Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday 13 December 2016

Puasa Hari-Hari Putih

Puasa Hari-Hari Putih




Puasa Putih ini dilakukan pada Hari ke 13, 14 dan 15 di setiap bulan dan dinamakan hari-hari tersebut hari putih kerana bulan pada malam itu penuh dan putih terang. Daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: “Wahai Abu Dzarr! Apabila engkau berpuasa tiga hari daripada sebulan, maka berpuasalah pada 13, 14 dan 15 haribulan. ” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kelebihan berpuasa di Hari-Hari Putih sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

مَنْ صَامَ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa daripada tiap-tiap bulan sebanyak tiga hari, maka sedemikian itu (menyamai) puasa selama setahun." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Puasa Hari-Hari Hitam

Puasa Hari-Hari Hitam ialah puasa sunat yang dilakukan pada hari yang ke 28, 29 dan 30 setiap bulan. Dinamakan hari-hari tersebut dengan hari-hari hitam kerana kegelapan malam-malamnya pada waktu itu disebabkan ketiadaan bulan. Maka dengan berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu.

Puasa Hari Isnin dan Khamis

Puasa Hari Isnin dan Khamis puasa yang disunatkan pada hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis itu ada hubungkait dengan amal perbuatan manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid katanya:

إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ وَسُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ أَعْمَالَ الْعِبَادِ تُعْرَضُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam (melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan ditanya (Baginda) akan (sebab) sedemikian itu, Baginda bersabda: “Sesungguhnya amalan manusia itu ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan Khamis.” (Hadis riwayat Abu Daud)

(Petikan dari Buku Irsyad Hukum 1999, Bab Hari-Hari Yang Sunat, Haram dan Makruh Berpuasa, Muka surat 16, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan)

PART TIME
App Duit Dengan Telefon Android

Thursday 24 November 2016

KHASIAT BISMILLAH LIMA ~

KHASIAT BISMILLAH LIMA ~ 


بسم الله الرحمن الرحيم

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim 

بسم الله الشافي

2. Bismillahish Shaafii 

بسم الله الكافي

3. Bismillahil Kaafii 

بسم الله المعافي

4. Bismillahil Mu’aafii 

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم


5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya


App Duit Dengan Telefon Android

Tuesday 15 November 2016

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat, Telah Terjadi

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat, Telah Terjadi


 *Bukti bahwa hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terkuak.

Sebahagian bergembira terhadap fenomena ini, tapi _"sebagai orang beriman*_, sudah selayaknya kita lebih _*mempersiapkan bekal untuk kehidupan kita di akhirat*_ *setelah dunia ini berakhir atau paling tidak setelah umur (tinggal kita) di dunia sdg beransur berakhir.*

 عَنْ أَنَس رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ :«إِنَّ مِنْ اقْتِرَاب السَّاعَة أَنْ يُرَى الْهِلاَل لِلَيْلَة فَيُقَالُ : لِلَيلَتَينِ، وَأَنْ يَظْهَر مَوتُ الْفَجْأة، وَأَنْ تُتَّخَذ الْمَسَاجِد طُرُقاً Ertinya: Dari Anas رضي الله عنه,

 bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, *“Sesungguhnya sebahagian dari tanda dekatnya Hari Qiamat adalah bahawa Bulan terlihat dalam satu malam seperti untuk dua malam (maksudnya: Lebih besar dari biasanya), dan banyak terjadi kematian mengejut(mendadak), dan masjid dijadikan tempat melintas(lalu) shj.”*

 (Hadith Riwayat Iman Adhdhiyaa’ Al Maqdisy dalam Al Ahadiits Al Mukhtaaroh no: 2325, dan menurut Syaikh Abdul Maalik bin Dhuhaisy, sanadnya Hasan, demikian juga di-Hasankan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam Sohiih Jaami’ush-Soghiir no:10841 dan Silsilah Hadits Sohiih no: 2292) Juga ada pula riwayat dari Anas bin Maalik رضي الله عنه, ia berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

 مِنِ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ يُرَى الْهِلالُ قِبَلا، فَيُقَالُ : لِلَيْلَتَيْنِ، وَأَنْ تُتَّخَذَ الْمَسَاجِدَ طُرُقًا، وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفُجَاءَةِ *“

Di antara tanda dekatnya hari qiamat adalah hilal (bulan tsabit) terlihat lebih awal hingga hilal malam pertama dikatakan sebagai hilal malam kedua.

