Saturday 12 December 2015

Unit Amanah

 Unit Amanah


Unit Amanah adalah saluran kepada mereka yang suka menyimpan Wang. Bagi mereka menyimpan Wang adalah merupakan teknik untuk membina kekayaan selain daripada untuk waktu kecemasan dan untuk persaraan.

Saya suka menyatakan mereka yang suka menyimpan wang kerana saya selalu berjumpa dengan mereka tidak berminat ataupun tiada wang untuk menyimpan. Adakah anda setuju dengan jawapan seumpama itu.
Tiada wang bukan bererti kita tidak perlu menyimpan. Wang adalah keperluan yang tidak pernah cukup untuk keperluan bagi sesetengah orang seperti saya juga. Namun keperluan kita untuk menyimpan juga sudah menjadi kewajipan kerana menurut istilah sediakan payung sebelum hujan.

Namun saya tidak ingin menguraikan keperluaan kita menyimpan sebab kita perlu memikirkan kesan penyusutan Nilai wang sehingga merugikan kita. Jika anda tidak kisah maka anda tidak wajar meneruskan untuk membaca artikel ini.

Unit amanah Jugs dikenali sebagai simpanan saham. Sekiranya di Amerika dikenali sebagai mutual fund. Unit amanah adalah juga dikenali sebagai pelaburan yang mana duit kita disimpan dalam mana-mana institusi kewangan Dan kita akan menerima sejumlah Wang dalam bentuk agihan yang juga dipanggil sebagai dividen.

Siapakah Yang Menguruskan Wang  simpanan unit amanah

Wang yang kita disimpan di unit amanah akan diuruskan oleh pengurus Dana oleh di mana-mana syarikat kewangan. Pengurus Dana unit amanah akan mengambil kira keuntungan dan risiko pelaburan.
Wang yang disimpan akan dilaburkan dalam tiga  instrumen iaitu

1. Ekuiti
2. Bon
3. Money Market

0 comments:

Post a Comment