Monday 19 December 2016

Penawar Raja Saraf Merawat Masalah Urat Atau Saraf

Penawar Raja Saraf Merawat Masalah Urat Atau Saraf




Pengakuan Pesakit Saraf & Gout 

"Dulu 1 Tahun Lebih Akak Tak Boleh Genggam Jari, Sekarang Dah Boleh" - Makcik Zainab.


Kapsul Merah Kuning Penawar Raja Saraf



Bagaimana Penawar Raja Saraf Bertindak Merawat Masalah Urat Saraf


  • Berfungsi Mencair Darah Dalam Badan & Melancarkan Peredaran Darah Supaya Sistem Badan Berfungsi Pada Tahap Optimum.
  • Meningkatkan Menstabilkan & Kadar Oksigen Dalam Tubuh.
  • Membantu Membuang Angin Dalam Badan.
  • Ramuan Herba Terpilih Sesuai Mengurangkan & Melegakan Sakit Berkaitan Sendi.
  • Sangat Membantu Untuk Mengurangkan Sakit Gout, Sendi Tulang & Sakit Sengal Badan.
  • Khas Untuk Pesakit Saraf, Stroke, Saraf Mata, Parkinson & Migrain.
  • Penggunaan Herba Tradisional Membantu Memberi Kelegaan Optimum Terutamanya Pada Pesakit Kronik.

Selamat Ke Guna PPRS Ni?


PPRS Lulus KKM (No Rujukan 110615/05/323) & dijamin HALAL.
Malah PPRS melepasi piawaian ketat & dihasilkan di kilang bertaraf GMP.


Apa Kandungan PPRS?


  1. Tunjuk Langit
  2. Belalai Gajah
  3. Ginseng Jawa
  4. Pacak Bumi
  5. Tongkat Ali
  6. Rempah Ratus Terpilih

Macam Mana Makan PPRS Ini?




Makan 1 set tiub kecil sekaligus (2 pil Kuning Merah + 1 pil Hijau Proffesor) setiap kali selepas sarapan pagi bersama segelas air masak atau mineral. 

Bagi muslim selawat 7 kali serta doa supaya disembuhkan penyakit.



Siapa Yang Tak Sesuai Makan PPRS?

  • Wanita Sedang Hamil.
  • Wanita Yang Sedang Menyusukan Anak.
  • Pesakit Jantung Berlubang.
  • Pesakit Jantung Yang Pernah Buat Pembedahan.
  • Pesakit Buah Pinggang Kronik. (Hemodialisis 3 Kali Sehari)


Jika dalam 30 hari tidak ada sebarang kesan, maklumkan pada saya & saya akan pulangkan wang anda kembali.
Jadi anda tak perlu risau, jika tidak berkesan anda boleh mintak balik wang anda. Tak rugi pun kalau cuba kan?




KOMBO 1 BOTOL  

1 botol-RM 89
Pos RM 10 RM 1
  1. 1 Botol=20 Set Tiub

Harga Untuk
Seluruh Malaysia

TOTAL= RM 90


KOMBO 2 BOTOL


2 botol-RM 178
Pos RM 20 RM 2
  1. 2 Botol=40 Set Tiub

Harga Untuk
Seluruh Malaysia

TOTAL= RM 180



KOMBO 3 BOTOL  



3 Botol - RM 234
RM269.70 RM 234
Pos RM 30 RM 6

Harga Untuk
Seluruh Malaysia

TOTAL= RM 240


Hubungi Saya 

Busu Wahid
0123513407
Kg Padang Sejahtera

Soalan Lazim / FAQ



Adakah Ini PPRS Original   


Jawapan:PPRS mempunyai sticker hologram untuk membukti ianya adalah original dari kilang yang sah. Sila lihat pada gambar.