Masjid-masjid dijadikan sebagai tempat melintas shj dan banyaknya terjadi kes kematian mengejut(mendadak).”* (Hadits Riwayat Imaam Ath Tabrani رحمه الله no:1132 dan di-sohihkan oleh Syeikh Nasiruddin Al Albaany dalam Sohiih Al Jaami’is-Soghiir no:10841)


App Duit Dengan Telefon Android

Monday 14 November 2016

AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU

AKIBAT SOLAT
DI HUJUNG-HUJUNG* *💎WAKTU💎*

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan;

bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir.

Dia teringat... Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit; "Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka.

Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam.

Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, "Siapakah anda?" Orang tua itu menjawab, "Saya solat anda" "Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur.

" Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.


Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

 -- *Kongsikan kisah ini kepada saudara mara, kawan-kawan kita dan keluarga kita. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka*. *Siapa tahu*?

 *Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan untuk saya juga,semoga bermanfaat untuk kita semua

In Sha nia ALLAH*.. *🎀-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Raza


App Buat Duit Dengan Telefon Android

Friday 21 October 2016

Pesanan Ulamak

Pesanan Ulamak


Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. 

Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?

Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut: “Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah

al-Askandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain” Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah? 

Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi
pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.

Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. 

Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah. Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. 

Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya

Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? 

Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.

Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.
Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.
Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.

Maka persoalannya, pemahaman siapa yg ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?

Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yg mengambil selain daripada keduanya.

Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.

Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Hatta Imam Syafie rah. yg berbangsa arab sendiri pun tinggal di perkampungan bani Huzail selama lebih kurang 10 thn semata2 ingin belajar b.arab mereka yg hampir dgn fusha...

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.

Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. 

Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu
berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak
terus menjawabnya?”

Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”
Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.

Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah.
Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana utk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara2 khilaf dan menolak pandangan2 ulama2 muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..

Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.
Semoga jadi pedoman kepada kita semua...
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rezeki Yang Kecil Menjadi Besar Bila Allah Memberi Kebarakahan

CERITA TADDABUR (IKTIBAR)

Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua, di zaman Nabi Mu sa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk minta Nabi Musa tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun beri salam Nabi Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya.

Nanti Tuan tolong tanyakan Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu?

Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju, kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira, terpancar kegembiraan

Nabi Musa terkejut dengan tindak balas orang tua itu lalu Nabi Musa A.S. bertanya tentang kegemaran lantas Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia kepada Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula menimbun sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala lalu di kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Sebagai tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan.

Masa berlalu bertahun2, dan apabila Nabi Musa A.S. lalu lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang
tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Rupanya:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan  dan ladang tanaman adalah BARAKAH sebab  penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia dengan penuh redha dan syukur.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Dan juga hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri segala nikmatNya dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai rezeki yang berlimpah dan berbaki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil, kerana kesibukannya terhadap berbuat sebagaimana yang dikehedaki oleh Allah itu melebehi segala-galanya.

Melimpah nya BARAKAH ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan sifat pemurah nya dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada dangan orang lain.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi...

BARAKAH datang apabila kita SENTIASA BERTAQWA kepada Allah SWT; apabila kita bermurah hati kepada orang lain dengan apa yang kita ada; apabila kita sentiasa bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah Allah; Allah SWT di atas segala-galanya!

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang taat,  redha, pemurah dan bersyukur selalu... AMEEN, AMEEN, YAA RABBAL 'AALAMIIIN!

