Tuesday 8 November 2016

Mengapa Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki Berlaku?

Mengapa Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki Berlaku?


Rasa kebas jari, tapak tangan dan kaki sudah menjangkau lebih 3 bulan dialami oleh isteri kesayangan saya yang mana berpunca daripada beberapa faktor yang merunsingkan saya. Rasa kebas ini disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak teratur.

Rasa kebas ini tidak boleh diputuskan punca secara andaian dan kepada sesiapa yang mengalami masalah ini perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan punca sebenar. Walaupun ada sesetengahnya boleh dikesan lebih awal dan dapat mengenal pasti punca kerana mungkin  kesan komplikasi rasa kebas tersebut jelas merujuk kepada tempat sakit yang dialami.

Kaedah Rawatan Hospital Atau Klinik


Memastikan punca permasalahan yang disebabkan oleh

Tulang - Berdasarkan pengalaman saya ketika membawa isteri ke klinik.doktor akan mengarahkan kita duduk mencangkung, kemudian rukuk, berjalan dan sebagainya.

Urat- Berpunca daripada permasalahan urat, ada kemungkinan kebas disebabkan oleh urat

Bagi memastikan  permasalahan urat rawatan awal sebaiknya dilakukan dengan langkah berikut:-

Ujian darah- dapatkan nasihat doktor agar ujian darah dilakukan bagi memastikan punya sebenar terjadi kebas. Jika boleh dapatkan memo arahan dari doktor agar kita ke makmal darah.Kita boleh lakukan sendiri dengan memo yang diterima daripada doktor, bagusnya dengan memo ini harga mendapatkan ujian akan menjadi murah kerana mendapat harga doktor berbanding jika kita pergi sendiri.

x-ray - adalah pilihan seterusnya untuk memastikan kedudukan tulang kita dalam posisi yang betul, namun x ray tidak dapat melihat permasalahan saraf
.inilah kelemahan x-ray jika ada masalah saraf kerana x ray hanya melihat kedudukan tulang sama ada dalam keadaan baik atau tidak.

Seterusnya scan adalah langkah yang dikira terbaik bagi mengenal pasti parmasalahan kebas atau sakit disebabkan sukar untuk berjalan. Scan akan melihat lebih jauh tentang kedudukan saraf anda.

Langkah-langkah ini perlu anda ikuti sekiranya anda melalui proses rawatan sains di hospital atau klinik.

 Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki  juga dapat dikesan melalui rawatan tradisional.


Apakah jenis rawatan yang sesuai? 



Antara rawatan terawal adalah mengurut dibahagian yang dipercayai punca kebas atau kesakitan. Ini besar kemungkinan rasa kebas tersebut berpunca daripada pertindihan urat yang menyebabkan darah berjalan dengan lancar.

Sebab-sebab lain rasa kebas di hujung jari atau kaki adalah berpunca daripada darah. samaada darah yang kotor ataupun adanya halangan pengaliran darah. Ada kemungkinan saluran darah anda disaluti dengan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak dan kolestrol.

Obbesiti berlebihan juga boleh menyebabkan pengaliran darah terganggu. Ini disebabkan berlakunya radang di bahagian sendi seperti di bahagian lutut atau di buku lali.

Larangan Mengurut


Jangan Urut Jika Permasalahan Saraf yang berpunca di bahagian punggung atau disebabkan struktur tulang berubah. Ini kerana akan menyebabkan anda bertambah sakit dan tahap kesihatan mungkin menjadi lebih buruk lagi.

Apabila kita mengurut disebabkan oleh saraf yang bertindih berpunca daripada struktur tulang berkemungkinan besar rasa kebas akan menjadi kebas lagi jika kita mengurut bahagian punggung atau kaki.

Cara untuk Mengenalpasti struktur badan kita berubah.

Iaitu dengan merebahkan badan pada katil dengan cara meniarap. Kemudian perhatikan bahagian tumit kaki sekirany kelihatan tidak sama besar kemungkinan struktur di bahagian punggung berubah dan pastinya akan mendatangkan kesan kepada tulang.

Kemudian lihat pada bahagian ketinggian punggung perhatikan sama tinggi atau tidak. Sekiranya tidak sama tinggi sama juga mendatangkan kesan kepada struktur tulang.

Larangan mengurut juga jika didapati darah anda mengandungi asid uric atau gout, dapatkan maklumat kesihatan daripada doktor.

Syor Rawatan Jika Anda Mengalami Masalah Tulang.

Iaitu dengan rawatan membetulkan tulang. Rawatan seumpama ini boleh didapati di SANO tak nak sakit.

Rawatan ini sebagai usaha dan ikhtiar sahaja yang memberikan kemujaraban hanyalah Allah, maka berdoalah selalu.



0 comments:

Post a Comment