Saturday 12 December 2015

KRISIS PEMULIHAN: PELBAGAI SAKIT TIMBUL SELEPAS PENGAMBILAN PRODUK NDLIFE?

KRISIS PEMULIHAN: PELBAGAI SAKIT TIMBUL SELEPAS PENGAMBILAN PRODUK NDLIFE?

Krisis pemulihan ialah satu keadaan dimana badan kita melalui proses penyesuaian dengan suplemen yang kita ambil. Pada ketika ini pelbagai simptom yang kelihatan seperti penyakit akan keluar tetapi sebenarnya ia bukan penyakit. Ia adalah tindakbalas tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila dibekalkan dengan makanan berkhasiat melalui pengambilan suplemen, berlakulah krisis pemulihan.

Sewaktu tempoh penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit lama akan timbul semula. Biasanya ia akan mengambil masa  beberapa hari. Walaubagaimanapun, untuk tubuh yang lemah, tempohnya akan lebih lama.

PUNCA KRISIS PEMULIHAN

Badan kita ditimbuni dengan toksin pada jangkamasa yang lama. Lihat sahaja berapa umur kita, dan selama itu jugalah badan kita mengumpul toksin.

Makanan berkimia, berlemak, stress, diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik, ubat-ubatan juga punca badan kita melalui krisis pemulihan.

Pengambilan suplemen meningkatkan sistem imun tubuh kita , kebolehan detoksifikasi dan pengawalan organ dengan lebih baik.

APA YANG TERJADI KETIKA KRISIS PEMULIHAN?

Ianya berbeza mengikut individu. Pada ketika badan melalui proses detoksifikasi ini, ada kemungkinan kita akan merasa pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing keruh, badan terasa hangat, berpeluh dan banyak lagi.

Sepanjang waktu ini pastikan tubuh kita mendapat bekalan air yang secukupnya, lebihkan makan sayuran dan serat.

Antara krisis pemulihan dari segi LUARAN dan DALAMAN supaya anda lebih memahami atau dapat mengenalpasti sistem tubuh anda sendiri.

Jangan cepat panik sekiranya anda melalui krisis pemulihan seperti ini. Ini bukan penyakit sebaliknya petanda baik yang tubuh anda sedang bertindak balas dengan pengambilan suplemen.

Ada orang takut untuk teruskan pengambilan. Nasihat adaa, teruskan pengambilan kerana badan kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, menyingkirkan toksin dan benda tidak elok dalam badan. Sebab tu, apa juga suplemen yang kita ambil, cuba konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan supaya anda nampak kesan yang positif. Sabar ok?

Bayangkan, kita baru pindah rumah..masukkan perabot baru (shaklee) yang lama-lama perlu dibuang dulu, dibersihkan, barulah muat perabot baru masuk, rumah pun bersih kan? kalau korang berkemas, pindah rumah ke cukup ke 1 hari? tak kan? ambil masa juga kan..dalam nak dapat suasana rumah baru yang bersih dengan perabot yang lawa tadi, sempat jugalah tukang kemas ni rasa letih, penat, berpeluh (krisis pemulihan), tapi kalau berhenti, dapat tak sudahkan kemas rumah? tak dapat kan?..separuh jalan je..bercampur pulak perabot lama dengan baru..

Jadi, buat sampai habis..begitu juga suplemen, ambil sampai hilang krisis pemulihan tu baru anda nampak kesannya..dan selepas tu teruskan pengambilan suplemen untuk kesihatan yang baik.

0 comments:

Post a Comment