bank Negara Malaysia untuk mempertahankan nilai Ringgit akan terjejas jika pihak  spekulator mata wang asing `menyerang’  Ringgit Malaysia (yakni menjual dengan banyak dengan tujuan untuk menjatuhkan nilainya). 

Ini akan memburukkan lagi persepsi pasaran kewangan kepada Ringgit Malaysia dan akan bermakna bahawa Bank Negara Malaysia akan menghadapi cabaran yang sangat getir untuk meningkatkan kembali nilai mata wang negara kita di masa hadapan.

Pendapatan Sampingan Dengan Telefon Android, Mudahnya Menjana Pendapatan


 

Sunday 4 December 2016

8 Tips Memandu Semasa Hujan

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT



1. _Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja_.

2. _Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan_. _Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju_.

3. _Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan_.

4. _Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan_.



5. _JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja_.
( *Sila semak semula buku panduan lesen L*.)

6. _Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air_.

7. _Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah_.

8. _Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya_.

👉 _*Hati-hati di jalan raya*. *Semoga kita dan keluarga selamat tiba ke destinasi*_

App Duit Dengan Telefon Android

Friday 18 November 2016

Tanda-Tanda Sakit Pada Diri Kita

Tanda-Tanda Sakit Pada Diri Kita


*INFO BERGUNA*
••••••••••••••••••••••



..Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN* :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*:
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
*SAKIT TAPAK KAKI* :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*:
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI* :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*:
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA*.
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA* :
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* . _Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

~KENCING~
*KERAP KENCING*
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR* ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK* :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT* :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH* :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

~BUANG AIR BESAR~
.. *CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*:
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*:
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

*BADAN* :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

~Sakit menyucuk~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

~Sakit sengal~:
● Menandakan luka di dalam badan.

~Sakit menyentap~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

~Sakit menegang~ :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH* . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS* .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN* :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*: ..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH* :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT* :
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*:
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.
Dari  Almashoor Wan Sakai: Pemusnah Sel Kanser
Ramai kwn2/famili/kenalan saya yg dah meninggal & kini berada d tahap kritikal disebabkn kanser sekarang ni. Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup
💞💞💞💞💞💞💞
Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk.

🌹1. Lemon panas membunuh sel kanser.

🌹2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline

🌹3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.

🌹4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

🌹5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

🌹6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.

🌹7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

🌹8. Lemon Extract boleh  melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

🌹9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

🌹10.  Habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan kasih sayang.💞
Dr. Iwan Sudrajat  menekankan, kalau orang yang menerima berita ini boleh mengirimkan kpd 10 orang lain, maka setidaknya ada satu nyawa yg  boleh diselamatkan ...
Saya sudah melakukan tugasku, semoga anda juga boleh membantu melakukan tugas ini. Terima kasih!

Institut Pencegahan Kanser mengumumkan Ranking sayuran anti kanser :
01: Ubi keledek direbus/dimasak 98.7%
02: Ubi keledek mentah. 94.4%
03: Asparagus. 93.9 %
04: Broccoli, 92.8%
05: Kubis/cabbage. 91.4%
06: Bunga Kobis/Cauliflower 90.8%
07: Saledri. 83.7%
08: Terong. 74.0%
09: Paprica. 55.5%
10: Wortel. 46.5%
11: Golden cauliflower 37.6%
12: Capsella/shepherd's purse 35,4%
13: Cohlrabi. 34.7%
14: Mustard. 32.9%
15: Brassica juncea. 29.8%
16: Tomato. 23.8%

*Tips utama*: Semua kentang mgandung kolagen, terutama ubi keledek kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah ubi keledek ungu dan jus lemon hangat tanpa gula.

_Penemuan resepi baru dari negara China_: *bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 batang kacang panjang di campur 1 buah tomato merah. Minum 2x sehari*. Silakan cek kadar gulanya esok hari,  dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang makan lagi.

Bantu kirimkan berita ini ke semua kontak.  *Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh* !  selamat mencuba!  Share...  disimpan juga tak ada gunanya, lbh baik  bantu di share... Selamatkan  nyawa kita.




