Sunday 12 June 2016

3 Faktor Sifat Riak Bertandang Dalam Diri Seseorang


3 Faktor Sifat Riak Bertandang Dalam Diri Seseorang


 

Ketahuilah sifat Riak yang menghalang kita menjejaki kaki ke syurga Allah yang mana kita mampu menjauhinya. Maka adalah baiknya kita mengenal beberapa situasi bagaimana sifat riak akan mendatangi diri kita apabila kita.

1. Apabila kita berwang/Kaya

Apabila kita berwang dan kaya, maka berhati-hatilan bukan kerana harta yang banyak tetapi tanpa dipaksa tapi kita sedari bahawa adanya satu perasaan riak yang akan bertandang dalam diri kita sekiranya kita tidak beringat dan cuai, "aku riak itu adalah aku kerana berhak ini semua usaha titik peluh yang membolehkan aku kaya sebegini...aku tidak mencuri menipu orang dan harta aku aku nak berkereta besar, rumah besar adalah hak aku". 

Subhanallah, Ingat segala yang baik adalah datang daripada Allah dan buruk adalah disebabkan diri kita sendiri. Harta adalah hak Allah untuk diberikan kepada siapa pun, dia memberikan kepada mereka yang berhak dan kepada mereka yang dikasihinya, maka hendaklah kita bersyukur kepadanya. Harta yang banyak yang dimiliki sama ada diberikan kerana rahmatnya ataupun mungkin ujian daripada Allah untuk kita sentiasa beringat dan memberikan kepada orang lain. DAN jangan lah kau sombong dengan apa yang engkau miliki kerana ianya adalah sementara sahaja.

Dan Allah membenci kepada mereka yang riak dan sombong, Moga kita diampuninya dosa-dosa kita dan kita beroleh tempat disyurganya nanti. Aamiin Kembali lah kepada Allah sekiranya perasaan riak ini bertandang dalam diri kita. Zikir kepada Allah





2. Apabila kita Berkuasa

  Siapa pun boleh memiliki kuasa, walau di mana sahaja kita berada, kuasa bukan sahaja mencakupi di tempat kerja sahaja tetapi kekuasaan ini boleh dimiliki dalam institusi keluarga, seorang suami memiliki kuasa ke atas isteri dan anak-anak. menerusi tanggung jawab yang diberikan amanah yang dipikul diatas bahu merujuk kepada kekuasaan seseorang suami. "eh aku suami kau jangang kau cakap kasar dengan aku" bukankah telah menunjukan kekuasaan seseorang suami bahawa suami berhak menegur isterinya menerusi tanggung jawab kepada mereka yang bergelar suami.

Kuasa, di tempat kerja pegawai bank, pegawai kerajaan yang layak memberikan arahan dan berkuasa bertindak menghukum atau sebagainya berhati-hati dengan hati kita dengan jiwa kita dan hati kita agar tidak bertandang sifat riak dan takbur kepada Allah.
Kepada mereka yang memiliki kuasa waspada riak ni akan memunculkan diri dengan penjelamaan kita sendiri dengan kita sedar dan kita tidak sedar. Sekiranya kita tidak sedar tidak mengapa dan berisgtifar dan kembali lah kepada Allah dan jangan lah kau sombong dengan apa yang kau ada kerana itu semua adalah pinjaman sementara sahaja dan kita akan memulangkan semula apa yang kita pinjam, dan perjalanan kita masih panjang. Kita akan melalui perjalanan hidup yang jauh maka bekalkan diri kita dengan amalan solih nahi mungkar.

Bila Sifat riak menjelma  dalam diri kita, cepat-cepatlah kita berzikir kepada Allah...

semoga memberi manfaat..TOLONG SHARE....TERIMA KASIH 

 

3. Apabila kita berilmu

 

"Uztas apakah hukumnya memakan ikan yu yang besar ini, saya baru dapat menjalanya dari laut dalam, jawab uztas ..haram' "tukang menanya tadi rasa macam menyesal pula menanya akan hal ikan tersebut pada uztas...uztas saya baru bercadang bahagian kepala ikan ini saya berikan kepada uztas, kaget dengan kata-kata yang tukang tanya uztas pun kata, eh nanti dulu uztas tengok kitab lain. selepas masuk ke dalam kononnya mengambil kitab dan keluar semula dan hukum memakan ikan Yu bertukar menjadi harus sambil membayang kepala ikan yang besar untuk dibuat kari"

* p/s:ini adalah perumpaan cerita yang tidak mempunyai kaitan dengan orang lain, ianya sebagai contoh humor semata untuk menzahirkan sifat itu sendiri kerana adanya ilmu agama dan menjadi tempat rujukan

lihat kepada orang yang berilmu boleh berubah-ubah keputusan atas sesuatu perkara kerana adanya sesuatu kepentingan peribadi. Saya bukanlah seorang uztas walau siapa pun kita jadi lah orang berilmu yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain dan bukan merosakkan kebaikan orang lain. 

Kita digalakkan untuk menuntut menuntut  ilmu seperti dalam mana-mana hujah yang menyentuh pencarian ilmu, katanya carilah ilmu hingga ke negeri China. Carilah ilmu kerana apa, ilmu yang kita perolehi akan menjaga kita sebaliknya harta yang banyak terpaksa kita jaga daripada hilang daripada pemilikan kita. Lihat bezanya ilmu akan menjaga kita bila kita tua (jika ada umur) tetapi harta terpaksa kita jaga takut hilang daripada jagaan kita..sekian

selamat beramal, panjangkan ilmu, Share jika ianya memberikan manfaat


0 comments:

Post a Comment