App Duit Dengan Telefon Android

Saturday 17 December 2016

JAWATAN KOSONG : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

JAWATAN KOSONG : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)




JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
JAWATAN : PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41
JAWATAN : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM  GRED S41
JAWATAN : PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
JAWATAN : PENGHULU GRED NP29
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
JAWATAN : PELUKIS PELAN JA19
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11
JAWATAN : PENGHANTAR NOTIS N11
JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup:31 Jan 2017

Maklumat lanjut >>
http://www.iklanjawatankosong.org/career-in-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-pahang-spanp/

P/S: Tolong klik "Share" , sebarkan dan 'tag' kawan2 yang lain.
* Bantu rakan anda yang tengah mencari kerja ~
* Kongsikan dengan rakan anda

App Duit Dengan Telefon Android

Thursday 15 December 2016

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps

Info Tukar Kad Atm Sumner Whatapps..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Bank Negara Malaysia* mengarahkan semua bank _upgrade_ *chip ATM card_ kepada chip Debit Card* untuk fungsi *pembelian runcit dan online* sahaja. Kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai *01.01.2017* transaksi *pembelian runcit dan online* akan di blok jika *chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.*

 _*Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar.*_

Kad ATM adalah kad yang belum _upgrade_kepada status Debit Card.

Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis *MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER* dan ada tarikh luput 5 tahun.

Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.

Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.

Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

TERIMA KASIH

Rabu 14.12.2016
10.30 am
_Info face to face : From MAYBANK_


App Duit Dengan Telefon Android

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

GAJI KAKITANGAN KERAJAAN


1. 19 JANUARI 2017 (KHAMIS)
2. 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
3. 23 MAC 2017 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2017 (SELASA)
5. 25 MEI 2017 (KHAMIS)
6. 15 JUN 2017 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2017 ( SELASA)
8. 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
9. 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
10. 11 OKTOBER 2017 (RABU)
11. 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
12. 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2017..


20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

*BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR...
SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017...

App Duit Dengan Telefon Android

Pendapatan Kedua Afiliate Masuk Ke Bank Terus

Pendapatan Kedua Afiliate Masuk Ke Bank Terus



Menariknya walaupun tidak begitu lumayan tetapi banyak membantu untuk membayar bil rumah anda, suatu kerja yang tidak sukar dan mudah hanya download dalam telefon anda dan anda hanya perlukan setting sedikit sahaja.

Walaubagaimana pun fokus adalah penting untuk meraih pendapatan, apapun perkara kita lakukan fokus menjadi faktor utama, semangat untuk berubah dan sebagainya.



Seterusnya, pendapat pada minggu berikut, alhamdullilah ada sedikit peningkatan, rasanya tidak bagi anda untuk mencuba sesuatu yang baru ini. ianya bukan skim cepat kaya sebaliknya ianya sesuatu sistem yang permudahkan kita menjana pendapatan harian.

Sekiranya seharian kita mengadap telefon android namun tiada pun sebarang bayaran yang boleh diperolehi. Tetapi dengan aplikasi ini anda boleh membina pendapatan yang lumayan seterusnya merubah kehidupan anda. hanya satu langkah lagi untuk anda bertindak daftar segera.

Sistem Aplikasi Duit hanya boleh dilakukan ke atas telefon android sahaja. SO manfaatkan telefon anda untuk menjana income harian.




App Duit Dengan Telefon Android

Wednesday 14 December 2016

Tukar Kad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

Tukar Kad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah




Tempoh penukaran kad bank arahan daripada bank negara semakin hampir tamat tawaran tukar Percuma.

Perhatian Pemegang Kad Debit Bank!!!*

1.Maybank sebelum *18/12/2016*
2.Cimb sebelum *20/12/2016*
3.RHB sebelum *31/12/2016*
4.BSN dan sebagainya sebelum *31/12/2016*

*KAD LAMA ANDA TIDAK AKAN BERFUNGSI SELEPAS TARIKH TERSEBUT*

*DENDA RM12.70* bagi penukaran kad baru selepas tarikh tersebut.


Kini jangan bimbang lagi tidak 
Perlu menunggu lama. Korang boleh ke maybank Dan mendapat kad baru hanya menggunakan mesin ATM.

Langkah-Langkah Tukar Lad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

Anda hanya perlu menunggu Gil Iran anda did ATM.

Masuk kad atm yang lama Dan masukan no pin.

Kemudian tunggu beberapa saat dan masuk maykad tunggu pengesahan Dan letakan jari anda untuk pengesahan mykad.

