Wednesday 15 June 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) – September

 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) – September

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

Jawatan Kosong Terkini

Syarat Kelayakan: Minima SPM

Gaji: RM929.00 – RM3,377.00
Kenaikan Tahunan: RM95.00

Tugas Pembantu Penguasa Kastam:

Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

0 comments:

Post a Comment