Monday 24 October 2016

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri

10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri




Tertarik Dengan info sifu Hasrullah Hassan, suka saya mengarang dengan gaya sendiri kerana hasil daripada pengalaman sendiri. Sikap untuk mendapatkan perhatian sering menjelma dalam hati sesetengah orang, Selalunya apa yang mereka buat biasanya untuk mendapatkan pembalasan, penghargaan dan sebagainya. Kadang-kadang ia mendatangkan kebaikan kepada diri tetapi ada juga mendatang keburukan sehinggakan membuatkan orang rasa menyampah pun ada.

Sebenarnya kita tidak perlu menjadi artis untuk mendapatkan kepopularan, kepopularan akan menjelma hasil kita sendiri untuk membuat perubahan. Oleh kita perlu melihat personaliti kita sama ada termasuk dalam 10 Tips Utama Menjadi Daya Penarik Diri yang membolehkan mata dikelilingi kita melirik ke arah kita. Dalam usaha kita perlu bersungguh dan jujur dan bersikap optimis untuk menjayakan 10 tips ini.

1.Pamerkan Air Muka 

Untuk langkah permulaan tips ini menjadi penarik diri adalah mempamerkan reaksi muka yang jernih, penampilan yang manis dan senyum selalu. Biasanya pandangan pertama membuatkan ramai orang suka dan mendekati jangan mempamerkan muka dengan penuh kekelatan sebaliknya ikhlas bahawa mudah didampingi.

2. Tenang Dan Kawal Diri

Hendaklah sentiasa dalam emosi yang seimbang dan terkawal, jangan cepat melenting apabila ingin memulakan percakapan. Berfikir terlebih dahulu sebelum bertutur. Pastikan emosi sentiasa tenang walaupun anda dalam rasa tertekan.

3. Penampilan Yang Menarik Dan Kemas 

Penampilan yang menarik dan kemas menjadikan anda dalam perhatian, walaupun anda berpakaian simple berbaju t dan berseluar jeans tetapi anda masih kelihatan kemas sudah cukup memadai. Pemilihan pakaian dan warna memainkan peranan penting untuk mudah menjadi daya tarikan. Yang penting ada keselesaan.

4. Berfikiran Positif dan buang yang negatif

Dengan berfikiran positif pasti ion kebaikan akan mendekati diri kita, kita mentuturkan perkara yang positif tanpa ada membayangi sebarang keburukan insyaAllah rezeki akan menjemput kita. Kebaikan berfikiran positif dan mengenepi perkara negatif membuatkan seseorang suka mendekati kita. Buang segala dendam yang lalu untuk kebaikan masa yang akan datang

Jangan lah sombong kerana tiada sebarang kebaikan yang kita dapat buktinya lihat video di bawah ini.



5. Jangan Memilih kawan dan berkawan dengan sesiapa sahaja.

Sikap memilih kawan adalah tidak bagus, sikap ini cuba mengasingkan diri, sikap ini akan merendahkan emosi seseorang. Jom minum saya mengajak kawan dihadapan sedangkan kawan yang berada di tepi tidak dipelawanya, adakah anda sedar sikap tersebut pasti membuatkan kawan yang berada di tepi merasa kesot, terguris ataupun terpinggir.


6. Berterus Terang Dan Jujur

Jujur lah pada diri sendiri, keyakinan akan menjelma dan kita pasti akan hidup bertenaga. Sikap ini bukan untuk kebaikan kita sebaliknya akan menjadi contoh kepada anak kita dan anak kita akan menjauh 10 bahasa yang membuat mereka berdosa. Sikap ini disulam dengan ketelusan, percayalah mereka mampu menilai bahawa kita benar ikhlas dalam hubungan. Sekiranya ada apa-apa kekurangan sampaikan sesuatu tutur kata dengan terang dan jelas sebaiknya jangan sampai mereka bertanya beberapa untuk mendapat kepastian.

7. Perbanyakan Senyuman

Senyuman yang ikhlas akan membuatkan penarikan diri minat dan sebagainya, jadikan senyuman amalan hidup, senyuman boleh menenangkan diri, senyuman menjadi magnet kepada rezeki. Senyuman yang menarik adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang.

8. Perbanyakan Sikap Memberi

Sikap memberi adalah lebih baik daripada daripada menerima, sebagai contoh sedekah, tangan yang memberi adalah lebih daripada yang menerima. Kebiasaanya sikap memberi lebih disukai daripada mementingkan diri, memberikan bukan sahaja harta malah fizikal dan idea pun bagus untuk menjadi perhatian masyarakat. "kau ni asyik diam sahaja tiada idea langsung terpacul dari mulut, apa ada emas ke dalam mulut tu".

9. Memberikan Pujian


Memberikan perhatian dan ikhlas memujian tentang sesuatu perkara, "eh cantik baju awak hari ini" 

10. ?







0 comments:

Post a Comment