Tuesday 7 June 2016

Keajaiban Air

 Keajaiban Air




"Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman" 

Mampukah Anda Hidup Tanpa Air?

Air amat penting dalam tubuh dalam badan untuk tujuan untuk terus hidup, kepentingan air jatuh nombor selepas oksigen. Air adalah elemen penting yang membolehkan manusia hidup tanpa air beberapa hari.


Tahukah Anda?

Badan kita sendiri terdiri daripada 75% air yang menjadi asas kepada bendalir badan seperti darah, limpa dan cecair pencernaan. Antara organ tubuh yang terdiri daripada air ialah:

  1. Otak  83% air 
  2. Darah 83% air
  3. Mata 95% air
  4. Otot 75% air
  5. Paru-paru 86% air 
  6.  

 Air merupakan komponen utama darah yang mengalir di dalam badan, membawa oksigen ke sel-sel, otot dan organ

Air menjadi asas kepada pengakutan, penyerapan nutrien dan pembuangan sisa badan

Air mengawal suhu tubuh badan

Air melicinkan sendi dan melembapkan tisu

Air merupakan sumber tenaga utama dalam badan manusia dimana pergerakan masuk dan keluar air ke dalam sel menghasilkan sejumlah tenaga


Kekurangan Air Merupakan Punca Penyakit

Dr Bamanghelidj dalam bukunya "Water Cures: Drugs Kill How Water Cured Incurable Disease" Menyatakan bahawa penyakit yang terhasil itu adalah disebabkan oleh sel di dalam badan mengalami kekurangan air yang kronik (dehydration)  bukannya di sebabkan faktor genetik yang sering dikaitkan dengan DNA  Apabila sel yang asalnya segar mula mengering kerana kekurangan air, nukleus di dalam sel yang juga terdapat di dalam DNA akan turut mengalami proses yang sama iaitu mengering dan mengecut. Ditambah pula dengan  pengambilan pelbagai jenis minuman yang terdapat di pasaran sekarang ini, keadaan sel yang telah sedia kekurangan air menjadi bertambah buruk.

 

Sebagai contoh, komposisi darah itu salah satunya ada;ah daripada pembentukan darah dicipta dalam satu keadaan yang standard, tidak boleh terkurang atau terlebih walaupun tisu tubuh yang lain terpaksa " berkorban: bagi memastikan komposisi ini kekal. Dalam keadaan yang kritikal dimana komposisi darah tidak stabil, air merupakan salah satu elemen yang akan diambil dari kawasan sel yang tiada begitu aktif dan digunakan untuk mengekalkan kepekatan darah. 

 

 

 

sumber : Norhuda Mahat




0 comments:

Post a Comment