Wednesday 27 January 2016

Apa Yang Menarik Dengan 1 Dollar Cost Averaging (DCA)


 1 Dollar Cost Averaging (DCA) adalah di mana anda menyimpan wang dengan kadar yang sama tidak mengira tenang ataupun ribut atau taufan simpanan diteruskan dengan kadar jumlah yang sama, simpanan seperti ini dijelaskan disektor simpanan unit amanah.

sekiranya kita membandingkan kita membayar ansuran kereta secara tetap setiap bulan dengan kadar yang tetap (DDI) RM 1000 dan sementara itu nilai harga pasaran kereta sentiasa turun daripada hari ke bulan dan dari bulan ke tahun

Sebaliknya dengan menyimpan di Unit Amanah dengan kadar yang tetap iaitu RM 1000 dengan tempoh jangka panjang nilai asset ini akan sentiasa bertambah.

INFO DARI BLOGGER ELIAS AZEAN UNTUK INFO MENARIK

Ketika harganya turun kita boleh mengumpul unit dengan lebih banyak dan apabila harganya kembali pulih kita akan mendapat lebih keuntungan daripadanya.

Contohnya, katakan harga satu unit pada Januari 2016 ialah RM 0.50/unit dan kita melabur RM 1000 dalam dana ini, maka kita akan dapat sebanyak 2000 unit.

Kemudiannya jika harga seunit turun kepada RM 0.45/unit pada bulan February, maka dengan pelaburan RM 1000 kita boleh memiliki 2222 unit menjadikan unit terkumpul sebanyak 4222 unit.

Setelah itu harga pada bulan Mac kembali pulih kepada RM 0.50, maka dengan pelaburan RM 1000 anda akan mengumpul sebanyak 2000 unit lagi menjadikan semuaya 6222unit dan nilai pelaburan pada bulan Mac ialah 6222 unit x RM 0.50 = RM 3111 dengan modal sebanyak RM 1000 x 3 bulan = RM 3000.
Jadi anda dah untung RM 111. (Ini tidak termasuk kos jualan unit trust)

Kalau harga makin naik macam mana?

Itu lagi bagus kerana jika anda sudah memulakan pelaburan. Kalau belum mula lagi, apa pun tak dapat.
Untuk membuktikan strategi ini berkesan, saya membuat simulasi dengan menggunakan dana Public Ittikal daripada Public Mutual. Dana patuh shariah yang pertama dengan data lengkap selama 18 tahun melalui tiga krisis ekonomi 1997, 2001 dan 2008.

Pelaburan awal sebanyak RM 10000 dan pelaburan tambahan sebanyak RM 1000 setiap XX haribulan dengan dividen atau distribution yang diperolehi dilaburkan semula.
Apakah hasil daripada simulasi ini?


Sharing is caring

0 comments:

Post a Comment