Tuesday 27 September 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Enggan Bayar Hutang Umpama Pencuri*
عَنْ شُعَيْبِ بْنِ عَمْرٍو حَدَّثَنَا صُهَيْبُ الْخَيْرِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ يَدِينُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لَا يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِيَ اللَّهَ سَارِقًا
*Dari Syu'aib bin Amru berkata, telah menceritakan kepada kami Shuhaib Al Khair
dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Siapa saja berhutang dan ia merancang untuk tidak membayar kepada pemberi hutang, maka ia akan menjumpai Allah dengan status sebagai pencuri.* (HR Ibnu Majah No: 2401) Status:  Hasan Sahih
*Pengajaran:*

1.  Setiap hutang dengan manusia perlu dilunaskan.
2.  Sesiapa yang berhutang dan enggan membayar hutang tersebut,  statusnya sama seperti pencuri apabila bertemu Allah kelak.
3. Al-Munawi menyatakan, orang yang enggan membayar hutang akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan seperti mereka (Faidul Qodir 3/181)
4.  Jangan sesekali ambil mudah berhubung dengan hutang.
Berusahalah menjadi orang yang paling baik apabila berhutang dan jangan sekali-kali menjadi umpama pencuri!!!
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb September  2016
25 Zulhijjah 1437H

Thursday 22 September 2016

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?



.Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
 _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_



Wednesday 21 September 2016

Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir?

 Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir?



Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
------------------------------------------
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده  قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .


Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka  ( para sahabat ) bertanya." Kenapa begitu ya Rasulullah".

Baginda bersabda  ;


"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,  akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga
.
[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang
.
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

Kongsikan Untuk Ambil pengajaran

Monday 19 September 2016

Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta

Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta 



Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta

Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….

Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.

Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.

Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.

Kredit: Abu Anas Mohamad Lutfi

Thursday 8 September 2016

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

 

Tertarik dengan info daripada celiknutrisi, suka saya berkongsi info semoga menjadi pengajaran kepada anak-anak kita yang mana kini terdedah dengan pelbagai maklumat. Kita sedar atau tidak sedar maklumat yang diterima oleh mereka perlu ditapis bagi menggelakan pelbagai permasalahan akan datang.

Anak-anak adalah perwaris kita yang menyambung generasi kita, dia lah amanah buat kita, teguran ini lebih ditujukan kepada saya sendiri yang menulis dan mungkin kepada meraka ibubapa yang sama tida aware akan hal ini, kadang-kadang kita sedar akan hal ini tetapi kerana sikap atau ego yang mendahului kita menyebabkan anak-anak kita terabai dengan penyebabnya budaya kita sendiri mendidik mereka dengan bahasa-bahasa yang kasar dan kesat sehingga terguris hati mereka.

Kepada ibubapa, termasuk saya juga mereka bukan sahaja terdidik dengan kita sahaja jangan lupa mereka anak-anak kita bersama dengan kawan mereka, mereka bersama dengan guru-guru mereka yang mana masa didikan yang sangat berkualiti (tempoh waktu mereka anak-anak sedar jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) berbanding ibubapa sendiri yang hanya memiliki sabahagian sahaja masa berkualiti dan sebahagian besarnya adalah masa tidur mereka.

1. Bahasa Melaknat. 

Kita biasa mendengar bahasa ini, dan kita dapat membayangkan perumpamaan bahasa ini.

Contoh : Menyumpah, maki hamun, carut dengan bahasa yang kasar. 

Anak yang menerima  maki hamun hatinya akan menjadi keras dan akan mendidik diri kepada kurang yakin pada diri sendiri.

2. Bahasa Menyindir 

Kita sering mengamalkan bahasa ini, eh! korang ni asyik minta duit jer...apa! kau ingat ayah ni tukang cap duit..,

Cari dengan mata bukan dengan hidung..kan dah jatuh padan muka kau...

Bahasa ini apabila didengari oleh anak akan merobek jiwa anak, sedangkan dia hanya tidak memahami maksud kata-kata ayahnya tadi.

