Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday 29 October 2016

Emosi Anda

Emosi Anda



 "Emosi Anda adalah budak dari pikiran Anda dan Anda adalah budak dari emosi Anda" - Elizabeth Gilbert Dear

Manusia hanya punya dua pilihan ketika bicara emosi. Mengendalikan emosi atau justru sebaliknya dikendalikan olehnya. Emosi dapat berdampak pada karir Anda.

 Seperti yang dialami pegolf legendaris Bobby Jones. Jones adalah pegolf dengan kemampuan yang luar biasa. Ia mulai bermain golf di usia 5 tahun di tahun 1907.

Sebelum berusia 12 tahun, ia telah berhasil memperoleh angka di bawah par, sebuah keberhasilan yang tidak dapat dicapai oleh sebagian besar pemain golf sepanjang umur hidupnya bermain golf.

 Pada usia 14 tahun, ia mendapat kualifikasi untuk mengikuti kejuaraan golf amatir Amerika Serikat. Ternyata Jones tidak berhasil menang dalam acara itu, karena ia sering kehilangan kendali emosinya dan tidak mampu bermain baik. Sampai-sampai ia dijuluki club thrower atau orang yang suka melempar tongkat golf. 

 Seorang pegolf lebih senior yang dipanggil Grandpa Bart memberinya nasihat. "Kau takkan pernah menang kalau kau tidak dapat mengendalikan emosimu." Jones menerima nasihat ini dan mulai belajar mendisiplinkan emosinya.

 Pada usia 21 tahun, Jones mulai berkembang dan selanjutnya menjadi pemain golf terbesar dalam sejarah. Ia pensiun dari golf pada usia 28 tahun setelah memenangi  Grand Slam golf.

Grandpa Bart mengomentarinya, "Bobby berusia 14 tahun ketika ia menguasai permainan golf, tetapi baru pada usia 21 tahun ia mampu menguasai diri sendiri."


Monday 24 October 2016

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri




Tertarik Dengan info sifu Hasrullah Hassan, suka saya mengarang dengan gaya sendiri kerana hasil daripada pengalaman sendiri. Sikap untuk mendapatkan perhatian sering menjelma dalam hati sesetengah orang, Selalunya apa yang mereka buat biasanya untuk mendapatkan pembalasan, penghargaan dan sebagainya. Kadang-kadang ia mendatangkan kebaikan kepada diri tetapi ada juga mendatang keburukan sehinggakan membuatkan orang rasa menyampah pun ada.

Sebenarnya kita tidak perlu menjadi artis untuk mendapatkan kepopularan, kepopularan akan menjelma hasil kita sendiri untuk membuat perubahan. Oleh kita perlu melihat personaliti kita sama ada termasuk dalam 10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri yang membolehkan mata dikelilingi kita melirik ke arah kita. Dalam usaha kita perlu bersungguh dan jujur dan bersikap optimis untuk menjayakan 10 tips ini.

1.Pamerkan Air Muka 

Untuk langkah permulaan tips ini menjadi penarik diri adalah mempamerkan reaksi muka yang jernih, penampilan yang manis dan senyum selalu. Biasanya pandangan pertama membuatkan ramai orang suka dan mendekati jangan mempamerkan muka dengan penuh kekelatan sebaliknya ikhlas bahawa mudah didampingi.

2. Tenang Dan Kawal Diri

Hendaklah sentiasa dalam emosi yang seimbang dan terkawal, jangan cepat melenting apabila ingin memulakan percakapan. Berfikir terlebih dahulu sebelum bertutur. Pastikan emosi sentiasa tenang walaupun anda dalam rasa tertekan.

3. Penampilan Yang Menarik Dan Kemas 

Penampilan yang menarik dan kemas menjadikan anda dalam perhatian, walaupun anda berpakaian simple berbaju t dan berseluar jeans tetapi anda masih kelihatan kemas sudah cukup memadai. Pemilihan pakaian dan warna memainkan peranan penting untuk mudah menjadi daya tarikan. Yang penting ada keselesaan.

