Tuesday 13 December 2016

Puasa Hari-Hari Putih

Puasa Hari-Hari Putih




Puasa Putih ini dilakukan pada Hari ke 13, 14 dan 15 di setiap bulan dan dinamakan hari-hari tersebut hari putih kerana bulan pada malam itu penuh dan putih terang. Daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: “Wahai Abu Dzarr! Apabila engkau berpuasa tiga hari daripada sebulan, maka berpuasalah pada 13, 14 dan 15 haribulan. ” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kelebihan berpuasa di Hari-Hari Putih sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

مَنْ صَامَ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa daripada tiap-tiap bulan sebanyak tiga hari, maka sedemikian itu (menyamai) puasa selama setahun." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Puasa Hari-Hari Hitam

Puasa Hari-Hari Hitam ialah puasa sunat yang dilakukan pada hari yang ke 28, 29 dan 30 setiap bulan. Dinamakan hari-hari tersebut dengan hari-hari hitam kerana kegelapan malam-malamnya pada waktu itu disebabkan ketiadaan bulan. Maka dengan berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu.

Puasa Hari Isnin dan Khamis

Puasa Hari Isnin dan Khamis puasa yang disunatkan pada hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis itu ada hubungkait dengan amal perbuatan manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid katanya:

إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ وَسُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ أَعْمَالَ الْعِبَادِ تُعْرَضُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam (melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan ditanya (Baginda) akan (sebab) sedemikian itu, Baginda bersabda: “Sesungguhnya amalan manusia itu ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan Khamis.” (Hadis riwayat Abu Daud)

(Petikan dari Buku Irsyad Hukum 1999, Bab Hari-Hari Yang Sunat, Haram dan Makruh Berpuasa, Muka surat 16, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan)

PART TIME
App Duit Dengan Telefon Android

0 comments:

Post a Comment