Thursday 19 May 2016

Tips Makanan Seimbang Untuk Anak Kita

Tips Makanan Seimbang Untuk Anak Kita


Makanan seimbang adalah makan yang sihat untuk kita makan dan bersesuaian dengan keperluan. Kita perlu makan apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pengambilan makanan yang tidak bersesuaian dan mungkin akan memudaratkan perlu dielakkan. Adakah kita tidak perlu memikirkan hal ini?  Anda pasti salah kerana tidak mengambil berat tentang hal apa yang perlu kita makan.

Makanan seimbang adalah makan yang berzat  yang kaya dengan vitamin, mengandungi zat besi, protien dan sebagainya. Penjagaan makanan ini mesti dilakukan pada peringkat awal lagi iaitu peringkat kanak-kanak. Sebagai penjaga kita sering mendidik anak-anak kita untuk memilih makanan. dan kita melarang anak-anak kita mengambil makanan yang pasti akan merosakan kesihatan anak-anak kita.

  • Makanan bergula - Larangan kepada anak, "tidak boleh makan gula sayang nanti gigi rosak" betulah menurut doktor makan gula-gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan gigi.
  • Makan berdasarkan sajian makanan seimbang menurut piramid makanan 

  • Tekankan kepada anak-anak agar belajar memakan sayur-sayuran, ianya amat bermanfaat untuk tubuh badan kerana terdapat banyak vitamin semulajadi yang terdapat di dalam sayuran.
  • Jadualkan pengambilan makanan berzat yang mengandungi protein dan zat besi. Pengambilan ayam, daging dan ikan amat digalakkan untuk kanak bagi tumbesaran kanak-kanak.
  • Elakan anak-anak kita mengambil makanan ringgan yang terbukti memudaratkan kesihatan kerana bahan buatan makanan ringgan kesihatan tidak menepati tahap penjagaan kesihatan


Location: Malaysia

0 comments:

Post a Comment