Thursday 3 December 2015

Merawat permasalahan Penyakit Wanita Dan Buasir

Merawat permasalahan Penyakit Wanita Dan Buasir




1.Penyakit keputihan  (Candidiasis Vaginal ,Vulvovaginal  Candidiasis) 


ciri-ciri penyakit ini adalah cairan bening yang dikeluarkan oleh alat kelamin intim wanita yang berbau menyengat, cairan bening, agak kental, berwarna putih, kekuning-kuningan, kehijau-hijauan atau kemerah-merahan yang keluar dari vagina. Salah satu ciri yang lain adalah keluarnya cairan tersebut  diikuti gejala rasa gatal, iritasi, rasa nyeri saat berhubungan intim, rasa nyeri  pada perut bahagian bawah, berbau atau aroma tidak sedap kadang-  kadang diikuti oleh pendarahan.Cairan bening yang dikeluarkan atau disekresi organ kelamin wanita pada bahagian  rahim(uterus), leher rahim (cervix uterus) dan vagina akibat terinfeksi organ tersebut oleh mikroorganisme.





                        
  -Makan 1 biji 3 kali sehari (minima 2 minggu )
  -Masukkan 1 biji pil kedalam faraj selama minima 6 jam pada waktu malam.
   (Diamalkan seminggu sekali atau mengikut keperluan)


2.Sengugut (Dysmenorrhoea)     

              
Himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Berkait rapat dgn proses ovulasi yg berlaku pada kitaran haid. kesakitan sengugut primer  oleh pengeluaran PROSTAGLANDIN dari dinding rahim secara berlebihan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dgn lebih kuat.








-Makan 1 biji 3 kali sehari
 (Terbaik diamalkan selama 1 bulan secara berterusan)


3.Merapatkan Pangkal Rahim / Faraj


Otot faraj dan kawasan perinium akan menjadi semakin lemah dengan pertambahan usia.
Sewaktu kehamilan, tubuh wanita mengalami beberapa perubahan fizikal. Selepas kelahiran, tubuh wanita juga mengalami perubahan termasuk pada faraj yang didapati tidak lagi sama seperti dulu.
Hubungan seks tidak lagi memuaskan seperti sebelumnya. Koyakan faraj yang anda alami mungkin berlebihan memandangkan saiz bayi yang dilahirkan dikategorikan sebagai besar (melebihi 4 kg).
Prosedur forseps juga boleh menyebabkan trauma pada faraj kerana ia membabitkan guntingan episiotomi yang lebih panjang. Trauma yang dialami  seperti koyakan pada faraj, koyakan pada serviks dan keadaan otot dubur serta permukaan dalaman dubur juga mempengaruhi keadaan ini.Untuk merapat dan mengembalikannya –

-Makan 1 biji 3 kali sehari
(Terbaik diamalkan selama 4 minggu secara berterusan)


4.Mencantikkan payudara (Gebu dan Montok)


Payudara kecil atau lembik disebabkan banyak perkara. Pertama kerana kekurangan hormon dan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
Faktor kedua disebab faktor seperti lepas melahirkan anak. Wanita yang melahirkan anak kebanyakannya berlakunya perubahan hormon dan kematian sel-sel kulit.
Armina Plus Tablet mengandungi rumusan yang membantu mencantikkan payudara anda.

-Makan 1 biji 3 kali sehari
(Terbaik diamalkan selama 4 minggu secara berterusan)


5.Rawatan Selepas Bersalin


  • Trauma dengan proses kelahiran – Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.

  • Perubahan hormon dan emosi – Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

  • Perubahan fizikal – Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.

  • Masalah Kelonggaran Faraj :Kawasan faraj juga menjadi longgar dan otot di kawasan berkenaan menjadi lemah dan keadaan akan berterusan jika rawatan yang sepatutnya tidak diambil.

  • Amirna Plus Tablet :membantu mengembalikan kekuatan otot dan mengetatkan faraj .Menyerap  dan membuang kotoran/toxin  yang terdapat serta  memulihkan se-sel yang rosak.

      -Makan 1 biji 3 kali sehari
      (Terbaik diamalkan selama 4 minggu secara berterusan)

6)Meningkatkan Kepuasan Seksual


Antara faktor yang penting dalam hubungan kelamin ialah mencapai kepuasan seksual dimana proses kemutan dan keketatan lubang faraj menjadi antara aspek utama yang mempengaruhi.
Mengekalkan faktor ini amat sukar memandangkan manusia amat dipengaruhi oleh proses penuaan,kematian sel ,trauma,jangkitan kuman/penyakit dan proses melahirkan anak.
Amirna plus tablet mengandungi rumusan yang terbukti bukan sahaja membersihkan kawasan tersebut dan menyerap kotoran malah menguatkan otot faraj/pangkal rahim (bulbo cavernosus) serta mengetat dan merapatkan bahagian sensitf tersebut.

-Makan 1 biji 3 kali sehari
(Terbaik diamalkan selama sebulan secara berterusan)



7)Membersihkan faraj selepas pantang atau haid


Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.
Sering menyebabkan ketidakselesaan dan kekotoran mendap yang menyebabkan jangkitan kuman dan berbagai penyakit lain.
Amirna Plus Tablet terbukti berfungsi menyerap semua kotoran seperti  span dan membersihkan kotoran dalam aliran darah dan bahagian yang terbabit.






-Makan 1 biji 3 kali sehari
(Terbaik diamalkan selama sebulan secara berterusan)
-Masukkan 1 biji pil ke dalam faraj selama minima 6 jam pada waktu malam
(Diamalkan seminggu sekali atau mengikut keperluan)

  • Mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan urat saraf (sakit tumit,lutut dan sengal-sengal badan)

  • Menambahkan susu ibu yang menyusu.

  • Memulihkan sistem badan wanita menjadikan mereka lebih sihat,bertenaga dan cergas.


  8)Buasir (haemorrhoid)


Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh
luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.


BAGAIMANA BUASIR TERJADI


Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.



Terdapat 4 tahap Buasir

TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.






TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan dan akan masuk balik ke dubur.




TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.





TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.
               







-Amirna Pills dengan kandungan herbanya mampu membantu menguatkan otot dubur dan mengecutkan bahagian bengkak.Ia juga membantu sistem pencernaan supaya najis lembut dan mengelakkan sembelit (constipation) yang merupakan salah satu penyebab utama Buasir.

-Makan 1 biji 3 kali sehari
(Terbaik diamalkan selama sebulan secara berterusan)
-Masukkan kedalam lubang dubur selama 6 jam- 1 minggu sekali





AWAS: Dilarang perempuan mengandung menggunakannya .
Anak dara tidak dibenarkan memasukkan pil ke dalam faraj.
Location: Malaysia

0 comments:

Post a Comment