Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur Mula Di Jual 14 Jun 2016
Jom balik kampung raya 2016, jangan terlambat nanti kehabisan tiket hendak balik ke kampung, ramai yang bertanya bila kaunter tiket KTM khas raya terjual, kini berita yang ditunggu-tunggu telahpun tiba bahawa pihak KTM Berhad telah menginformasikan bahawa penjualan tiket untuk Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur akan mula beroperasi pada 30 Jun 2016. Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur ini akan beroperasi dari Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur sehingga 11 julai 2016.
Menariknya Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur kali ini memberikan kelainan dari segi perkhidmatan dan penjenamaan dikenali sebagai Eastern Holiday Train Tren KTM Raya 2016 Khas Raya Ke Pantai timur merupakan train persiaran dengan menyediakan dua set makanan dan cenderahati kepada pelanggan train ini.
Penjualan tiket untuk Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur akan dibuat di semua kaunter KTM dan boleh dibeli secara online mulai 14 Jun 2016
Tambang Jenis koc KTM Eastern Holiday Train
Makluman tambang yang dikenakan ke atas pelanggan untuk train khas pantai timur bermula dari RM 82 sehingga RM 132 seorang. Terdapat tiga tawaran perkhidmatan koc Eastern Holiday Train adalah;-
Koc Tempat Tidur Kelas Dua
Koc Tempat Duduk Kelas Dua
Koc Tempat Kelas Satu
Tren KTM Raya 2016 untuk perjalanan ke Pantai Timur ini melibatkan 12 buah stesen iaitu
Stesen Kajang
Stesen Bandar Tasek Selatan
Stesen Seremban
Stesen Tampin/Pulau Sebang
Stesen Jerantut
Stesen Lipis
Stesen Gua Musang
Stesen Dabong
Stesen Kuala Krai
Stesen Tanah Merah
Stesen Pasir Mas
Stesen Wakaf Baru
Jadual Perjalanan Tren KTM Khas Raya Untuk Pantai Timur
Ok jangan lupa tentang jadual perjalanan bagi trai Eastern Holiday Train, perkhidmatan khas keretapi KTM ke pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula dari 30 Jun sehingga 11 Julai 2016.
Untuk sebarang pertanyan terus hubungan pihak KTM untuk keterangan lanjut di talian 03-2267 1200 Tren KTM Khas Raya Ke Pantai Timur
info daripada blog Hasrullhassan.com
0 comments:
Post a Comment