Ingat! Allah jua melarang dengan hal ini, sindir menyindir akan membuka keaiban seseorang, dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ( ayat 49:11 )

Yang jelas Agama kita turut melarang perbuatan menyindir antara satu sama lain 

baca artikel ini hasrizal@abah.my sangat menyentuh hati dengan bahasa menyindir akan meruntuhkan jiwa hati anak kesayangan kita


3. Bahasa Menipu/ Bercakap bohong

"sayang nanti birthday adik ibu beli basikal yer..                         (sampai masanya x beli pun sedang dihati kecil anak sudah menunggu saat tersebut)

"Eh apa tu..hantu la!!!..cepat tidur jangan main lagi...ibu penat..

(sedangkan ibu penat..hantu dipertaruhkan suruh anak tidur)  hayatilah hadis nabi ini

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Kaedah yang paling ideal jelaskan dengan cara mudah difahami kepada anak

4.  Bahasa Menempelak

"Abah dah cakap jangan gunting macam ni..nanti cikgu marah...padan muka kau dah kena rotan, malu dengan kawan-kawan"

"Eh dah jatuh..ibu dah jangan berlari..ha kan dah jatuh padan muka adik"

Ana-anak dalam situasi tertentu tidak memahami ayat yang memiliki maksud yang bertindih atau double meaning, sebaiknya menggunakan bahasa yang jelas.

5. Bahasa Mengkritik

Bahasa mengkritik ini sering digunakan kepada ibu-ibu terhadap anak-anak, sedangkan dalam jiwa anak tersebut perasaan memberontak serta tidak menerima apa yang dikritikannya. Sebaiknya guna lah pendekatan yang positif, lihat dan nilai kebaikan yang ada pada anak guna bahasa yang jelas dan mudah difahami agar anak dapat menerima dengan sebaiknya.

Kritik boleh mendatang sesuatu yang positif dan ada juga akan mendatangkan perkara yang negatif.


6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)

"Banyak sudah keluarkan belanja untuk akak, asrama, baju sekolah,buku..akak kena balas budi baik abah dengan ibu buktikan kepada abah akak mampu cemerlang dalam pelajaran"

"macam-macam dah ibu sediakan untuk abang supaya belajar rajin-rajin, hantar tuisyen kenapa abang dapat keputusan macam nie"

Kunci: Bersikap kepada anak biarlah ikhlas, tanggung jawab sebagai ketua keluarga adalah amanah.

7.  Bahasa MEMBANDINGKAN



"Tengok adik tu..rajin tak payah disuruh semuanya buat sendiri...tak kan lah abang jadi malas"

"Anak orang semuanya pandai-pandai belaka...ada yang belajar ke luar negeri...anak kita setakat SPM sahaja

Jangan Bersikap pilih kasih, setiap anak memiliki kelebihan tersendiri dan daya pemikiran kreatif yang luar biasa, seharusnya sayanginya dan jangan membezakan mereka agar tidak mereka tidak tertekan dengan sikap kita.




 8) Bahasa MENGUGUT

Contoh : "Kalau adik tidur lagi abah letak adik tidur di luar rumah!!"

"Kalau adik nakal abah pukul nanti"

 9) Bahasa MENUDUH



"Siapa yang buat bersepah ni, ngah ke..ngah ni memang nak kena pukul"


 10) Bahasa BISU (silent treatment)

Mendiamkan diri, tidak berkomunikasi dengan anak, berbual atau sebagainya, membiarkan anak membuat sesuatu kesalahan walaupun dihati ibubapa merasa



Sunday 12 June 2016

3 Faktor Sifat Riak Bertandang Dalam Diri Seseorang


3 Faktor Sifat Riak Bertandang Dalam Diri Seseorang


 

Ketahuilah sifat Riak yang menghalang kita menjejaki kaki ke syurga Allah yang mana kita mampu menjauhinya. Maka adalah baiknya kita mengenal beberapa situasi bagaimana sifat riak akan mendatangi diri kita apabila kita.