Dan seterusnya kad baru anda akan keluar dengan cepat.

Mudahnya Tukar Lad Bank ATM Maybank Paling Cepat Dan Mudah

App Duit Dengan Telefon Android

Tuesday 13 December 2016

Puasa Hari-Hari Putih

Puasa Hari-Hari Putih




Puasa Putih ini dilakukan pada Hari ke 13, 14 dan 15 di setiap bulan dan dinamakan hari-hari tersebut hari putih kerana bulan pada malam itu penuh dan putih terang. Daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: “Wahai Abu Dzarr! Apabila engkau berpuasa tiga hari daripada sebulan, maka berpuasalah pada 13, 14 dan 15 haribulan. ” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kelebihan berpuasa di Hari-Hari Putih sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Dzarr Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

مَنْ صَامَ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa daripada tiap-tiap bulan sebanyak tiga hari, maka sedemikian itu (menyamai) puasa selama setahun." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Puasa Hari-Hari Hitam

Puasa Hari-Hari Hitam ialah puasa sunat yang dilakukan pada hari yang ke 28, 29 dan 30 setiap bulan. Dinamakan hari-hari tersebut dengan hari-hari hitam kerana kegelapan malam-malamnya pada waktu itu disebabkan ketiadaan bulan. Maka dengan berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu.

Puasa Hari Isnin dan Khamis

Puasa Hari Isnin dan Khamis puasa yang disunatkan pada hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis itu ada hubungkait dengan amal perbuatan manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid katanya:

إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ وَسُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ أَعْمَالَ الْعِبَادِ تُعْرَضُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam (melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan ditanya (Baginda) akan (sebab) sedemikian itu, Baginda bersabda: “Sesungguhnya amalan manusia itu ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan Khamis.” (Hadis riwayat Abu Daud)

(Petikan dari Buku Irsyad Hukum 1999, Bab Hari-Hari Yang Sunat, Haram dan Makruh Berpuasa, Muka surat 16, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan)

PART TIME
App Duit Dengan Telefon Android

Cerita Pendek Menghayat Hati

renungan : Cerita Pendek Menghayat Hati



Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut;

lalu dia menulis di pinggir pantai..
LAUT INI PENCURI..

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI BAIK HATI..

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH..

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI PENUH BERKAT..

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ..

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik,

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa di hargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada
siapa pun,

Kerana yang menyukai mu tidak perlu itu,

Dan yang membenci mu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,

tapi
Siapa yang mau berbuat baik.

Jangan menghapus Persaudaraan hanya kerana sebuah Kesalahan,

Namun Hapuslah kesalahan
demi lanjutnya Persaudaraan..

Jika datang kepadamu gangguan,

Jangan berfikir bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Perih,

tapi berfikirlah bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Baik..

Kurangi mengeluh,

teruslah berdoa dan berikhtiar,

Sibukkan diri dalam kebaikan.

Hingga keburukan 'keletihan' mengikuti mu..

Yang baik itu drNya yg buruk itu dari kita sendiri.... Wallahuaklam..



App Duit Dengan Telefon Android

Monday 5 December 2016

TAKLIMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Terbaru drp blog Tun M

TAKLIMAT NAJIB


1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6.Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7.Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8.Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.

10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12.Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

13.Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14.Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15.Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16.1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

17.Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

18.Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

19.Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

20.Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

21.Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

22.Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23.Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24.Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

25.Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

26.Apakah saya yang merosakkan imej negara?

27.Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

28.Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.

29.Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

30.Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan


Sebar luaskan pd rakyat...

App Duit Dengan Telefon Android

Kejatuhan Nilai Mata Wang – Adakah Ringgit akan mengalami nasib Dolar Zimbabwe?

Kejatuhan Nilai Mata Wang – Adakah Ringgit akan mengalami nasib Dolar Zimbabwe?


Prof Dr. Mohd Nazari Ismail, Ketua Biro Penyelidikan IKRAM.

Kejatuhan mata wang Ringgit sekarang ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang menguntungkan negara kerana ia menjadikan barangan ekspot Malaysia lebih murah berbanding dari negara lain. 