App Duit Dengan Telefon Android

Wednesday 16 November 2016

CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA ROCIO SECARA UMUM

FENOMENA PENAPIS UDARA ROCIO RAP01

PENAPIS UDARA


 CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA ROCIO SECARA UMUM 

PENAPIS UDARA



 1. Berupaya membersihkan udara seluas 240sqft. 
2. Menghilangkan bau rokok dan meneutralkan molekul asapnya. 
3. Mematikan kuman dan bakteria. 
4. Membersihkan udara berjerebu. 
5. Menyedut bulu halus haiwan peliharaan. 
6. Membasmi bau busuk dan hapak. 
7. Menghasilkan 'Plasmacluster Negative Ions'.
8. Dilengkapi dengan perbagai sensor dan fungsi seperti:

  • Mod Sentuhan Skrin 
  • Mod Lampu Uv 
  • Mod Jimat Letrik 
  • Mod Turbo Speed 
  • Mod Turbo Ionized 
  • Mod Countdown Masa 


 9. Stylish & Futuristic. Pernah kah anda hadapi masalah seperti dibawah ini samada semasa di pejabat mahupun dirumah? 

 Kanak2 dibawah tahun 4 masih belum mempunyai bulu hidung untuk menapis kuman2 dalam udara, jadi senang mengalami penyakit selsema dan lain2. 

Udara dan Asap BERJEREBU Bau Busuk seperti bau asap rokok, Bau haiwan peliharaan, Bau selepas memasak, Bau sampah, bau ubat nyamuk & lain-lain bau. Partikel habuk, rambut dan bulu haiwan. Habuk halus, asap Rokok, Bakteria, Virus dan Kuman. Virus Influenza seperti H1N1, 

Influenza dari manusia dan lain-lain virus yang merbahaya. Apa yang anda akan dapat sekiranya memasang Penapis Udara ROCIO? Penapis udara ROCIO sangat berkesan menyedut habuk-habuk halus & kasar yang berterbangan di ruang udara.  

Penapis udara ROCIO berkesan memerangkap bulu-bulu haiwan peliharaan yang berterbangan di ruang udara dalam rumah kita. Penapis udara ROCIO juga mampu menyerap asap rokok, asap disebabkan oleh jerebu, gas-gas, virus, kuman, bakteria, serta bau-bauan yang tidak menyenangkan. Penapis udara ROCIO mempunyai keluasan liputan mencecah sehingga 240 kaki persegi.

Mempunyai 4 peringkat penapisan dan lampu UV utk menghapuskan segala kuman dan bakteria dlm udara, 1. Penapis filter primary utk menapis habuk kasar 2. Penapis Hepa utk menapis habuk halus 3. Active karbon utk menghapuskan bau dlm udara 4. Photocatalyst Net utk menghasilkan negatif ion lampu UV utk menghapuskan kuman2 dlm udara Pakej Hebat ROCIO merangkumi; 

Penghantaran lalu courier Gdex Khidmat Nasihat dan rundingan. Jaminan penuh dengan harga Mampu Milik Ukuran saiz barang 220mm(L) x 175mm(W) x 150mm(H) Keberatan barang 1.2kg Kegunaan Letrik 10W

012 3513407 boleh wsap jika berminat

App Duit Dengan Telefon Android

Thursday 10 November 2016

teknik menangani apabila berlakunya hydroplaning

teknik menangani apabila berlakunya hydroplaning

HYDROPLANING.

Berlaku apabila terlalu banyak air antara tayar dengan jalan. Akibatnya, tayar hilang cengkaman. Yang menyebabkan terbabas ialah pemandu itu panik dan tekan brake. (boleh nampak lampu brake menyala).

Teknik yang betul jika tiba-tiba kenderaan hilang kawalan akibat hydroplaning ialah jangan panik dan jangan tekan brake kerana boleh menyebabkan hilang kawalan. Lepaskan pedal minyak Kalau pemandu yang lebih cekap kawal stering itu ikut lawan arah kenderaan itu terbabas.

