Thursday 15 December 2016

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Bank Negara Malaysia* mengarahkan semua bank _upgrade_ *chip ATM card_ kepada chip Debit Card* untuk fungsi *pembelian runcit dan online* sahaja. Kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai *01.01.2017* transaksi *pembelian runcit dan online* akan di blok jika *chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.*

 _*Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar.*_

Kad ATM adalah kad yang belum _upgrade_kepada status Debit Card.

Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis *MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER* dan ada tarikh luput 5 tahun.

Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.

Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.

Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

TERIMA KASIH

Rabu 14.12.2016
10.30 am
_Info face to face : From MAYBANK_


App Duit Dengan Telefon Android

0 comments:

Post a Comment