Di samping itu sektor pelancungan juga akan untung kerana mungkin pelancung asing akan lebih tertarik dengan Malaysia sebagai destinasi kerana kos berbelanja di Malaysia akan menjadi lebih murah untuk mereka.

Namun sebenarnya terdapat juga sektor industri negara yang akan rugi akibat kejatuhan nilai Ringgit,  terutama sekali sektor yang banyak mengimpot input untuk proses pembuatan. Ini termasuk sektor elektronik, produk petrolium dan kimia. 

Di samping itu satu lagi sektor penting yang banyak bergantung kepada impot ialah sektor makanan. 

Pada tahun 2014 jumlah impot makanan  ialah USD 16.7 billion setahun atau 8% dari jumlah impot negara.[i]  

Kita sebenarnya mengimpot hampir semua jenis makanan termasuk daging, tenusu dan telor, makanan laut, bijiran, sayuran, buah-buahan, gula, madu, kopi, koko, teh, rempah dan lain-lain. [ii] 

Oleh itu kejatuhan Ringgit akan membuat makanan menjadi lebih mahal dan memberi kesan yang sangat negatif kepada golongan berpendapatan rendah kerana sebahagian besar dari pendapatan mereka dibelanjakan untuk makanan.

Mungkin ada yang bertanya kenapa mata wang Ringgit selalu berubah. Untuk memahami nya, kita perlu membezakan antara konsep wang dan mata wang. 

Mata wang adalah satu kaedah yang dicipta oleh manusia akibat amalan Riba. Dalam sistem Riba, bank akan sentiasa ingin memberi pinjaman dalam jumlah yang sebanyak mungkin dan melebihi had jumlah wang fizikal dan inilah yang membuat nilainya tidak stabil. 

Dalam erti kata yang lain, mata wang tidak mempunyai nilai intrinsik (semulajadi) dan inilah yang menjadi pembeza utama antara mata wang dan wang kerana wang yang mempunyai nilai intrinsik. 

Contoh wang yang paling baik ialah dinar emas di zaman Rasulullah SAW yang mempunyai nilai semulajadi yang diterima oleh hampir kesemua manusia di dunia ini. Tambahan pula nilainya juga stabil. 

Sebaliknya nilai mata wang tidak semestinya diterima di semua tempat dan biasanya akan sentiasa susut nilainya. Bahkan kadangkala mata wang boleh jatuh menjunam. 

Salah satu sebab utama kenapa ini boleh berlaku ialah ialah apabila sistem perbankan sesebuah negara yang terbabit telah terlebih dalam mengeluarkan atau mencipta mata wang.  

Salah satu contoh kejatuhan nilai mata wang akibat dari pengeluaran mata wang yang terlebih  ialah  kes mata wang Dolar Zimbabwe. 

Pada tahun 2008 jumlah mata wang negara tersebut telah bertambah sebanyak  658 billion peratus. Akibatnya kadar inflasi mencecah 80 billion trillion peratus setahun (89,700,000,000,000,000,000,000) pada penghujung tahun tersebut. 

Nilai mata wangnya jatuh begitu mendadak sehinggakan jika seseorang mempunyai  Z$100 billion, ia tidak mencukupi untuk membeli sebungkus roti.[iii]

Kejatuhan nilai dolar Zimbabwe sebenarnya bermula sekitar 2006 akibat beberapa faktor. Antara lain ialah amalan korupsi yang sangat meluas di kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan Zimbabwe di bawah pimpinan Presiden Robert Mugabe. 

Beliau adalah seorang diktator yang korup dan zalim yang enggan melepaskan kuasanya walaupun dibenci oleh rakyat. Sudah tentu suasana politik yang tidak demokratik ini akan memberi kesan yang sangat negatif kepada ekonomi negara. 

Dalam usaha untuk menjadi popular di kalangan penyokong kulit hitam, beliau telah membenarkan banyak ladang milik pengusaha kulit putih dirampas. 

Akibatnya pengeluaran dari ladang-ladang di Zimbabwe merosot. Satu laporan menganggarkan kerugian pengeluaran akibat tindakan ini sebanyak USD12 bilion (RM50 billion) dari tahun 2000 hingga 2011[iv]    

Untuk membiayai perbelanjaan kerajaan, Zimbabwe telah membuat keputusan untuk mengambil jalan mudah iaitu berhutang dari institusi kewangan luar negara termasuk IMF. 