1. Apabila kita berwang/Kaya

Apabila kita berwang dan kaya, maka berhati-hatilan bukan kerana harta yang banyak tetapi tanpa dipaksa tapi kita sedari bahawa adanya satu perasaan riak yang akan bertandang dalam diri kita sekiranya kita tidak beringat dan cuai, "aku riak itu adalah aku kerana berhak ini semua usaha titik peluh yang membolehkan aku kaya sebegini...aku tidak mencuri menipu orang dan harta aku aku nak berkereta besar, rumah besar adalah hak aku". 

Subhanallah, Ingat segala yang baik adalah datang daripada Allah dan buruk adalah disebabkan diri kita sendiri. Harta adalah hak Allah untuk diberikan kepada siapa pun, dia memberikan kepada mereka yang berhak dan kepada mereka yang dikasihinya, maka hendaklah kita bersyukur kepadanya. Harta yang banyak yang dimiliki sama ada diberikan kerana rahmatnya ataupun mungkin ujian daripada Allah untuk kita sentiasa beringat dan memberikan kepada orang lain. DAN jangan lah kau sombong dengan apa yang engkau miliki kerana ianya adalah sementara sahaja.

Dan Allah membenci kepada mereka yang riak dan sombong, Moga kita diampuninya dosa-dosa kita dan kita beroleh tempat disyurganya nanti. Aamiin Kembali lah kepada Allah sekiranya perasaan riak ini bertandang dalam diri kita. Zikir kepada Allah





2. Apabila kita Berkuasa

  Siapa pun boleh memiliki kuasa, walau di mana sahaja kita berada, kuasa bukan sahaja mencakupi di tempat kerja sahaja tetapi kekuasaan ini boleh dimiliki dalam institusi keluarga, seorang suami memiliki kuasa ke atas isteri dan anak-anak. menerusi tanggung jawab yang diberikan amanah yang dipikul diatas bahu merujuk kepada kekuasaan seseorang suami. "eh aku suami kau jangang kau cakap kasar dengan aku" bukankah telah menunjukan kekuasaan seseorang suami bahawa suami berhak menegur isterinya menerusi tanggung jawab kepada mereka yang bergelar suami.

Kuasa, di tempat kerja pegawai bank, pegawai kerajaan yang layak memberikan arahan dan berkuasa bertindak menghukum atau sebagainya berhati-hati dengan hati kita dengan jiwa kita dan hati kita agar tidak bertandang sifat riak dan takbur kepada Allah.
Kepada mereka yang memiliki kuasa waspada riak ni akan memunculkan diri dengan penjelamaan kita sendiri dengan kita sedar dan kita tidak sedar. Sekiranya kita tidak sedar tidak mengapa dan berisgtifar dan kembali lah kepada Allah dan jangan lah kau sombong dengan apa yang kau ada kerana itu semua adalah pinjaman sementara sahaja dan kita akan memulangkan semula apa yang kita pinjam, dan perjalanan kita masih panjang. Kita akan melalui perjalanan hidup yang jauh maka bekalkan diri kita dengan amalan solih nahi mungkar.

Bila Sifat riak menjelma  dalam diri kita, cepat-cepatlah kita berzikir kepada Allah...

semoga memberi manfaat..TOLONG SHARE....TERIMA KASIH 

 

3. Apabila kita berilmu

 

"Uztas apakah hukumnya memakan ikan yu yang besar ini, saya baru dapat menjalanya dari laut dalam, jawab uztas ..haram' "tukang menanya tadi rasa macam menyesal pula menanya akan hal ikan tersebut pada uztas...uztas saya baru bercadang bahagian kepala ikan ini saya berikan kepada uztas, kaget dengan kata-kata yang tukang tanya uztas pun kata, eh nanti dulu uztas tengok kitab lain. selepas masuk ke dalam kononnya mengambil kitab dan keluar semula dan hukum memakan ikan Yu bertukar menjadi harus sambil membayang kepala ikan yang besar untuk dibuat kari"