Teknik ni dipanggil steering into the skid. Jangan overrcorrect atau pusing terlalu kuat atau lebih teruk lagi pusing steering kiri kanan, akibatnya kereta akan spin. Selalunya hydroplaning ini berlaku beberapa saat saja.Yang penting, jangan panik. Keep calm. Pegang steering dengan kuat.

Ini teknik menangani apabila berlakunya hydroplaning. Teknik yang terbaik tentulah cuba mengelakkannya daripada berlaku dengan memperlahankan kenderaan.

Monday 24 October 2016

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri




Tertarik Dengan info sifu Hasrullah Hassan, suka saya mengarang dengan gaya sendiri kerana hasil daripada pengalaman sendiri. Sikap untuk mendapatkan perhatian sering menjelma dalam hati sesetengah orang, Selalunya apa yang mereka buat biasanya untuk mendapatkan pembalasan, penghargaan dan sebagainya. Kadang-kadang ia mendatangkan kebaikan kepada diri tetapi ada juga mendatang keburukan sehinggakan membuatkan orang rasa menyampah pun ada.

Sebenarnya kita tidak perlu menjadi artis untuk mendapatkan kepopularan, kepopularan akan menjelma hasil kita sendiri untuk membuat perubahan. Oleh kita perlu melihat personaliti kita sama ada termasuk dalam 10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri yang membolehkan mata dikelilingi kita melirik ke arah kita. Dalam usaha kita perlu bersungguh dan jujur dan bersikap optimis untuk menjayakan 10 tips ini.

1.Pamerkan Air Muka 

Untuk langkah permulaan tips ini menjadi penarik diri adalah mempamerkan reaksi muka yang jernih, penampilan yang manis dan senyum selalu. Biasanya pandangan pertama membuatkan ramai orang suka dan mendekati jangan mempamerkan muka dengan penuh kekelatan sebaliknya ikhlas bahawa mudah didampingi.

2. Tenang Dan Kawal Diri

Hendaklah sentiasa dalam emosi yang seimbang dan terkawal, jangan cepat melenting apabila ingin memulakan percakapan. Berfikir terlebih dahulu sebelum bertutur. Pastikan emosi sentiasa tenang walaupun anda dalam rasa tertekan.

3. Penampilan Yang Menarik Dan Kemas 

Penampilan yang menarik dan kemas menjadikan anda dalam perhatian, walaupun anda berpakaian simple berbaju t dan berseluar jeans tetapi anda masih kelihatan kemas sudah cukup memadai. Pemilihan pakaian dan warna memainkan peranan penting untuk mudah menjadi daya tarikan. Yang penting ada keselesaan.

4. Berfikiran Positif dan buang yang negatif

Dengan berfikiran positif pasti ion kebaikan akan mendekati diri kita, kita mentuturkan perkara yang positif tanpa ada membayangi sebarang keburukan insyaAllah rezeki akan menjemput kita. Kebaikan berfikiran positif dan mengenepi perkara negatif membuatkan seseorang suka mendekati kita. Buang segala dendam yang lalu untuk kebaikan masa yang akan datang

Jangan lah sombong kerana tiada sebarang kebaikan yang kita dapat buktinya lihat video di bawah ini.



5. Jangan Memilih kawan dan berkawan dengan sesiapa sahaja.

Sikap memilih kawan adalah tidak bagus, sikap ini cuba mengasingkan diri, sikap ini akan merendahkan emosi seseorang. Jom minum saya mengajak kawan dihadapan sedangkan kawan yang berada di tepi tidak dipelawanya, adakah anda sedar sikap tersebut pasti membuatkan kawan yang berada di tepi merasa kesot, terguris ataupun terpinggir.


6. Berterus Terang Dan Jujur

Jujur lah pada diri sendiri, keyakinan akan menjelma dan kita pasti akan hidup bertenaga. Sikap ini bukan untuk kebaikan kita sebaliknya akan menjadi contoh kepada anak kita dan anak kita akan menjauh 10 bahasa yang membuat mereka berdosa. Sikap ini disulam dengan ketelusan, percayalah mereka mampu menilai bahawa kita benar ikhlas dalam hubungan. Sekiranya ada apa-apa kekurangan sampaikan sesuatu tutur kata dengan terang dan jelas sebaiknya jangan sampai mereka bertanya beberapa untuk mendapat kepastian.

