Thursday 7 January 2016

Berhijrah Itu Penting

Berhijrah membawa perubahan. Harus difahami istilah hijrah dari segi makna Dan kefahaman pembawaan istilah hijrah  itu sendiri.

Jika difahami bahawa istilah hijrah bermaksud pindah yang juga boleh diertikan sebagai berubah, setuju atau tidak istilah ini jika dirangkumi memberikan maksud sebagai berpindah, berubah atau melakukan sesuatu perkara kepada perkara lain untuk mendapat kesan atau keputusan yang berbeza sekiranya dahulu anda membuat keputusan untuk melabur di institusi A dan berubah melabur ke institusi B untuk mendapat pulangan yang lebih baik dari institusi A tadi..

Untuk melakukan perubahan perlu ada banyak pertimbangan. Berfikir untuk menjangkan kesan sebelum dan selepas membuat sesuatu tindakan. Semua pihak menginginkan perubahan yang lebih baik. Kajian Yang sewajarnya perlu dilakukan. Jika diteliti Zaman rasullah berhijrah di atas arahan atau suruhan Allah dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan atas sebab demikian rasullah berhijrah, namun demikian bagi kita solat ishtiqorah digalakkan untuk mendapatkan petunjuk dengan izin Allah.

0 comments:

Post a Comment