Wednesday 26 October 2016

Kesan Awal Dengan Pemeriksaan Sendiri Kanser Payudara

Kesan Awal Dengan Pemeriksaan Sendiri Kanser Payudara


KANSER PAYUDARA


Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Apakah Itu Kanser Payudara?

Kanser Payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Apakah Menyebabkan Kanser Payudara?

Penyebab sebenar Kanser Payudara tidak diketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

  • Usia Yang meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara
  • Muladatang haid awal (sebelum 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 30 tahun)
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

Apa Yang Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah dikesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan pemeriksaan payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

 Pemerikasaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Bila Mesti Melakukan  PSP ?

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid. {SP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati seperti hari pertama atau terakhir pada bula tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?

Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara

Kedudukan 1

Tangalkan pakaian anda pada paras pingang dan lihat diri anda di hadapan cermin.


Kedudukan 2

Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala atas. Periksa payudara anda dari pelbagai sudut

Kedudukan 3

Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda disisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara

Kedudukan 4

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah











0 comments:

Post a Comment