Sunday 4 December 2016

8 Tips Memandu Semasa Hujan

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT



1. _Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja_.

2. _Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan_. _Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju_.

3. _Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan_.

4. _Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan_.



5. _JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja_.
( *Sila semak semula buku panduan lesen L*.)

6. _Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air_.

7. _Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah_.

8. _Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya_.

👉 _*Hati-hati di jalan raya*. *Semoga kita dan keluarga selamat tiba ke destinasi*_

App Duit Dengan Telefon Android

0 comments:

Post a Comment