Saturday 26 December 2015

Pengalaman Pertama Di Bumi Masjidil Haram

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram



 

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram perasaan amat tenang, kedamaiannya memang sukar dinafikan..kepada mereka yang hendak mencari ketenangan di sinilah tempatnya. Kita akan dapat ketenangan yang sejati di masjidil haram. Tempat kelahiran nabi Allah Muhammad s.a.w. dengan membaca sirah ataupun Al-quran  kehadiran rasullah dalam diri kita akan berlaku insyaallah. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah...Dan apa yang datang kepada kita adalah didatangi oleh Allah. Maka apa sahaja yang berlaku kita hendak lah terima dengan penuh kerahdaan. Insyaallah

Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram...berisgtifarlah... beribadahlah bukan sahaja kedamaian yang diperolehi malah hidayah juga akan ke temu hanya dengan izin Allah. Dan berdoa sepanjang masa...Ingat Allah tempat meminta dan dia yang lebih mengetahui.
Pengalaman Di Bumi Masjidil Haram janganlah engkau ragu lagi dengan kepercayaan ini. Jangan engkau ubah lagi keimanan pasti akan ketemu ketakwaan tapi mesti ada usaha... mesti ada

Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram telah memaksa hati untuk jatuh cinta. Kita akan menemukan keajaiban dalam diri betapa tinggi nilai keimanan kepada Allah Dan meletakan Allah paling atas ..paling utama.

Ya Allah kau izinkan lah hamba mu Yang hina ini dan serombongan kami untuk datang menjadi tetamu mu di Masjidil Haram lagi. Ku pohon ya Allah lundungi hamba mu Dari kejahatan. Bantulah ya Allah hamba mu ini untuk sentiasa menjaga solat..aamiinn
Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram telah menemukan aku dengan hamba Allah yang begitu hebat dan tinggi nilai kesabaran dia antara hamba yang memiliki nilai keimanan yang tinggi..tidak mengira pangkat Dan gelaran beliau melayani kami yang diuji dengan pelbagai dugaan dengan  penuh nilai kasih sayang yang sejati. Terima kasih ya hamba Allah..percayalah dengan hak nabi Muhammad s.a.w kau akan perolehi kebahagian dunia Dan akhirat.

Terima kasih Dr, cc Nik, dan semua yang terlibat tanpa mu kami tidak akan berada di sini kami juga berpeluang menjadi hamba yang diduga...kami terpilih dan aku percaya ujian ini untuk menguji kami. Sesungguhnya kami rahda..kerana kami percaya pasti ada khikmanya disebaliknya.

Ya Allah jadikan kami antara golongan yang kau terima amalan biar pun sedikit yang kami buat tapi kau terimalah daripada amalan yang banyak tetapi sia-sia sahaja.

Demikian Pengalaman pertama Di Bumi Masjidil Haram yang pasti tidak akan luput atau hilang dari ingatan insyaallah..aamiinn

0 comments:

Post a Comment