Thursday 8 September 2016

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

10 Bahasa Dosa Yang menyebabkan Anak Bermasalah Dan Degil

 

Tertarik dengan info daripada celiknutrisi, suka saya berkongsi info semoga menjadi pengajaran kepada anak-anak kita yang mana kini terdedah dengan pelbagai maklumat. Kita sedar atau tidak sedar maklumat yang diterima oleh mereka perlu ditapis bagi menggelakan pelbagai permasalahan akan datang.

Anak-anak adalah perwaris kita yang menyambung generasi kita, dia lah amanah buat kita, teguran ini lebih ditujukan kepada saya sendiri yang menulis dan mungkin kepada meraka ibubapa yang sama tida aware akan hal ini, kadang-kadang kita sedar akan hal ini tetapi kerana sikap atau ego yang mendahului kita menyebabkan anak-anak kita terabai dengan penyebabnya budaya kita sendiri mendidik mereka dengan bahasa-bahasa yang kasar dan kesat sehingga terguris hati mereka.

Kepada ibubapa, termasuk saya juga mereka bukan sahaja terdidik dengan kita sahaja jangan lupa mereka anak-anak kita bersama dengan kawan mereka, mereka bersama dengan guru-guru mereka yang mana masa didikan yang sangat berkualiti (tempoh waktu mereka anak-anak sedar jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) berbanding ibubapa sendiri yang hanya memiliki sabahagian sahaja masa berkualiti dan sebahagian besarnya adalah masa tidur mereka.

1. Bahasa Melaknat. 

Kita biasa mendengar bahasa ini, dan kita dapat membayangkan perumpamaan bahasa ini.

Contoh : Menyumpah, maki hamun, carut dengan bahasa yang kasar. 

Anak yang menerima  maki hamun hatinya akan menjadi keras dan akan mendidik diri kepada kurang yakin pada diri sendiri.

2. Bahasa Menyindir 

Kita sering mengamalkan bahasa ini, eh! korang ni asyik minta duit jer...apa! kau ingat ayah ni tukang cap duit..,

Cari dengan mata bukan dengan hidung..kan dah jatuh padan muka kau...

Bahasa ini apabila didengari oleh anak akan merobek jiwa anak, sedangkan dia hanya tidak memahami maksud kata-kata ayahnya tadi.

Ingat! Allah jua melarang dengan hal ini, sindir menyindir akan membuka keaiban seseorang, dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ( ayat 49:11 )

Yang jelas Agama kita turut melarang perbuatan menyindir antara satu sama lain 

baca artikel ini hasrizal@abah.my sangat menyentuh hati dengan bahasa menyindir akan meruntuhkan jiwa hati anak kesayangan kita


3. Bahasa Menipu/ Bercakap bohong

"sayang nanti birthday adik ibu beli basikal yer..                         (sampai masanya x beli pun sedang dihati kecil anak sudah menunggu saat tersebut)

"Eh apa tu..hantu la!!!..cepat tidur jangan main lagi...ibu penat..

(sedangkan ibu penat..hantu dipertaruhkan suruh anak tidur)  hayatilah hadis nabi ini

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Kaedah yang paling ideal jelaskan dengan cara mudah difahami kepada anak

4.  Bahasa Menempelak

"Abah dah cakap jangan gunting macam ni..nanti cikgu marah...padan muka kau dah kena rotan, malu dengan kawan-kawan"

"Eh dah jatuh..ibu dah jangan berlari..ha kan dah jatuh padan muka adik"

Ana-anak dalam situasi tertentu tidak memahami ayat yang memiliki maksud yang bertindih atau double meaning, sebaiknya menggunakan bahasa yang jelas.

5. Bahasa Mengkritik

Bahasa mengkritik ini sering digunakan kepada ibu-ibu terhadap anak-anak, sedangkan dalam jiwa anak tersebut perasaan memberontak serta tidak menerima apa yang dikritikannya. Sebaiknya guna lah pendekatan yang positif, lihat dan nilai kebaikan yang ada pada anak guna bahasa yang jelas dan mudah difahami agar anak dapat menerima dengan sebaiknya.

Kritik boleh mendatang sesuatu yang positif dan ada juga akan mendatangkan perkara yang negatif.


6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)

"Banyak sudah keluarkan belanja untuk akak, asrama, baju sekolah,buku..akak kena balas budi baik abah dengan ibu buktikan kepada abah akak mampu cemerlang dalam pelajaran"

"macam-macam dah ibu sediakan untuk abang supaya belajar rajin-rajin, hantar tuisyen kenapa abang dapat keputusan macam nie"

Kunci: Bersikap kepada anak biarlah ikhlas, tanggung jawab sebagai ketua keluarga adalah amanah.

7.  Bahasa MEMBANDINGKAN



"Tengok adik tu..rajin tak payah disuruh semuanya buat sendiri...tak kan lah abang jadi malas"

"Anak orang semuanya pandai-pandai belaka...ada yang belajar ke luar negeri...anak kita setakat SPM sahaja

Jangan Bersikap pilih kasih, setiap anak memiliki kelebihan tersendiri dan daya pemikiran kreatif yang luar biasa, seharusnya sayanginya dan jangan membezakan mereka agar tidak mereka tidak tertekan dengan sikap kita.




 8) Bahasa MENGUGUT

Contoh : "Kalau adik tidur lagi abah letak adik tidur di luar rumah!!"

"Kalau adik nakal abah pukul nanti"

 9) Bahasa MENUDUH



"Siapa yang buat bersepah ni, ngah ke..ngah ni memang nak kena pukul"


 10) Bahasa BISU (silent treatment)

Mendiamkan diri, tidak berkomunikasi dengan anak, berbual atau sebagainya, membiarkan anak membuat sesuatu kesalahan walaupun dihati ibubapa merasa



0 comments:

Post a Comment