Wednesday 19 October 2016

Buat Persedian Musim Tengkujuh Dijangka Awal November 2016

Buat Persedian Musim Tengkujuh Dijangka Awal November 2016






Jabatan Meterologi melaporkan bahawa negara akan didatangi paras purata hujan yang banyak melibatkan beberapa negeri kecuali Johor dan timur Pahang. menurut Pengarah Jabatan tersebut. Negara kini akan menghadapi peralihan monsun yang dijangka akan berakhir pada akhir november ini.



Peralihan monsun katanya, akan membawa kepada Monsun Timur Laut pada minggu pertama dan kedua November  dan dijangka berakhir minggu kedua atau ketiga bulan Mac 2016
"Semasa Monsun Timur Laut kita jangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat monsun.

Kita masih lagi terbayangkan musibah banjir yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini bermula 2013 dan 2014, sungguh menghayat hati nasib yang menimpa mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan tempat untuk berlindung.

Tahun 2013 kita menyaksikan bah yang luar biasa di Kuantan yang mana tempat yang tidak pernah mengalami banjir menerima musibah ini. Pihak bertanggung terpaksa mengebeleng tenaga memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Beberapa insiden yang tidak diingini melibatkan kehilangan nyawa antaranya pasangan guru dan suami mati lemas bersama ketika menaiki bot bomba yang mana bot tersebut terbalik ketika melalui air deras. 

Kejadian berlaku di Kemaman, dan menyatimkan piatu tiga anak beliau yang masih kecil. Kejadian malang ini hanya sebahagian kecil menghayat hati, ramai lagi mangsa banjir yang dihanyutkan dan tidak kurang masalah peralatan bantuan dan ganguan alat perhubungan lebih menyukarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Buat Persedian Awal Ketika Musim Tengkujuh
Bersedia awal adalah penting demi keselamatan diri dan keluarga dengan membuat beberapa persedian dari segi harta benda dan dokumen penting daripada hilang.

Persedian ini bukan sahaja kepada mangsa banjir yang sering di landa bah bahkan kepada mereka yang tiada sejarah banjir juga perlu bersedia untuk menghadapi bah ini.

Di antara tips ketika musim bah.

  • Menyimpan dokumen penting seperti Mykad, geran, surat beranak dokumen bank dan lain-lain lagi di tempat selamat jika perlu dipindahkan adalah lebih baik berbuat demikian.
  • Menyimpan wang di bank dan jangan simpan di rumah. Simpan yang perlu sahaja untuk kegunaan masa kecemasan juga penting.
  • Sentiasa peka dengan isu semasa dan info berkaitan hujan dan banjir di suatu tempat.
  • Mengikut arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah ke tempat selamat maka perlu berbuat demikian. Ingkar kepada arahan akan membahayakan diri dan menyusahkan pihak keselamatan menghulurkan bantuan apatah lagi keadaan begitu getir untuk bantuan sampai kepada anda.
  • Simpan nombor pihak terlibat atau pihak keselamatan dan menghubungi mereka jika perlu untuk mendapat perkembangan isu bah.
Moga tips ini manfaat kepada anda untuk persedian menghadapi bah yang mungkin berlaku di tempat anda.
  


0 comments:

Post a Comment