Sepatutnya selepas itu ia berusaha untuk membayar hutang tersebut melalui pendapatan cukai dan pendapatan kerajaan yang lain. Malangnya ekonominya yang lemah mengakibatkan pendapatan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar hutang luarnya . 

Pada tahun 2004 kerajaan Zimbabwe membuat keputusan mengeluarkan lebih banyak mata wang dolar Zimbabwe yang seterusnya digunakan untuk membeli mata wang asing yang kemudian digunakan untuk membayar hutang nya.[v]

Tetapi langkah menambah jumlah mata wangnya adalah satu kesilapan akibat dari kurang memahami bagaimana sistem perbankan Riba beroperasi. 

Dalam sistem ini, mata wang yang dicipta oleh bank pusat akan dimasukkan kembali ke dalam sistem perbankan sebelum dikeluarkan dalam bentuk hutang dan dimasukkan kembali dalam bentuk deposit. 

Bila proses ( yang juga dikenali dengan nama proses `penciptan kredit’) ini berulang beberapa kali ia akan mengkibatkan pergandaan jumlah mata wang pada kadar yang sangat tinggi. 

Jumlah mata wang yang sangat banyak ini lah yang sebenarnya membuat kadar inflasi di Zimbabwe menjadi begitu teruk sekaligus menjatuhkan nilai dolar Zimbabwe pada kadar yang dasyat berbanding mata wang lain.

Akibatnya rakyat Zimbawe sendiri enggan menggunakan mata wang negara mereka sendiri dan lebih suka menggunakan mata wang asing terutama sekali dolar Amerika. 

Sekarang ini rakyat Zimbabwe menggunakan beberapa mata wang asing selain dolar Amerika termasuk Yuan di dalam sistem kewangannya dengan kebenaran kerajaan Zimbabwe.[vi] 

Ekonominya masih tenat dan Zimbabwe terpaksa berhutang kepada beberapa pihak luar termasuk kepada negara Cina iaitu sebanyak USD666 juta.[vii] 

Mungkin ada pihak yang bimbang perkara yang sama akan berlaku kepada Ringgit Malaysia kerana persamaan beberapa fakta seperti hutang luar yang meningkat, amalan korupsi yang berleluasa serta penglibatan negara Cina dalam ekonomi negara. 

Namun penulis merasakan bahawa ini adalah satu ramalan yang agak ekstrim. 

Ini kerana ekonomi Malaysia di dalam keadaan yang tidak seteruk Zimbabwe. 

Rakyat Malaysia amat rajin berkerja dan oleh itu output negara kita adalah jauh lebih baik berbanding Zimbabwe. 

Inflasi di Malaysia juga terkawal buat masa ini iaitu pada kadar di bawah 5% . Namun ia agak serius dalam sektor tertentu seperti daging, ikan dan tenusu kerana produk tersebut adalah diimpot dan kejatuhan nilai Ringgit telah membuat kos impot meningkat.

Persoalan yang timbul  ialah kenapakah nilai Ringgit Malaysia jatuh begitu mendadak baru-baru ini sejurus selepas kemenangan Donald Trump di Amerika Syarikat?

Jawapannya ialah kerana Donald Trump telah berjanji akan melaksanakan beberapa polisi ekonomi yang bakal memberi kesan kepada ekonomi negara Amerika dan pada masa yang sama kepada ekonomi negara lain termasuk negara kita. 

Salah satu dari polisi tersebut ialah pembatalan perjanjian TPPA iaitu satu perjanjian yang beliau pernah sebut sebagai perjanjian gila.[viii] 

Jika ini berlaku ekspot Malaysia ke Amerika akan terjejas kerana tidak sebebas seperti yang diharapkan. Ini mungkin akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Di samping itu Trump juga telah berjanji akan menyuntik dana sebanyak lebih dari USD1 trillion (satu ribu bilion) ke dalam ekonomi negara Amerika untuk memulihkannya kembali.[ix] 

Ini membuat pasaran kewangan melihat kemungkinan ekonomi Amerika akan mengalami pertumbuhan. 

