Sunday 28 August 2016

Awas Kepada Peniaga Online

Awas Kepada Peniaga Online

Teknik penipuan seakan real dengan bukti pembelian dengan menunjukan bukti bayaran samaada dengan kaedah pembayaran online, kad kredit ataupun paypal.

Kepada yang teruja menjual jangan mudah percaya sekiranya ada pelangan yang kononya telah membuat bayaran tetapi pending kerana terpaksa membayar fee servis agent. Memang pelik dan kelakar.

ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya percaya ada diluar sana atau tuan sendiri ada pengalaman sendiri. Alhamdullilah saya sempat sedar dengan teknik yang digunakan dan dapat menghidu adanya penipuan.

Kes saya seolah-olah pembayaran telah dibuat kepada saya. Tetapi saya perlu membantunya membayar fee kepada agent yang dilantik untuk mengambil barangnya bagi mewakilkan pelangan, semasa pembayaran ke akaun saya bagi pembelian produk termasuk fee bagi agent tersebut, saya hanya membantu pelanggan untuk pembayaran fee kepada agent, sebagai contoh harga produk RM1500 + 500 (fee yang perlu dibayar kepada agent) pelangan membuat pembayaran secara online, urusan kelihatan seperti tulus tetapi diakhirnya urusan online banking pending sehingga saya perlu membayar fee terlebih dahulu barulah bank akan memproses urusan banking pelangan.   

Pada awalnya saya bersetuju kerana diawal pagi saya telah mendapat pelangan. Tetapi cerita di petang pula pelangan ini memaklumkan pembayaran pending kerana saya perlu membayar servis agent terlebih dahulu sebanyak RM500 ke akaun agent tersebut.

Setelah berfikir panjang dan meneliti kaedah pengolahan ayat maka saya dapat rasakan ada yang tidak kena pada pelangan ini. Mereka mendesak mengesa pembayaran fee..sedangkan pemindahan wang masih tidak selesai lagi.

Dan permintaan mereka fee perlu di bayar di mesin atm. permintaan mereka agak bijak agar mudah tidak dikesan sekiranya mereka berjaya menipu. 

Bagi kaedah closing sale juga agak mudah. Mereka tiada tawar menawar. mereka akan memilih apa sahaja yang disyorkan. Tiada soalan yang susah jika pelangan yang benar-benar ingin membeli pasti pelbagai soalan akan ditanya. Jadi berhati-hati kepada peniaga online agar tidak ditipu.

     
                   Resit Bayaran Kononnya..dan email juga sudah      diterima kononnya dari bank


0 comments:

Post a Comment