* p/s:ini adalah perumpaan cerita yang tidak mempunyai kaitan dengan orang lain, ianya sebagai contoh humor semata untuk menzahirkan sifat itu sendiri kerana adanya ilmu agama dan menjadi tempat rujukan

lihat kepada orang yang berilmu boleh berubah-ubah keputusan atas sesuatu perkara kerana adanya sesuatu kepentingan peribadi. Saya bukanlah seorang uztas walau siapa pun kita jadi lah orang berilmu yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain dan bukan merosakkan kebaikan orang lain. 

Kita digalakkan untuk menuntut menuntut  ilmu seperti dalam mana-mana hujah yang menyentuh pencarian ilmu, katanya carilah ilmu hingga ke negeri China. Carilah ilmu kerana apa, ilmu yang kita perolehi akan menjaga kita sebaliknya harta yang banyak terpaksa kita jaga daripada hilang daripada pemilikan kita. Lihat bezanya ilmu akan menjaga kita bila kita tua (jika ada umur) tetapi harta terpaksa kita jaga takut hilang daripada jagaan kita..sekian

selamat beramal, panjangkan ilmu, Share jika ianya memberikan manfaat


Friday 10 June 2016

Tips Hubungan Baik Suami Isteri

Tips Hubungan Baik Suami Isteri


 

Salam sejahtera kali ingin berkongsikan beberapa Tips Hubungan Baik Suami Isteri. Tips ini adalah idea dan pandangan sendiri serta kajian serba sedikit tentang alam perhubungan suami isteri. Sesungguhnya ia tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau pun tidak langsung menyinggung mana-mana perasaan. Hanya perkongsian yang mungkin boleh membantu sesiapa pun dalam kesusahan.


Ditekankan di sini hubungan baik suami hanya mencakupi hubungan lahiriah atau tidak menyentuh tentang hubungan batin. Walaupun hubungan ini adalah sebahagian daripada hubungan suami isteri. Tetapi tidak dibincangkan di sini.

Kita sering diselubungi dengan berita yang tidak menyenangkan. Jenayah berlaku di mana-mana sama ada di depan mata ataupun jauh daripada sekitar kita. Kadang-kadang jenayah berlaku tanpa kita sedari terjadi pada jiran kita dan juga mungkin melibatkan keluarga kita.

Senario ini yang serba sedikit mempengaruhi pemikiran kita. jenayah juga berlaku dalam institusi keluarga, apakah puncanya dan bagaimana untuk mengatasi. Biarpun tugas membendung jenayah terletak di tangan pihak berkuasa tetapi peranan kita untuk menghindari jenayah perlu diambil berat.

Maka janganlah jenayah ini berlaku dalam keluarga kita. Kita tidak mahu jenayah ini terjadi disebabkan kecuaian kita dan ketidakpekaan terhadap sesuatu perkara. Apa yang dikatakan di sini mengarah kita ke arah pemikiran kecelaruan dalam menyelesaikan suatu masalah.

Tips Hubungan Baik Suami Isteri menekankan kepekaan kita ke atas suatu perkara. Persoalaan apa yang diinginkan dalam perhubungan serta kepentingan kita untuk membentuk persefahaman.

Kasih sayang adalah elemen yang sangat utuh kepada keharmonian hubungan suami isteri. Tetapi berilah nilai kasih sayang itu ditempat yang mulia. Cinta dan Sayang demi kerana Allah.Ikhlas jujur dan tulus. Jangan lah membiarkan istilah keramat kasih sayang sekadar hanya kosong tiada kekuatan untuk menyokong hubungan suami isteri.

"abang sayang pada mu" ucaplah dengan penuh ikhlas. pandang lah mata isteri mu.lahirkan ungkapan itu setiap hari pastinya wujud kelainan yang sangat luar biasa. Kerana istilah kasih sayang ini adalah pemula hubungan. kasih sayang suami isteri yang utuh menentukan keharmonian rumahtangga.