Kesan inflasi yang akan menyusul selepas itu dilihat akan mempengaruhi bank pusat Amerika (Federal Reserve) supaya meningkatkan kadar bunga. 

Jika itu berlaku maka aset kewangan di Amerika akan menjadi lebih menarik kerana pulangan akan meningkat. 

Inilah yang telah membuat ramai pelabur memindahkan dana masuk ke dalam sistem perbankan Amerika Syarikat dan sekaligus meningkatkan nilai mata wang dolar sebanyak 2% (purata) berbanding mata wang lain, termasuk Ringgit. 

Nilainya juga meningkat ke paras paling tinggi dalam tempoh 14 tahun.[x]  

Persoalannya seterusnya ialah kenapakah Ringgit Malaysia merupakan mata wang yang paling teruk terjejas dari segi nilai berbanding mata wang lain?

Ramai penganalisa ekonomi merasakan ianya adalah akibat dari suasana dalaman politik negara Malaysia yang tidak menentu.  

Susulan dari laporan Jabatan Kehakiman Amerika (atau DOJ) berkenaan skandal 1MDB dan penggunaan istilah `kleptokrasi’ (negara yang dipimpin oleh sekumpulan pencuri) untuk negara kita oleh DOJ, satu laporan mengatakan bahawa ramai pelabur merasa bimbang tentang tindak balas kerajaan Malaysia berkaitan isu 1MDB ini.[xi] 

Pelabur asing rata-rata melihat DOJ sebagai satu institusi yang bebas dan profesional. 

Walaupun ada sebilangan individu di Malaysia mentafsirkan tindakan DOJ sebagai berniat buruk atau merupakan sebahagian dari agenda golongan Yahudi Amerika untuk menawan Malaysia, namun kebanyakan pelabur yang mempunyai pengetahun tentang sistem kehakiman Amerika tahu bahawa itu adalah dakwaan yang tidak masuk akal.

DOJ di Amerika sebenarnya tidak berada dibawah kawalan mana-mana pihak. Secara umumnya ia menjalankan aktiviti penyiasatan mereka secara adil, professional dan tanpa niat buruk.  

Penyiasatannya yang melibatkan syarikat 1MDB dan juga rakyat Malaysia Jho Low and Riza Aziz dilakukan kerana terdapat bukti mereka telah melakukan aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) yang bertentangan dengan undang-undang Amerika dan dengan menggunakan mata wang dolar Amerika. 

Secara automatic ini juga bermakna beberapa institusi kewangan Amerika adalah terbabit. Dengan itu DOJ tidak ada pilihan dari menyiasat kes itu.

Laporan yang dikeluarkan oleh DOJ sangat terperinci dan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia juga terlibat. 

Namun ramai pelabur asing berpendapat bahawa proses undang-undang di negara Malaysia tidak dihormati. Mereka berasa sangsi apabila melihat Peguam Negara dipecat serta pegawai tinggi MACC dipindahkan.  

Ramai juga merasa bimbang dengan trend dimana proses undang-undang tidak dihormati oleh pemerintah kerana ini akan memberi kesan kepada suasana ekonomi dan perniagaan jangka panjang. Mereka juga bimbang nilai jangka panjang pelaburan mereka akan terjejas.

Apa yang memburukkan lagi persepsi mereka ialah apabila melihat beberapa orang ahli politik dan pemimpin NGO ditangkap dan dipenjarakan apabila cuba untuk mendedahkan salah laku pemimpin atau mengadakan protes terhadap kerajaan secara aman dan mengikut lunas undang-undang. 

Bagi pelabur penangkapan tokoh-tokoh demokrasi dan pembangkang itu menunjukkan bahawa negara Malaysia diperintah oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kritikan dan tidak menghormati proses demokrasi. 

Dalam jangka panjang negara seperti ini bukanlah satu lokasi yang selamat untuk melabur. Itulah sebab utama kenapa Ringgit Malaysia menunjukkan prestasi yang paling lemah berbanding mata wang lain. 

