Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Wednesday 15 June 2016

Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur Mula Di Jual 14 Jun 2016

Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur Mula Di Jual 14 Jun 2016



Jom balik kampung raya 2016, jangan terlambat nanti kehabisan tiket hendak balik ke kampung, ramai yang bertanya bila kaunter tiket KTM khas raya terjual, kini berita yang ditunggu-tunggu telahpun tiba bahawa pihak KTM Berhad telah menginformasikan bahawa penjualan tiket untuk Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur akan mula beroperasi pada  30 Jun 2016. Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur ini akan beroperasi dari Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur sehingga 11 julai 2016.

Menariknya Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur kali ini memberikan kelainan dari segi perkhidmatan dan penjenamaan dikenali sebagai Eastern Holiday Train Tren KTM Raya 2016 Khas Raya Ke Pantai timur merupakan train persiaran dengan menyediakan dua set makanan dan cenderahati kepada pelanggan train ini.

Raya 2016
 
 Penjualan tiket untuk Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur akan dibuat di semua kaunter KTM dan boleh dibeli secara online mulai 14 Jun 2016

Tambang Jenis koc KTM Eastern Holiday Train




Makluman tambang yang dikenakan ke atas pelanggan untuk train khas pantai timur bermula dari RM 82 sehingga RM 132 seorang. Terdapat tiga tawaran perkhidmatan koc Eastern Holiday Train adalah;-

  • Koc Tempat Tidur Kelas Dua

  • Koc Tempat Duduk Kelas Dua

  • Koc Tempat Kelas Satu

 

Tren KTM Raya 2016 untuk perjalanan ke Pantai Timur ini melibatkan 12 buah stesen iaitu

 

  1. Stesen Kajang

  2. Stesen Bandar Tasek Selatan

  3. Stesen Seremban

  4. Stesen Tampin/Pulau Sebang

  5. Stesen Jerantut

  6. Stesen Lipis

  7. Stesen Gua Musang

  8. Stesen Dabong

  9. Stesen Kuala Krai

  10. Stesen Tanah Merah

  11. Stesen Pasir Mas

  12. Stesen Wakaf Baru

 

Jadual Perjalanan Tren KTM Khas Raya Untuk Pantai Timur

Ok jangan lupa tentang jadual perjalanan bagi trai Eastern Holiday Train, perkhidmatan khas keretapi KTM ke pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula dari 30 Jun sehingga 11 Julai 2016.

 

Untuk sebarang pertanyan terus hubungan pihak KTM untuk keterangan lanjut di talian  03-2267 1200 Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur

 

info daripada blog Hasrullhassan.com

Monday 6 June 2016

Cuti Sekolah Ke Gua Kota Gelanggi

Cuti Sekolah Ke Gua Kota Gelanggi



Cuti sekolah penggal kedua antara cuti yang panjang. Cuti kali ini satu minggu berada di bulan ramadan dan satu minggu pula di sya'ban. Biasa musim percutian seperti ini kita merancang sama ada balik kampung ataupun membawa anak bercuti.

Merancang untuk meninjau ke Gua Kota Gelanggi sudah lama di idamkan. Dengan sedikit kajian berhubung Gua Kota Gelanggi maka kami sepakat untuk ke sini kali ini.









Untuk ke Gua Kota Gelanggi saya bermalam di Resort Residance Tekam.

Kolam mandi Untuk riadah

Nampak macam bestkan, tidak sangka dalam kebun kelapa sawit adanya tempat riadah yang begitu cantik. Sudah cukup untuk buat anak-anak teruja. Sebelum melihat sendiri keindahan di Gua Kota Gelanggi.

Perjalanan saya dari Kuantan pada awalnya agak keliru jalan yang paling mudah untuk ke Gua Kota Gelanggi. Setelah menerima idea dari seorang sahabat maka kami memilih jalan dari Maran. Walaupun jalan ini tidak begitu selesa dari segi kelebaran. Tetapi tidak akan memeningkan anda untuk sampai ke tempat penginapan Felda Residence Tekam. Anda akan dibawa terus ke lokasi hanya daripada masa mula masuk simpang di Maran sehinggalan anda akan jumpa simpang kanan memberitahu ke Tekam Resort.