7. Perbanyakan Senyuman

Senyuman yang ikhlas akan membuatkan penarikan diri minat dan sebagainya, jadikan senyuman amalan hidup, senyuman boleh menenangkan diri, senyuman menjadi magnet kepada rezeki. Senyuman yang menarik adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang.

8. Perbanyakan Sikap Memberi

Sikap memberi adalah lebih baik daripada daripada menerima, sebagai contoh sedekah, tangan yang memberi adalah lebih daripada yang menerima. Kebiasaanya sikap memberi lebih disukai daripada mementingkan diri, memberikan bukan sahaja harta malah fizikal dan idea pun bagus untuk menjadi perhatian masyarakat. "kau ni asyik diam sahaja tiada idea langsung terpacul dari mulut, apa ada emas ke dalam mulut tu".

9. Memberikan Pujian


Memberikan perhatian dan ikhlas memujian tentang sesuatu perkara, "eh cantik baju awak hari ini" 

10. ?







Wednesday 19 October 2016

Buat Persedian Musim Tengkujuh Dijangka Awal November 2016

Buat Persedian Musim Tengkujuh Dijangka Awal November 2016






Jabatan Meterologi melaporkan bahawa negara akan didatangi paras purata hujan yang banyak melibatkan beberapa negeri kecuali Johor dan timur Pahang. menurut Pengarah Jabatan tersebut. Negara kini akan menghadapi peralihan monsun yang dijangka akan berakhir pada akhir november ini.



Peralihan monsun katanya, akan membawa kepada Monsun Timur Laut pada minggu pertama dan kedua November  dan dijangka berakhir minggu kedua atau ketiga bulan Mac 2016
"Semasa Monsun Timur Laut kita jangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat monsun.

Kita masih lagi terbayangkan musibah banjir yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini bermula 2013 dan 2014, sungguh menghayat hati nasib yang menimpa mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan tempat untuk berlindung.

Tahun 2013 kita menyaksikan bah yang luar biasa di Kuantan yang mana tempat yang tidak pernah mengalami banjir menerima musibah ini. Pihak bertanggung terpaksa mengebeleng tenaga memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Beberapa insiden yang tidak diingini melibatkan kehilangan nyawa antaranya pasangan guru dan suami mati lemas bersama ketika menaiki bot bomba yang mana bot tersebut terbalik ketika melalui air deras. 

Kejadian berlaku di Kemaman, dan menyatimkan piatu tiga anak beliau yang masih kecil. Kejadian malang ini hanya sebahagian kecil menghayat hati, ramai lagi mangsa banjir yang dihanyutkan dan tidak kurang masalah peralatan bantuan dan ganguan alat perhubungan lebih menyukarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Buat Persedian Awal Ketika Musim Tengkujuh
Bersedia awal adalah penting demi keselamatan diri dan keluarga dengan membuat beberapa persedian dari segi harta benda dan dokumen penting daripada hilang.

Persedian ini bukan sahaja kepada mangsa banjir yang sering di landa bah bahkan kepada mereka yang tiada sejarah banjir juga perlu bersedia untuk menghadapi bah ini.

Di antara tips ketika musim bah.

  • Menyimpan dokumen penting seperti Mykad, geran, surat beranak dokumen bank dan lain-lain lagi di tempat selamat jika perlu dipindahkan adalah lebih baik berbuat demikian.
  • Menyimpan wang di bank dan jangan simpan di rumah. Simpan yang perlu sahaja untuk kegunaan masa kecemasan juga penting.
  • Sentiasa peka dengan isu semasa dan info berkaitan hujan dan banjir di suatu tempat.
  • Mengikut arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah ke tempat selamat maka perlu berbuat demikian. Ingkar kepada arahan akan membahayakan diri dan menyusahkan pihak keselamatan menghulurkan bantuan apatah lagi keadaan begitu getir untuk bantuan sampai kepada anda.
  • Simpan nombor pihak terlibat atau pihak keselamatan dan menghubungi mereka jika perlu untuk mendapat perkembangan isu bah.
Moga tips ini manfaat kepada anda untuk persedian menghadapi bah yang mungkin berlaku di tempat anda.
  


