Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta
Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta
Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….
Saya
sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009
bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang
yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas
dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti
berbeza.
Pernah almarhum bercerita kepada kami para
pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri
hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya
mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada.
Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat
utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang
sihat dan sempurna.
Lalu si suami menjemput almarhum
untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi
dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada
almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak
namun si suami tetap mahu memberi.
Setelah pulang,
beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg
diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100
atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut
adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!
Almarhum
telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si
suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum.
“Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.
Lalu
almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di
sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina
masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata,
“saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”.
Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut
kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima
kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki
yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.
Akhirnya
masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum
mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau,
almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg
memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna
duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.
Moral
of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak
perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar
mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT
menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.
Kredit: Abu Anas Mohamad Lutfi
0 comments:
Post a Comment