Sama ada persepsi ini akan berterusan dan seterusnya mempengaruhi ekonomi negara jangka panjang bergantung kepada sama ada keadaan politik Malaysia akan berubah atau tidak di masa hadapan.

Akhir sekali salah satu faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan mata wang Ringgit ialah persepsi bahawa pihak berkuasa di Malaysia tidak mempunyai rezab mata wang asing (khususnya Dolar Amerika) yang mencukupi untuk untuk membiayai impot barangan dan menahan proses kejatuhan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika. 

Laporan dari akhbar kewangan terkemuka Bloomberg melaporkan bahawa sekarang ini Malaysia mempunyai rezab mata wang asing sebanyak hanya USD100 billion sahaja, sementara hutang luar jangka pendek negara adalah berjumlah USD128.2 billion (berdasarkan anggaran IMF).[xii]  

Jika rezab Malaysia tidak bertambah dalam masa terdekat, kemampuan Bank Negara Malaysia untuk mempertahankan nilai Ringgit akan terjejas jika pihak  spekulator mata wang asing `menyerang’  Ringgit Malaysia (yakni menjual dengan banyak dengan tujuan untuk menjatuhkan nilainya). 

Ini akan memburukkan lagi persepsi pasaran kewangan kepada Ringgit Malaysia dan akan bermakna bahawa Bank Negara Malaysia akan menghadapi cabaran yang sangat getir untuk meningkatkan kembali nilai mata wang negara kita di masa hadapan.

Pendapatan Sampingan Dengan Telefon Android, Mudahnya Menjana Pendapatan


 

Sunday 4 December 2016

8 Tips Memandu Semasa Hujan

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT



1. _Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja_.

2. _Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan_. _Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju_.

3. _Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan_.

4. _Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan_.



5. _JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja_.
( *Sila semak semula buku panduan lesen L*.)

6. _Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air_.

7. _Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah_.

8. _Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya_.

👉 _*Hati-hati di jalan raya*. *Semoga kita dan keluarga selamat tiba ke destinasi*_

App Duit Dengan Telefon Android

Friday 2 December 2016

Cara Membuat Autopost Ke Facebook Bekerja Untuk Akaun Anda Setiap Hari


APA ITU AUTOPOST?


Aplikasi ini memudahkan pengguna jadualkan posting secara mudah ke laman-laman sosial seperti Facebook Group, Facebook Page, Twitter dan juga Youtube. Amat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Peniaga online digalak memohon penggunaan aplikasi ini.
Menjimatkan 99% masa pengguna dalam proses beriklan di laman-laman sosial dan anda tidak perlu lagi masa yang terlalu lama untuk masukkan post secara MANUAL lagi.
Dengan menggunakan aplikasi ini, mampu meningkatkan 300% jualan anda di laman-laman sosial kerana segalanya adalah dijanakuasa sebagai Autopilot. Mohon sekarang !

Klik Sini Murah dan friendly User



FREE SOFTWARE AUTOPOST KE FACEBOOK ANDA

JANGAN TUNGGU LAGI

Klik Sini Murah dan friendly User



App Duit Dengan Telefon Android

Wednesday 30 November 2016

BAHAYA KANSER ? KENALI TANDA-TANDA AWAL KANSER YANG TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN OLEH ANDA.

BAHAYA KANSER ? KENALI TANDA-TANDA AWAL KANSER YANG TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN OLEH ANDA.


Kanser Tulang


Malaysian Health Journal (cancer / kanser) Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.

Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.

Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser.

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda?

1. Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'

4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda.

5. Kehilangan berat badan.

Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.

4. Jaundis / demam kuning.

Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis.

5. Berdehit atau sesak nafas.

Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

6. Batuk yang kronik atau sakit dada.

Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.

Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.

7. Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

8. Kesukaran menelan.

Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

10. Bengkak muka.

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru lmengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).

Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

13. Lemah dan letih.

Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser.

Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan.

Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

16. Sukar membuang air kecil.

Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil.

Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan.

18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

19. Masalah ereksi.

Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen.

Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang.
Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

21. Bengkak buah zakar.

Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.

Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.

Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Merekamengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah.
Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

25. Perubahan pada kuku.

Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit.
Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.


App Duit Dengan Telefon Android