Wednesday 5 October 2016

10 Perkara Diberikan Perhatian Untuk Mematapkan Diri Sebagai Leader

10 Perkara Diberikan Perhatian Untuk Mematapkan Diri Sebagai Leader


Saya listkn 10 punca yang patut dia elakkan dari terkena jangkitan virus gagal yang cukup merbahaya.

1. Kekurangan sales activity.

Sepatutnya, jam 9-5 dipenuhi dengan sales aktivity, sebaliknya   lebih dari 60 percent yang penuhi aktivity harian dengan  berborak kosong bersama rakan, minum minum , atau aktivity personal yang tidak lansung berkait dengan sales production.

2. Tak kreatif

Bila kita baling getah kat dinding, kita  berharap  getah getah tu melekat kesemua nya sekali..

Ianya kepercayaan karut.
Try to study prospek  background, juga buat kajian tentang demographic iaitu dari segi umur, level mereka dll.

3. Suka bertangguh

Bertangguh nak jumpa clients, beratngguh nak buat phone call, dan lagi teruk, bertangguh nak buat submission.
Duit, nak cepat cepat.

4. Tak ada Perancangan Jualan

Setiap bulan kita  pastikan graph  sales kita menaik.
Kena ada semangat yang membara untuk dapatkan new clients.
Tapi ramai yang hidup macam orang bersara sebelum waktunya, dengan hanya take care existing client.

5. Tak Organized.

Saya check people sekeliling saya, bila ditanya sales activity daily ramai yang kata  tak pasti. Kena ada specific jadual harian iaitu untuk buat cold call, appoinment, training atau recruitment.

6. Follow up lemah.

Ramai yang ada masalah follow up yang lemah. Kita akan dapat kepercayaan bila kita follow up pada waktu yang ditetapkan.
Kena ada sistem follow up yang betul dan berkesan.

7. Negative

Suka atau tidak, attitude kita akan determine attitude dalam selling.
Yang suka complaint, akan terus complaint.
Memang sukar untuk berada di zone positif dalam jangka yang lama, tapi bial kita start negative, ianya akan start  menghancurkan business.

8. Tak percaya diri sendiri.

Kebolehan diri mereka sendiri, sendiri dipertikaikan..
Buat sekadar buat.
Lagi worst, tak mahir dengan product dijual kerana malas membaca dan enggan attend training.

9. Kekurangan daya tahan.

Ingat, 

Successful people do the things that unsuccessful people don't like to do.
Paling ramai yang gagal ialah kekurangan sales aktivity kerana tak tahan dengan cabaran dan ujian.

10. Tidak Jujur

Orang membeli dengan kita kerana LTR.
Like, Trust n Respect.
Kita mengambil masa yang bertahun untuk membina relationship, tapi ianya hancur dengan penipuan yang kecil..

Nak share dengan team masing masing, silakan...
Semoga bermanfaat.
Info oleh Shaari Anuar II

Saturday 17 September 2016

Cadangan Modul Bijak Jawi Untuk Tahap 1-6 Tahun Bagi Sekolah Kafa

Cadangan Modul Bijak Jawi Tahap 1-6 Tahun Sekolah Kafa



Sedang mencari modul baru untuk sukatan pelajaran tahun hadapan blog myhijrahportfolio mencadang buku Bijak Jawi sangat sesuai dijadikan bahan pembelajaran pada tahun untuk digunakan kepada pelajar Tahap 1-6.

Buku Bijak Jawi direka khas untuk pelajaran jawi berbentuk rujukan berterusan dicedok hasil daripada modul kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri Pahang.


Cadangan Modul Bijak Jawi Tahap 1-6 Tahun 2017 Sekolah Kafa tepat pada masanya kerana buku ini dicipta khas untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran jawi namun demikian kepada pelajar yang sudah boleh membaca jawi boleh terus melangkau kepada bahagian yang sesuai mengikut tahap mereka. Ini kerana buku Bijak Jawi diterbitkan bermula daripada asas jawi iaitu mengenal huruf jawi seperti alif, ba, dan Ta serta seterusnya.