Dekatkan diri kita kepada aura positif, tindakan positif, kata yang positif serta pemikiran yang positif. Aura yang positif akan menjauhkan kita daripada perasaan salah sangka, cemburu yang tidak bertempat dan ego yang tiada makna.

Apa yang sering berlaku dalam kerosakan rumah tangga kerana perkara negatif. Bertindak tanpa memikirkan kesan buruk dan baik dan memberikan kata+kata tanpa berfikir dahulu. "Eh ini lah punca sikap anak yang kurang ajar sebabkau terlalu memanjaka dia" kasarkan bunyinya kata daripada seorang suami terhadap isteri yang pada awalnya dahulu abang sayang. Ingat tanggung jawab terhadap anak-anak adalah tanggung jawab bersama. Penyelesaian terbaik bukanlah kita perlu mencari kesalahan orang lain. Kelemahan kita selalu suka mencari alasan sehingga ego mengatasi segalanya. Akhirnya perselisihan berlaku. Dan ini pasti merosakan keharmonian rumah tangga.

Duduk dan tenangkan diri. ketika marah baiknya kita diam biarkan suami membebel atau isteri dan pasti akan berakhir leteran itu nanti. Tidak rugi jika mendiamkan diri kerana apa jika kita sama turut bersuara sudah pasti suasana akan menjadi lebih parah. Maka keluarlah nanti kata yang tidak waras yang mana didorong oleh pemikiran yang tidak seimbang. Maka diam lah sebentar jika pasangan anda membebel kerana bukan bererti kita salah atau kalah. Tapi itu tindakan yang lebih baik daripada berlawan cakap. selesaikan perselisihan apabila kemarahan itu reda.

Friday 22 January 2016

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA NYA

 ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA NYA



Pengenalan:

Saya adalah antara jutaan “majoriti yang diam” (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabila tiba masanya nanti. Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin.

Pemimpin hanyalah manusia biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa.

Latarbelakang:

Tabung Haji (TH) adalah antara institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan syariah. 

Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji.

Kenapa saya bersuara:

Tabung haji telah melakukan kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai lagi warga melayu asli yang lebih layak. 

Namun, saya seperti yang lain, hanya mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB.

Namun beliau tidak harus dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di canangkan, sememangnya urusan pembelian ini “bersih” atas kertas. Tabung Haji boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. 

Persoalanya, 1MDB beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli bukanlah harga terbaik. 

1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat kemungkinan untuk jatuh muflis. Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu. Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. 

Bukankah TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah?
Saya bersuara kali ini kerana berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang mencurigakan.
Pengurusan Tabung Haji mesti dihukum.
 
Hukum Pengurusan Tabung Haji:
 
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka.

Saya dan anda. Bagaimana?

Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.
 
Kesimpulan:

Jika anda beragama Islam, mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
 
Kenyataan peribadi
Salinan dari maklumat whataspp
Oleh Yang Benar,
Noor Mohamed. B Mohamed Haniba
BSc, MBA, ICSA (MAICSA:706746)
Bidor, Perak
Pls forward this. I take responsibility for what I write.

Saturday 26 December 2015

Pengalaman Pertama Di Bumi Masjidil Haram

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram



 

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram perasaan amat tenang, kedamaiannya memang sukar dinafikan..kepada mereka yang hendak mencari ketenangan di sinilah tempatnya. Kita akan dapat ketenangan yang sejati di masjidil haram. Tempat kelahiran nabi Allah Muhammad s.a.w. dengan membaca sirah ataupun Al-quran  kehadiran rasullah dalam diri kita akan berlaku insyaallah. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah...Dan apa yang datang kepada kita adalah didatangi oleh Allah. Maka apa sahaja yang berlaku kita hendak lah terima dengan penuh kerahdaan. Insyaallah

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram...berisgtifarlah... beribadahlah bukan sahaja kedamaian yang diperolehi malah hidayah juga akan ke temu hanya dengan izin Allah. Dan berdoa sepanjang masa...Ingat Allah tempat meminta dan dia yang lebih mengetahui.
Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram janganlah engkau ragu lagi dengan kepercayaan ini. Jangan engkau ubah lagi keimanan pasti akan ketemu ketakwaan tapi mesti ada usaha... mesti ada

Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram telah memaksa hati untuk jatuh cinta. Kita akan menemukan keajaiban dalam diri betapa tinggi nilai keimanan kepada Allah Dan meletakan Allah paling atas ..paling utama.

