Friday 10 June 2016

Tips Hubungan Baik Suami Isteri

Tips Hubungan Baik Suami Isteri


 

Salam sejahtera kali ingin berkongsikan beberapa Tips Hubungan Baik Suami Isteri. Tips ini adalah idea dan pandangan sendiri serta kajian serba sedikit tentang alam perhubungan suami isteri. Sesungguhnya ia tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau pun tidak langsung menyinggung mana-mana perasaan. Hanya perkongsian yang mungkin boleh membantu sesiapa pun dalam kesusahan.


Ditekankan di sini hubungan baik suami hanya mencakupi hubungan lahiriah atau tidak menyentuh tentang hubungan batin. Walaupun hubungan ini adalah sebahagian daripada hubungan suami isteri. Tetapi tidak dibincangkan di sini.

Kita sering diselubungi dengan berita yang tidak menyenangkan. Jenayah berlaku di mana-mana sama ada di depan mata ataupun jauh daripada sekitar kita. Kadang-kadang jenayah berlaku tanpa kita sedari terjadi pada jiran kita dan juga mungkin melibatkan keluarga kita.

Senario ini yang serba sedikit mempengaruhi pemikiran kita. jenayah juga berlaku dalam institusi keluarga, apakah puncanya dan bagaimana untuk mengatasi. Biarpun tugas membendung jenayah terletak di tangan pihak berkuasa tetapi peranan kita untuk menghindari jenayah perlu diambil berat.

Maka janganlah jenayah ini berlaku dalam keluarga kita. Kita tidak mahu jenayah ini terjadi disebabkan kecuaian kita dan ketidakpekaan terhadap sesuatu perkara. Apa yang dikatakan di sini mengarah kita ke arah pemikiran kecelaruan dalam menyelesaikan suatu masalah.

Tips Hubungan Baik Suami Isteri menekankan kepekaan kita ke atas suatu perkara. Persoalaan apa yang diinginkan dalam perhubungan serta kepentingan kita untuk membentuk persefahaman.

Kasih sayang adalah elemen yang sangat utuh kepada keharmonian hubungan suami isteri. Tetapi berilah nilai kasih sayang itu ditempat yang mulia. Cinta dan Sayang demi kerana Allah.Ikhlas jujur dan tulus. Jangan lah membiarkan istilah keramat kasih sayang sekadar hanya kosong tiada kekuatan untuk menyokong hubungan suami isteri.

"abang sayang pada mu" ucaplah dengan penuh ikhlas. pandang lah mata isteri mu.lahirkan ungkapan itu setiap hari pastinya wujud kelainan yang sangat luar biasa. Kerana istilah kasih sayang ini adalah pemula hubungan. kasih sayang suami isteri yang utuh menentukan keharmonian rumahtangga.

Dekatkan diri kita kepada aura positif, tindakan positif, kata yang positif serta pemikiran yang positif. Aura yang positif akan menjauhkan kita daripada perasaan salah sangka, cemburu yang tidak bertempat dan ego yang tiada makna.

Apa yang sering berlaku dalam kerosakan rumah tangga kerana perkara negatif. Bertindak tanpa memikirkan kesan buruk dan baik dan memberikan kata+kata tanpa berfikir dahulu. "Eh ini lah punca sikap anak yang kurang ajar sebabkau terlalu memanjaka dia" kasarkan bunyinya kata daripada seorang suami terhadap isteri yang pada awalnya dahulu abang sayang. Ingat tanggung jawab terhadap anak-anak adalah tanggung jawab bersama. Penyelesaian terbaik bukanlah kita perlu mencari kesalahan orang lain. Kelemahan kita selalu suka mencari alasan sehingga ego mengatasi segalanya. Akhirnya perselisihan berlaku. Dan ini pasti merosakan keharmonian rumah tangga.

Duduk dan tenangkan diri. ketika marah baiknya kita diam biarkan suami membebel atau isteri dan pasti akan berakhir leteran itu nanti. Tidak rugi jika mendiamkan diri kerana apa jika kita sama turut bersuara sudah pasti suasana akan menjadi lebih parah. Maka keluarlah nanti kata yang tidak waras yang mana didorong oleh pemikiran yang tidak seimbang. Maka diam lah sebentar jika pasangan anda membebel kerana bukan bererti kita salah atau kalah. Tapi itu tindakan yang lebih baik daripada berlawan cakap. selesaikan perselisihan apabila kemarahan itu reda.

0 comments:

Post a Comment