Kenapa saya memilih penginapan Residence Tekam sebelum saya ke Gua Kota Gelanggi

Jarak antara tempat penginapan ke Gua Kota Gelanggi tidak jauh hanya 4-5 kilometer sahaja dan perjalanan mengambil masa kurang 10 minit. dan tambahan pula penginapan sangat selesa.

Felda Residance Tekam
Adalah sebuah pusat peranginan yang berada di lokasi pusat penyelidikan Pertanian yang di terajui oleh organisasi Felda. Anda boleh menempah secara online ataupun walk-in. Anda memilih sama ada Family Room/ Dellux/ Chalet. Jika anda hendak penginapan anda berdekatan dengan kolam mandi so pilih la Family Room atau Apartment, Secara kebetulan tarikh tempahan saya jatuh pada hari promosi Felda Residence Tekam bersempena pertemuan rahmadan alhamdullilah dapat harga termurah di pasaran 
Jom Kita ke Gua Kota Gelanggi

Perjalanan dari tempat penginapan tidaklah begitu jauh, maka amat lah rugi sekiranya pergi berehat di Felda Residance jika tidak melawat ke Gua Kota Gelanggi kerana masa perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja daripada tempat penginapan.

Bayaran

Ada sedikit caj untuk memasuki ke lokasi lawatan, RM 5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak bagi perkhidmatan yang diberikan. Bawalah sedikit makanan untuk berjaga-jaga jika kelaparan kerana tiada kedai menjual. Air suam mesti sentiasa dibekal kerana agak kepenatan juga menjelajah Gua Kota Gelanggi, kita terpaksa memanjat tangga yang tinggi dan bergerak dengan jarak yang agak jauh juga dari satu tempat ke satu tempat.

Pantan Larang

Seperti biasa jika kita bertandang ke tempat orang lain, jiran atau sebagainya apatah lagi jika memasuki tempat yang agak sunyi dalam hutan lagi maka banyak perkara perlu diingatkan. Pantang larang bukan lah membawa kita kepada perkara syirik, maka elok lah kita ubah istilah pantang larang kepada adab ketika menjadi tetamu di Gua Kota Gelanggi 

Jagalah kata-kata atau percakapan semasa berada di lokasi lawatan. Kita harus percaya kepada perkara ghaib dan keagungan Allah. Jangan lah kita sombong dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan keriakan. Ingat menjaga adab ini kita jaga daripada rumah lagi maka kekalkan adab ini untuk kebaikan sendiri.

Jangan kita membuang sampah merata-rata, ingat kita berada di tempat orang adab menjaga kebersihan dituntut oleh islam.

Jangan kita membuang najis merata-rata, pihak pengurusan telah menyediakan tandas untuk tujuan membuang air besar atau air kecil. Tandas disediakan pada mula entry dan di tengah entry dan akhir entry iatu tempat perkhemahan.

Baca Doa mengelakan bencana atau kemalangan sebelum memasuki ke lokasi lawatan, malang tidak berbau, risiko boleh berlaku, anda akan melalui tempat tinggi dengan menaiki tangga, kita akan menuruni tangga yang agak tinggi juga, kita juga akan melalui kawasan yang gelap, dan perjalanan kita jauh atau melepasi tiga gua yang popular maka mungkin akan melalui perjalanan yang dipenuhi air.

Tiga Jenis Gua Yang Popular Di Gua Kota Gelanggi


  1. Gua Tongkat
  2. Gua Gelap
  3. Gua Angin
  4. Gua Balai
  5. Kota Rehut
  6. Kota Jin
  7. Kota Kepayang


Image result for felda residence tekam
Image result for felda residence tekam



Image result for felda residence tekam


GUA TONGKAT


Terdapat cerita misteri dikaitkan dengan Gua Kota Gelanggi, namun ianya tidak diceritakan di sini, kerana sejarah tersebut tidak disahkan, jika anda ingin mengetahuinya anda boleh klik di sini dan boleh menilainya sendiri.