Buku Bijak Jawi diterbitkan oleh seorang ustazah yang mengajar pelajaran jawi serta juga merupakan peserta kursus bengkel pemantapan jawi. Buku ini diterbitkan dalam bentuk tiga siri dan dipecahkan kepada tiga bahagian.

Buku Bijak Jawi dijual dalam tiga siri sekaligus kerana terdapat kesinambungan antara setiap siri.

untuk tempahan sila hubungi atau whasapps ke nombor                                     
                               0123513407





CARA-CARA MEMBUAT LAPORAN PADA PENIPU ONLINE (SCAMMER) YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB.

PENTING..!!! : CARA-CARA MEMBUAT LAPORAN PADA PENIPU ONLINE (SCAMMER) YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB.


Semakin hari semakin ramai pula keluarkan isu ditipu dengan pembelian online. Mereka dikatakan telah membeli produk secara online, dan tidak menerima barangan selepas membuat pembayaran.
Ada jalan penyelesaian untuk mereka yang ditipu dengan pembelian online. Saya terjumpa maklumat ni dari komen facebook. Mangsa tersebut telah membuat laporan kepada tribunal dan kes tersebut telah dibicarakan. Akhirnya, mangsa mendapat semula duit bayaran yang dibuat untuk pembelian online.

Apa yang anda perlu pastikan adalah, resit atau bukti pembayaran hendaklah di simpan. Sekiranya anda membuat pembayaran online, anda boleh printscreen bukti atau klik ‘print’ dan ‘save as’ pdf untuk simpanan. Apabila anda mendapati penjualan online tersebut adalah penipuan anda boleh melaporkan kepada tribunal pengguna.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Tribunal Pengguna ada cawangan di setiap negeri. Anda boleh semak di sini http://ttpm.kpdnkk.gov.my/.

Cara-cara untuk membuat laporan seperti berikut.

Pergi cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.

Buka fail dengan bayaran RM5
Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran/bank statement, dan segala maklumat mengenai penipu tersebut.

Penting.. ALAMAT!!

Kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, penipu akan di arahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.

take note: kalau tiada bukti pembayaran yang dibuat melalu internet banking, rasanya boleh minta bank keluarkan resit ..tapi makan masa. Itu atas urusan anda dan pihak bank. Mereka boleh bantu..
Comment yang saya copy dari salah seorang mangsa yang sudah buat laporan.
“bawak je ke Tribunal Pengguna.. buka fail RM5.. saya dah buat.. Hakim perintahkan dia byr balik dlm tempoh 14 hr.. klu tak penjara 2 thn @ denda rm5k @ kedua2 sekali.. tp kena bwk bank statement yg tunjukkan kita transfer duit kat dia.. itu je.. saya dah MENANG” – Facebook

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

3) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

4) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

langgan info dari kami :
SERVER 2 - https://telegram.me/joinchat/AxyFaDvmVrRM_O64IQDZVg

SERVER 3 - https://telegram.me/joinchat/AxyFaALhoTJsYjlxMMfCUg
@networkmalaysia_bot
@networkmalaysiamarket_bot
invite kami dalam group anda kemudian beri command

Friday 16 September 2016

Thursday 8 September 2016

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

 

Tertarik dengan info daripada celiknutrisi, suka saya berkongsi info semoga menjadi pengajaran kepada anak-anak kita yang mana kini terdedah dengan pelbagai maklumat. Kita sedar atau tidak sedar maklumat yang diterima oleh mereka perlu ditapis bagi menggelakan pelbagai permasalahan akan datang.

Anak-anak adalah perwaris kita yang menyambung generasi kita, dia lah amanah buat kita, teguran ini lebih ditujukan kepada saya sendiri yang menulis dan mungkin kepada meraka ibubapa yang sama tida aware akan hal ini, kadang-kadang kita sedar akan hal ini tetapi kerana sikap atau ego yang mendahului kita menyebabkan anak-anak kita terabai dengan penyebabnya budaya kita sendiri mendidik mereka dengan bahasa-bahasa yang kasar dan kesat sehingga terguris hati mereka.

