Monday 25 January 2016

3 Strategi Menjana Pendapatan Dari Hartanah



Tertarik dengan entry sifu hasrullah Cuba mengolah sedikit info bagaimana untuk membuat pendapatan daripada bidang hartanah. Bidang Hartanah juga sangat berpontesi menjana income selain daripada Unit Amanah

# Beli

Melihat kepada keadaan ekonomi dan nilai mata Wang saat untuk berbelanja perlu dilakukan secara berhati-hati. Ini kerana kita mengharapkan pulangan atau manfaat daripada apa yang dibelanjakan. Kerana Nilai Wang kita yang rendah kewajaran untuk berbelanja perlu diminimiskanuntuk  berhati sebarang kemungkinan ekonomi pada masa akan datang membawa padah pada kita sendiri akibat tiada simpanan.

Tidak mustahil keadaan ekonomi seperti ini boleh menyebabkan kita dibuang kerja. Kepada mereka yang membuat saving tiada masalah jika setuasi ini berlaku bagaimana mereka yang tidak memikirkan hal untuk membuat simpanan. Tentu akan gelabah bila terpaksa dibuang kerja.

Dalam situasi ini ada yang bijak membekukan Wang dengan membeli hartanah seperti rumah. Rumah yang di beli dengan harga sedemikian dan menyimpan rumah tersebut sehingga 5 tahun dan menjual pada tahun tersebut setelah dikira margin harga beli Yang menguntungkan tentu kita. Kita beli rumah di lokasi yang menarik tentu menjadi rebutan dan perhatikan kenaikan Nilai harga hartanah tersebut dan jangkakan pontensi pulangan.

Jangan beli rumah yang akhirnya tepu dengan ketiadaan pontensi samada untuk disewakan maupun untuk dijual balik. Jika sudah terbeli bertindak segera untuk melepaskan rumah tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan margin kerugian

# Sewa

Strategi seterusnya beli dan disewakan, ini biasa dilakukan. Beli dengan kadar harga tertentu dengan membuat pinjaman bank. Bayaran semula kepada bank setiap bulan RM 680.00 kemudian menyewakan dengan kadar sewaan RM 800. So pulangan yang dapat sekadar RM 120. Jumlah ini rasanya belum cukup memadai pada Zaman ini.

# Beli Dan jual

Beli dan jual rumah kaedah ini iaitu membeli rumah baru dan jual bila rumah siap dibina. Beli rumah yang baru naik papan tanda yang dijangka siap 2 tahun lagi, setuasi ini biasa nya berlaku di bandar yang mana pulangan lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Kebiasaannya beli rumah yang belum siap lagi harga lebih murah sebagai contoh pembelian rumah di bandar indera mahkota 14 pada harga RM 88,000 dalam tahun 2004, selepas 2 tahun iaitu tahun 2006 harga rumah meningkat kepada RM 120,000 margin keuntungan 120,000 tolak dengan 88,000 adalah RM 32000, banyak jugakan. 

Namun di ingatkan bahawa faktor perubahan harga ini juga dipengaruhi faktor persekitaran. Yang mana dahulu sebelum beli rumah tiada entiti pembangunan. Tapi selepas naik pembangunan, pejabat kerajaan Dan swasta lokasi di indera mahkota hartanah di sini naik mendadak.

Keuntungan ini berbeza dengan unit amanah, atau simpanan terkumpul. Namun kebanyakan kita tidak mengetahui tentang kelebihan unit unit amanah, pelbagai jenis simpanan yang popular yang mampu memberikan pulangan dividen yang tinggi selain daripada simpanan biasa. Dan keselamatan simpanan di unit amanah juga selamat seperti simpanan biasa yang anda Buat di mana-mana bank di malaysia. Untuk itu cuba-cubalah mengetahui tentang simpanan di unit amanah.


0 comments:

Post a Comment