Thursday 16 June 2016

Laman Web Brim Palsu

Laman Web Brim Palsu


 Berhati-hati dengan  laman web yang hampir menyerupai laman web sebenar  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Harus berwaspada dibimbangi anda akan terlibat dengan pengguna yang akan mengakses data daripada laman web palsu dan menurunkan data-data penting. Hal ini telah pun dimaklumkan kepada pihak LHDN untuk tindakan seterusnya.


Pelbagai cara untuk menipu pihak tertentu untuk kepentingan peribadi, kaedah dengan meniru laman web kerajaan untuk mengelirukan pengguna sehingga adanya pengguna akan kerugian apabila data-data penting yang dimuat naik di laman web palsu 

Awas Jangan Diperdaya Dengan Laman Web BR1M Palsu



Kehebatan mereka menyiarkan laman web BR1M palsu ini sangat hebat, bukan sahaja kepada mereka yang buta IT malah otai yang pakar dalam it ini juga terpadaya kerana tidak berwaspada kerana persamaan laman web sebenar, namun jika diperhatikan secara halus sebenarnya terdapat beberapa perbezaan Jom kita perhatikan.





Ciri-ciri am sebuah laman web kerajaan palsu;



  1. Ada Iklan daripada Googl Adsense
  2. Tidak menggunakan Pengakhiran GOV pada URl atau alamat laman web, yang dikhaskan untuk singkatan government atau kerajaan rasmi
  3. Tiada maklumat mengenai email, nombor telefon untuk dihubungi, serta alamat pejabat rasmi
  4. Tiada capaian lain untuk ke informasi berkain
  5.  Maklumat didalam laman web palsu biasanya tidak lengkap
  6. Tidak menggunakkan akses atau protokol selamat (secure) - https://

untuk makluman bahawaURL laman web BR1M - https://ebr1m.hasil.gov.my/

dan laman web untuk menyemak    BR1M 2016 adalah https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016



Bertindak segera jika menemui laman web yang meragui dengan pihak berkenaan agar pihak terbabit mengambil tindakan lanjut



Salam sejahtera,
i. Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
ii.Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, mohon hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my/
...See Mor
sumber info daripada blog hasrulhassan.com

0 comments:

Post a Comment