Kepada ibubapa, termasuk saya juga mereka bukan sahaja terdidik dengan kita sahaja jangan lupa mereka anak-anak kita bersama dengan kawan mereka, mereka bersama dengan guru-guru mereka yang mana masa didikan yang sangat berkualiti (tempoh waktu mereka anak-anak sedar jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) berbanding ibubapa sendiri yang hanya memiliki sabahagian sahaja masa berkualiti dan sebahagian besarnya adalah masa tidur mereka.

1. Bahasa Melaknat. 

Kita biasa mendengar bahasa ini, dan kita dapat membayangkan perumpamaan bahasa ini.

Contoh : Menyumpah, maki hamun, carut dengan bahasa yang kasar. 

Anak yang menerima  maki hamun hatinya akan menjadi keras dan akan mendidik diri kepada kurang yakin pada diri sendiri.

2. Bahasa Menyindir 

Kita sering mengamalkan bahasa ini, eh! korang ni asyik minta duit jer...apa! kau ingat ayah ni tukang cap duit..,

Cari dengan mata bukan dengan hidung..kan dah jatuh padan muka kau...

Bahasa ini apabila didengari oleh anak akan merobek jiwa anak, sedangkan dia hanya tidak memahami maksud kata-kata ayahnya tadi.

Ingat! Allah jua melarang dengan hal ini, sindir menyindir akan membuka keaiban seseorang, dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ( ayat 49:11 )

Yang jelas Agama kita turut melarang perbuatan menyindir antara satu sama lain 

baca artikel ini hasrizal@abah.my sangat menyentuh hati dengan bahasa menyindir akan meruntuhkan jiwa hati anak kesayangan kita


3. Bahasa Menipu/ Bercakap bohong

"sayang nanti birthday adik ibu beli basikal yer..                         (sampai masanya x beli pun sedang dihati kecil anak sudah menunggu saat tersebut)

"Eh apa tu..hantu la!!!..cepat tidur jangan main lagi...ibu penat..

(sedangkan ibu penat..hantu dipertaruhkan suruh anak tidur)  hayatilah hadis nabi ini

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Kaedah yang paling ideal jelaskan dengan cara mudah difahami kepada anak

4.  Bahasa Menempelak

"Abah dah cakap jangan gunting macam ni..nanti cikgu marah...padan muka kau dah kena rotan, malu dengan kawan-kawan"

"Eh dah jatuh..ibu dah jangan berlari..ha kan dah jatuh padan muka adik"

Ana-anak dalam situasi tertentu tidak memahami ayat yang memiliki maksud yang bertindih atau double meaning, sebaiknya menggunakan bahasa yang jelas.

5. Bahasa Mengkritik

Bahasa mengkritik ini sering digunakan kepada ibu-ibu terhadap anak-anak, sedangkan dalam jiwa anak tersebut perasaan memberontak serta tidak menerima apa yang dikritikannya. Sebaiknya guna lah pendekatan yang positif, lihat dan nilai kebaikan yang ada pada anak guna bahasa yang jelas dan mudah difahami agar anak dapat menerima dengan sebaiknya.

Kritik boleh mendatang sesuatu yang positif dan ada juga akan mendatangkan perkara yang negatif.


6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)

"Banyak sudah keluarkan belanja untuk akak, asrama, baju sekolah,buku..akak kena balas budi baik abah dengan ibu buktikan kepada abah akak mampu cemerlang dalam pelajaran"

"macam-macam dah ibu sediakan untuk abang supaya belajar rajin-rajin, hantar tuisyen kenapa abang dapat keputusan macam nie"

Kunci: Bersikap kepada anak biarlah ikhlas, tanggung jawab sebagai ketua keluarga adalah amanah.

7.  Bahasa MEMBANDINGKAN



"Tengok adik tu..rajin tak payah disuruh semuanya buat sendiri...tak kan lah abang jadi malas"

"Anak orang semuanya pandai-pandai belaka...ada yang belajar ke luar negeri...anak kita setakat SPM sahaja

Jangan Bersikap pilih kasih, setiap anak memiliki kelebihan tersendiri dan daya pemikiran kreatif yang luar biasa, seharusnya sayanginya dan jangan membezakan mereka agar tidak mereka tidak tertekan dengan sikap kita.