Ya Allah kau izinkan lah hamba mu Yang hina ini dan serombongan kami untuk datang menjadi tetamu mu di Masjidil Haram lagi. Ku pohon ya Allah lundungi hamba mu Dari kejahatan. Bantulah ya Allah hamba mu ini untuk sentiasa menjaga solat..aamiinn
Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram telah menemukan aku dengan hamba Allah yang begitu hebat dan tinggi nilai kesabaran dia antara hamba yang memiliki nilai keimanan yang tinggi..tidak mengira pangkat Dan gelaran beliau melayani kami yang diuji dengan pelbagai dugaan dengan  penuh nilai kasih sayang yang sejati. Terima kasih ya hamba Allah..percayalah dengan hak nabi Muhammad s.a.w kau akan perolehi kebahagian dunia Dan akhirat.

Terima kasih Dr, cc Nik, dan semua yang terlibat tanpa mu kami tidak akan berada di sini kami juga berpeluang menjadi hamba yang diduga...kami terpilih dan aku percaya ujian ini untuk menguji kami. Sesungguhnya kami rahda..kerana kami percaya pasti ada khikmanya disebaliknya.

Ya Allah jadikan kami antara golongan yang kau terima amalan biar pun sedikit yang kami buat tapi kau terimalah daripada amalan yang banyak tetapi sia-sia sahaja.

Demikian Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram yang pasti tidak akan luput atau hilang dari ingatan insyaallah..aamiinn

Saturday 12 December 2015

DAM Dalam Haji Dan Umrah

 DAM Dalam Haji Dan Umrah


DAM
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama’ Syafi’i, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.

HIKMAH DAM

1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji/umrah
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji/umrah
3) Meringankan bebanan jemaah haji/umrah
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.

JENIS-JENIS DAM

1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.

KESALAHAN

1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji

BAYARAN

Menyembelih seekor kambing  Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari ,  3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
Bagi jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.

2) Dam tertib takdil

Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing

KESALAHAN

1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul.

BAYARAN

Menyembelih seekor Unta  Sekira tidak mampu  Menyembelih seekor Lembu  Sekira tidak mampu Menyembelih 7 ekor kambing Sekira tidak mampu  Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.

2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram

BAYARAN

Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu  Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukurSekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin  Sekira tidak mampu  Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.

3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
KESALAHAN
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal

BAYARAN

Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin Atau  Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin Atau  berpuasa selama 3 hari
 4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.

KESALAHAN

1) Berburu binatang darat.
2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram

BAYARAN

Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. Atau  Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau  Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.

FIDYAH

Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
Berpuasa tiga hari atau Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang atauMenyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia  membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam.

Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.

Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih samada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa. 
Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.

  
Perlu diingatkan bahawa sebelum kembali ke tanah air atau meninggalkan Makkah, hendaklah diteliti amalan amalan Umrah yang kita lakukan itu ada kecacatan atau tersalah dan hanya kita dan Allah sahaja yang tahu kesalahan kita. Jika dikenakan dam, hendaklah ditunaikan di Makkah kerana tidak boleh dibayar ditempat lain kecuali berpuasa ganti mengikut peraturannya.

Semoga amalan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang tak ternilai disisinya. INSYAALLAH.

WALLAH HU A’LAM


Disusun oleh:
Haji Lokman Haji Hamzah
UMH TRAVEL &SERVICES SDN BHD
TEL : 0133234444/0122574444