Wednesday 27 January 2016

Kebanyakan kita memilih simpanan berunsur riba kerana tidak tahu

“MENGAPA RIBA WAJIB DITOLAK”

Firman Allah s.w.t.: “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah - mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Ar-Rum: 41)

sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. 

( Dengan yang demikian ) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279)

“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” ( Al-Hasyr : 7 )
Perkongsian ini mengingatkan kita terhadap sikap yang tidak serius ke atas pendapatan dan saluran lebihan pendapatan yang kita simpan samada berorentasikan Islamic patuh kepada syariah. Yang ketidakseriusan kita akhirnya memanfaatkan hasil pendapatan yang disimpan bercampur dengan unsur riba. 

# Apakah Faktor-Faktor Yang Menghilangkan Rasa Was-Was Terhadap Wang Simpanan Kita 

           1. Intitusi Kewangan melantik panel syariah bagi memantau dana yang patuh syariah

           2. Adanya Prospektus pelaburan yang berteraskan syariah

Dapatkan maklumat perbankan Islam di SINI

           

0 comments:

Post a Comment