4. Berfikiran Positif dan buang yang negatif

Dengan berfikiran positif pasti ion kebaikan akan mendekati diri kita, kita mentuturkan perkara yang positif tanpa ada membayangi sebarang keburukan insyaAllah rezeki akan menjemput kita. Kebaikan berfikiran positif dan mengenepi perkara negatif membuatkan seseorang suka mendekati kita. Buang segala dendam yang lalu untuk kebaikan masa yang akan datang

Jangan lah sombong kerana tiada sebarang kebaikan yang kita dapat buktinya lihat video di bawah ini.



5. Jangan Memilih kawan dan berkawan dengan sesiapa sahaja.

Sikap memilih kawan adalah tidak bagus, sikap ini cuba mengasingkan diri, sikap ini akan merendahkan emosi seseorang. Jom minum saya mengajak kawan dihadapan sedangkan kawan yang berada di tepi tidak dipelawanya, adakah anda sedar sikap tersebut pasti membuatkan kawan yang berada di tepi merasa kesot, terguris ataupun terpinggir.


6. Berterus Terang Dan Jujur

Jujur lah pada diri sendiri, keyakinan akan menjelma dan kita pasti akan hidup bertenaga. Sikap ini bukan untuk kebaikan kita sebaliknya akan menjadi contoh kepada anak kita dan anak kita akan menjauh 10 bahasa yang membuat mereka berdosa. Sikap ini disulam dengan ketelusan, percayalah mereka mampu menilai bahawa kita benar ikhlas dalam hubungan. Sekiranya ada apa-apa kekurangan sampaikan sesuatu tutur kata dengan terang dan jelas sebaiknya jangan sampai mereka bertanya beberapa untuk mendapat kepastian.

7. Perbanyakan Senyuman

Senyuman yang ikhlas akan membuatkan penarikan diri minat dan sebagainya, jadikan senyuman amalan hidup, senyuman boleh menenangkan diri, senyuman menjadi magnet kepada rezeki. Senyuman yang menarik adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang.

8. Perbanyakan Sikap Memberi

Sikap memberi adalah lebih baik daripada daripada menerima, sebagai contoh sedekah, tangan yang memberi adalah lebih daripada yang menerima. Kebiasaanya sikap memberi lebih disukai daripada mementingkan diri, memberikan bukan sahaja harta malah fizikal dan idea pun bagus untuk menjadi perhatian masyarakat. "kau ni asyik diam sahaja tiada idea langsung terpacul dari mulut, apa ada emas ke dalam mulut tu".

9. Memberikan Pujian


Memberikan perhatian dan ikhlas memujian tentang sesuatu perkara, "eh cantik baju awak hari ini" 

10. ?







Friday 21 October 2016

Rezeki Yang Kecil Menjadi Besar Bila Allah Memberi Kebarakahan

CERITA TADDABUR (IKTIBAR)

Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua, di zaman Nabi Mu sa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk minta Nabi Musa tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun beri salam Nabi Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya.

Nanti Tuan tolong tanyakan Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu?

Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju, kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira, terpancar kegembiraan

Nabi Musa terkejut dengan tindak balas orang tua itu lalu Nabi Musa A.S. bertanya tentang kegemaran lantas Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia kepada Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula menimbun sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala lalu di kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Sebagai tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan.

Masa berlalu bertahun2, dan apabila Nabi Musa A.S. lalu lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang
tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Rupanya:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan  dan ladang tanaman adalah BARAKAH sebab  penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia dengan penuh redha dan syukur.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Dan juga hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri segala nikmatNya dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai rezeki yang berlimpah dan berbaki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil, kerana kesibukannya terhadap berbuat sebagaimana yang dikehedaki oleh Allah itu melebehi segala-galanya.

Melimpah nya BARAKAH ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan sifat pemurah nya dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada dangan orang lain.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi...

BARAKAH datang apabila kita SENTIASA BERTAQWA kepada Allah SWT; apabila kita bermurah hati kepada orang lain dengan apa yang kita ada; apabila kita sentiasa bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah Allah; Allah SWT di atas segala-galanya!

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang taat,  redha, pemurah dan bersyukur selalu... AMEEN, AMEEN, YAA RABBAL 'AALAMIIIN!