Sunday 13 December 2015

Kisah Seorang Suami Yang Penyabar

Sebagai anak menantu kehadiran dalam keluarga isteri benak fikiran menilai bahawa ikatan kasih sayang berpanjangan miskipun mereka bukanlah ayah atau ibu kandung sendiri namun tanggung yang jelas sebagai menantu sentiasa mengharapkan kehidupan keluarga kedua ini utuh dengan kasih sayang.
Aku sebagai menantu bersyukur berada dalam keluarga ini. Apa Yang paling dikagumi bahawa aku bertemu dengan seorang insan yang hatinya cekal dan manusia ini sentiasa bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepadanya.

Dia adalah bapa mertuaku sendiri, beliau mengamalkan hidup secara sederhana dan Yang paling menarik yang ada padanya ialah seorang Yang patuh pada disiplin dan taat kepada arahan.

Sabarnya seorang suami..

Beliau menetap di marang TERENGGANU tinggal bersama isteri dan sebuah keluarga yang masih baru iaitu anaknya yang bongsu hidup bersama isteri Dan seorang anak. Usia beliau menjangkau  70 tahun ke atas. Boleh dikatakan beliau diduga dengan sikap isteri yang antara sedar dan Sakit. Setelah lama diperhatikan betulah kenyataan bahawa peranan ayah begitu besar untuk membentuk sikap dan pengaruh anak-anak dalam kehidupan. Penting peranan ayah yang mencabar sesuai dengan anugerah sikap sabar yang tinggi wajarlah diberi penghormatan tanpa berbelah bahagi.

Dalam bahagian memberikan tanggung jawab ke atas membentuk perilaku anaka-anak bukanlah suatu tanggung jawab yang kecil, Sifat ayah yang penyabar inilah mendorong pembentukan sahsiah, sekiranya ayah pemarah, maka sudah pasti corak perilaku anak-anak mempunyai latarbelakang sikap ayah yang pemarah,..tetapi setujukah anda hidup seorang anak tanpa ayah akan memberikan impak yang besar terhadap gaya fikir anak-anak masa kini. 

Inilah yangdi miliki oleh suami yang penyabar ini, jika diteliti sejarah mudanya dia adalah ayah yang tidak mesra alam, kurang bercakap dengan anak-anak, sikap ini menyebabkan anak-anaknya begitu pasif terhadapnya,Menurut isteri, percakapan antara dia dan ayahnya boleh dihitung setiap hari, setiap bulan ataupun setiap tahu. Ayah akan memberikan impresi muka yang tidak mesra. Menurut ayah, dia bersikap demikian disebabkan oleh perkara tertentu,"ayah! ayah! ibu suruh adik minta duit beli buku di sekolah", pinta fatimah dengan raut mukanya yang sayu. Ayah tidak berkata apa-apa selain memberikan sedikit duit sepertimana yang diminta.

Dalam satu bab, sikap ayah sebegini ada baiknya...kerana sikap ayah sebegitu anak menjadi hormat kepadanya, anak mengharapkan sesuatu daripadanya anak merindu sesuatu kelainan daripadanya, dan hati anak akan tercuit bila lihat ayah tersenyum, tercuit hati anak dengan penuh makna, kemanisan yang tidak ternilai.

Namun dalam hal ini suami yang penyabar tadi, kini sering diduga dengan sikap isterinya yang saban hari meminta dirinya dihantar pulang, menasihatkan suaminya kahwin lain, hakikat nya sikap sedemikian bukanlah sikap sebenarnya dirinya. Inilah yang menjadi persoalan di kalangan anak-anak. Ibu sakit atau ibu merasakan tertekan disebabkan pengalaman sebelum ini bersama suaminya.


0 comments:

Post a Comment