 8) Bahasa MENGUGUT

Contoh : "Kalau adik tidur lagi abah letak adik tidur di luar rumah!!"

"Kalau adik nakal abah pukul nanti"

 9) Bahasa MENUDUH



"Siapa yang buat bersepah ni, ngah ke..ngah ni memang nak kena pukul"


 10) Bahasa BISU (silent treatment)

Mendiamkan diri, tidak berkomunikasi dengan anak, berbual atau sebagainya, membiarkan anak membuat sesuatu kesalahan walaupun dihati ibubapa merasa



Tuesday 30 August 2016

Bilakah Aku Berpeluang Lagi Menjejaki Kaki Di Bumi Mekah...

Bilakah Aku Berpeluang Lagi Menjejaki Kaki Di Bumi Mekah... 


Impian Setiap Insan yang bergelar mukmin, Islam yang mukmin iaitu iaitu Islam yang patuh dengan Suruhan Allah dan menjauhi kemungkaran.

Di dunia ini ada yang mengakui dirinya Islam tetapi tidak maka Allah membezakan Ya Aiyuhallazy naamanu dengan Ya aiyuhal nas...

Maa syaAllah...moga aku turut tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa kepada mu...begitu juga keturuanan ku, saudara mara ku sahabat andai dan guru-guru muslimin dan muslimat...insyaAllah

 

Ibadah tawaf

Sunday 28 August 2016

Awas Kepada Peniaga Online

Awas Kepada Peniaga Online

Teknik penipuan seakan real dengan bukti pembelian dengan menunjukan bukti bayaran samaada dengan kaedah pembayaran online, kad kredit ataupun paypal.

Kepada yang teruja menjual jangan mudah percaya sekiranya ada pelangan yang kononya telah membuat bayaran tetapi pending kerana terpaksa membayar fee servis agent. Memang pelik dan kelakar.

ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya percaya ada diluar sana atau tuan sendiri ada pengalaman sendiri. Alhamdullilah saya sempat sedar dengan teknik yang digunakan dan dapat menghidu adanya penipuan.

Kes saya seolah-olah pembayaran telah dibuat kepada saya. Tetapi saya perlu membantunya membayar fee kepada agent yang dilantik untuk mengambil barangnya bagi mewakilkan pelangan, semasa pembayaran ke akaun saya bagi pembelian produk termasuk fee bagi agent tersebut, saya hanya membantu pelanggan untuk pembayaran fee kepada agent, sebagai contoh harga produk RM1500 + 500 (fee yang perlu dibayar kepada agent) pelangan membuat pembayaran secara online, urusan kelihatan seperti tulus tetapi diakhirnya urusan online banking pending sehingga saya perlu membayar fee terlebih dahulu barulah bank akan memproses urusan banking pelangan.   

Pada awalnya saya bersetuju kerana diawal pagi saya telah mendapat pelangan. Tetapi cerita di petang pula pelangan ini memaklumkan pembayaran pending kerana saya perlu membayar servis agent terlebih dahulu sebanyak RM500 ke akaun agent tersebut.

Setelah berfikir panjang dan meneliti kaedah pengolahan ayat maka saya dapat rasakan ada yang tidak kena pada pelangan ini. Mereka mendesak mengesa pembayaran fee..sedangkan pemindahan wang masih tidak selesai lagi.

Dan permintaan mereka fee perlu di bayar di mesin atm. permintaan mereka agak bijak agar mudah tidak dikesan sekiranya mereka berjaya menipu. 

Bagi kaedah closing sale juga agak mudah. Mereka tiada tawar menawar. mereka akan memilih apa sahaja yang disyorkan. Tiada soalan yang susah jika pelangan yang benar-benar ingin membeli pasti pelbagai soalan akan ditanya. Jadi berhati-hati kepada peniaga online agar tidak ditipu.

     
                   Resit Bayaran Kononnya..dan email juga sudah      diterima kononnya dari bank